Dinamik bendalir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Dalam fizik dan kejuruteraan, Dinamik bendalir ialah satu subbidang mekanik bendalir yang menggambarkan aliran bendalir (cecair dan gas). Ia mempunyai beberapa subbidang di bawahnya yang tersendiri termasuk aerodinamik (kajian pergerakan udara dan gas lain) dan hidrodinamik (kajian pergerakan cecair). Dinamik bendalir dipakaikan dalam pelbagai bidang, termasuk pengiraan daya (fizik) dan momen dalam pesawat, menentukan kadar aliran jisim petroleum melalui saluran paip, ramalan cuaca, memahami nebula di ruang antara najam dan pemodelan letupan senjata pelakuran.

Dinamik ini menawarkan struktur sistematik didasari displin praktikal yang menerima hukum-hukum empirikal dan empirikal separa yang berasal daripada pengukuran aliran dan digunakan untuk meyelesaikan masalah praktikal. Penyelesaian kepada suatu masalah dinamik bendalir biasanya melibatkan perkiraan pelbagai sifat bendalir seperti halaju alir, tekanan, ketumpatan, dan suhu, sebagai fungsi ruang dan masa.

Dinamik ini berprinsip kepada hukum keabadian - terutamanya hukum keabadian jisim, keabadian momentum linear (juga dikenali sebagai hukum Newton kedua), dan hukum keabadian tenaga (dikenali sebagai hukum termodinamik pertama). Hukum-hukum yang disebut ini adalah berdasarkan mekanik klasik serta diolah dalam mekanik kuantum dan kerelatifan am. Prinsip-prinsip di atas diungkapkan menggunakan teorem pengangkutan Reynolds.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]