Ketumpatan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Ketumpatan atau ketumpatan jisim sesuatu bahan merupakan sukatan jisim per unit isipadu. Simbol yang biasanya digunakan untuk ketumpatan ialah ρ (huruf kecil abjad Yunani rho). Dalam sesetengah industri (terutamanya dalam industri minyak dan gas di Amerika Syarikat), ketumpatan merupakan berat objek per unit isipadu;[1] namun begitu, kuantiti ini lebih dikenali sebagai berat spesifik. Bahan berlainan mempunyai ketumpatan yang berbeza. Oleh itu, ketumpatan merupakan konsep penting dalam keapungan, ketulenan dan pembungkusan. Osmium dan iridium merupakan jisim yang paling tumpat mengikut suhu dan tekanan piawai tetapi kedua-duanya bukanlah bahan yang mempunyai ketumpatan tertinggi.

Maka

di mana

ialah jisim
ialah isipadu

manakala

1 g cm-3 = 1000 kg m-3

Ketumpatan bahan lazim[sunting | sunting sumber]

BahanKetumpatan dalam kg/m3
Iridium22,650
Osmium22,610
Platinum21,450
Emas19,300
Uranium19,050
Merkuri13,580
Paladium12,023
Plumbum11,340
Perak10,490
Kuprum   8,920
Besi   7,870
Timah   7,310
Titanium   4,507
Intan   3,500
Aluminium   2,700
Magnesium   1,740
Air Laut   1,025
Air   1,000
Etanol      790
Gasolin      730
Aerogel         3
Gas1 0.0446 darab purata jisim molekul         

1 Mana-mana gas

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Definisi ketumpatan dalam Glosori Gas dan Minyak". Oilgasglossary.com. Dicapai 2010-09-14.