Dinasti Sulaihiyah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Pengenalan[sunting | sunting sumber]

• Dinasti Sulaihiyah menguasai Yaman sebagai gabenor dari Khilafah Fatimiyyah di Mesir.

• Dinasti ini diasaskan oleh Ali Bin Muhammad Bin Ali, seorang kadi di Haraz. Beliau berasal dari suku Hamdan.

• Walaupun beliau datang dari keluarga yang bermazhab Sunni, beliau menganuti mazhab Syiah Ismailiyyah.

Senarai Penguasa[sunting | sunting sumber]

1) Ali Bin Muhammad Bin Ali

• Beliau memimpin jemaah haji dari Yaman ke Mekah selama 15 tahun.

• Pada tahun 1047M, beliau telah berjaya memperoleh pengikut dari suku Hamdan. Pengikut beliau bersumpah untuk menyebarkan ajaran Syiah Ismailiyyah dan mendirikan kekuasaan di Yaman.

• Beliau berjaya menguasai desa Mazar di Pergunungan Haraz, di barat kota San'a pada tahun 1048M.

• Beliau diiktiraf sebagai penguasa Yaman, Mekah dan Madinah oleh Khalifah Al-Mustansir pada tahun 1059M.

• Pada tahun 1061M, beliau berjaya menguasai Tihamah dan kota Zabid daripada Al-Najjah( seorang penguasa sebuah kerajaan di Tihamah, dekat Lembah Yaman ).

• Beliau juga berjaya mengalahkan Al-Qasim Bin Ali , seorang imam Syiah Zaidiah, yang menghantar tentera di bawah pimpinan anaknya, Ja'far.

• Kemenangan Ali berlanjut dengan penyerangan terhadap benteng imam Zaidiah dan penguasaan istana Yana di atas Bukit Hadur.

• Beliau berjaya menakluki Sana'a pada tahun 1063M.

• Pada tahun 1064M, beliau menguasai Aden dan Mekah serta menunjukkan Abu Hasyim Muhammad sebagai amir kota suci itu dan mengirim kiswah Ka'abah setiap tahun. Ekspedisi beliau berakhir setelah beliau menguasai daerah Pergunungan Za'arib.

• Pada tahun 1080M, beliau menuju kembali ke Mekah, meninggalkan anaknya(Ahmad Al-Mukarram) sebagai penguasa setelah amir kota suci itu menanggalkan pengakuannya terhadap khilafah Fatimiyyah.

2) Ahmad Al-Mukarram Bin Ali Bin Muhammad

• Beliau lahir pada tahun 1052M.

• Seorang pembesar yang lemah di mana pentadbiran diserahkan kepada isterinya(Ratu Saidah).

• Beliau meninggalkan Sana'a dan menetap di kawasan Al-Mahjam sekaligus pada tahun 1067M, ibukota dinasti berpindah ke situ.

• Meninggal pada tahun 1091M.

3) Abdul Mustansir

• Tiada peristiwa penting

4) Ratu Saidah

• Isteri kepada Ahmad Al-Mukarram Bin Ali.

• Beliau terpaksa mengambil alih pentadbiran suaminya.

• Beliau mengangkat puteranya, Abdul Mustansir sebagai penguasa. Usaha beliau turut disokong oleh khalifah Al-Mustansir (penguasa Khilafah Fatimiyyah).

• Beliau diganggu campur tangan asing yang cuba mengambil kesempatan di atas keadaanya.

• Beliau bersekutu dengan Al-Mufaddal Bin Abi Al-Barakat, salah seorang anggota keluarga Ali Bin Muhammad. Beliau memberikannya sebuah kubu yang terletak di atas satu bukit tertinggi di Tihamah.

• Dengan bantuan Al-Mufaddal Bin Abi Al-Barakat, beliau berjaya memperoleh kembali hasil Aden.

• Beliau berjaya menawan kembali kubu yang diberikan kepada Al-Mufaddal Bin Abi Al-Barakat pada tahun 1112M setelah kubu itu jatuh ke tangan suku Khawlan.

• Meninggal pada tahun 1138M.

Kejatuhan[sunting | sunting sumber]

Dinasti ini mulai lemah setelah kematian Ratu Saidah pada tahun 1138M. Pada saat ini juga, pengaruh Khilafah Fatimiyyah mulai menurun. Dinasti ini berakhir dengan berdirinya Dinasti Ayubiyyah.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

1)https://www.britannica.com/topic/Sulayhid-dynasty