Divisyen Ke-8 (Australia)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
8 Divisyen (Australia)
Aktif1940–1942
DibubarkanPertubuhan dimansuhkan dalam tahun 1942 apabila kebanyakan anggota menjadi tawanan perang
NegaraAustralia Australia
KesetiaanBritain
CawanganTentera Darat
JenisDivisyen
PerananInfantri
Sebahagian daripadaPasukan Imperial Australia Kedua
PertempuranPerang Dunia Kedua
Komander
Komander
terkenal
Mejar Jeneral Gordon Bennett

Divisyen Ke-8 Tentera Darat Australia ditubuhkan semasa berlakunya Perang Dunia Kedua sebagai sebahagian daripada Pasukan Australia Imperial Kedua. Divisyen Ke-8 ditubuhkan dengan unit anggota tentera tetap dan briged-briged baharu bermula Julai 1940. Dengan kemungkinan berlakunya perang dengan Jepun, Divisyen ini dibahagikan kepada empat pasukan berasingan yang digerakkan ke empat wilyah berasingan. Kesemua formasi terbinasa menjelang akhir Februari 1941. Kebanyakan anggota Divisyen menjadi tawanan perang dan ramai yang meninggal dunia sewaktu dalam tahanan.

Sejarah ringkas[sunting | sunting sumber]

Divisyen Ke-8 ditubuhkan untuk beraksi di Timur Tengah. Pada bulan Disember 1940, Briged ke-24 dihantar ke Afrika Utara dan menjadi sebahagia daripada Divisyen Ke-9.

Namun, dengan kemungkinanan perang tercetusnya peperangan dengan Jepun, Briged Ke-22 dihantar ke Tanah Melayu pada 2 Februari 1941. Briged Ke-23 bergerak ke Darwin pada bulan April. Briged Ke-27 menyertai Briged ke-22 di Tanah Melayu dalam bulan Ogos 1941. Unit Briged Ke-23 dibahagikan kepada dua detasmen: Batalion 2/40 dihantar ke Timor dan Batalion 2/21 ke Ambon di Hindia Timur Belanda. Markas Briged Ke-23 tinggal di Darwin.

Tanah Melayu[sunting | sunting sumber]

Jambatan Sungai Kelamah. Tentera Batalion 2/30 Divisyen Ke-8 Australia mengenakan korban 700 orang anggota Divisyen Ke-5 Jepun dalam Pertempuran Muar.

Tentera Darat Ke-25 Jepun mendarat di selatan Siam dan Kota Bharu di pantai timur Tanah Melayu pada pagi 8 Disember 1941. Pasukan Jepun ditentang hebat di utara dan timur Tanah Melayu tetapi dapat mengatasi pasukan pertahanan dan terus mara ke arah selatan Tanah Melayu menghala Kuala Lumpur bandar utama dan ibu negara Tanah Melayu. Pada 14 Januari, Divisyen Ke-8 terlibat dalam pertempuran di selatan Kuala Lumpur, di Gemas dan Muar. Divisyen ke-8 meraih sedikit kejayaan di Jambatan Gemencheh (Gemenceh), dengan memusnahkan satu batalion Jepun. Walau bagaimanapun, unit-unit lain British menghadapi kekalahan dan mereka terpaksa berundur.

Briged-briged di bawah perintah Divisyen Ke-9, yakni Briged Ke-22 dan Briged ke-27, melaksanakan aksi barisan belakang membantu pengunduran am Tentera British ke Singapura.

Nota[sunting | sunting sumber]

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Silver, Lynette Ramsay, The Bridge at Parit Sulong – An Investigation of Mass Murder, The Watermark Press, 2004. ISBN 0-949284-65-3.
  • Richardson, Hal. 1957. One-man War: The Jock McLaren Story. Griffin Press, Adelaide.
  • Wigmore, Lionel (1957). Australia in the War of 1939-1945. Series 1, Vol. 4: The Japanese Thrust. Canberra, Australia: Australian War Memorial.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]