Markas Pemerintahan Tanah Melayu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Malaya Command)
Markas Pemerintahan Tentera British di Tanah Melayu
Aktif1924 hingga 1942; 1945 hingga 1957
Negara United Kingdom
CawanganBendera Tentera Darat United Kingdom Tentera Darat Britain
JenisFormasi ketenteraan
PangkalanSingapura
Komander
Komander
terkenal
Lt Jen AE Percival (16 Mei 1941 – 15 Februari 1942)

Markas Pemerintahan Tentera British di Tanah Melayu atau Malaya Command adalah satu formasi tentera yang ditubuhkan oleh Tentera British pada awal tahun 1920-an untuk menyelaras dan menjamin keselamatan Malaya iaitu Semenanjung Tanah Melayu dan juga pangkalan utama British di Singapura.

Malaya Command mendapatkan perhatian ramai apabila dipertanggungjawabkan dengan pertahanan dan keselamatan Semenanjung Tanah Melayu dan Singapura menentangkan serangan dan penaklukan tentera Jepun apabila meletusnya perang di Asia semasa Perang Dunia II.

Jeneral A. E. Percival Menjadi Panglima Malaya Command Semasa Serangan Tentera Jepun Ke Atas Malaya

Kekalahan tentera British di bawah pimpinan Leftenan Jeneral A. E. Percival dikatakan satu kekalahan yang membawa malu besar kepada Empayar British dan memusnahkan sama sekali tanggapan orang-orang Asia mengenai “keagungan (invincibility) orang-orang putih”. Orang-orang Asia, khasnya orang-orang Melayu tidak lagi menganggapkan Empayar British sebegitu kukuh seperti yang disangkakan sebelumnya.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Malaya Command ditubuhkan pada awal tahun 1920-an dengan ibu pejabatnya di Singapura. Markas ini dipertanggungjawabkan dengan pertahanan dan keselamatan Tanah Melayu dan Singapura daripada ancaman musuh. Pada awalnya Malaya Command tidak besar dan hanya mempunyai unit-unit tentera kecil termasuk unit tentera sukarela (Volunteer Forces) yang ditugaskan sebagai pasukan garison di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Taiping, Seremban dan Singapura.

Apabila Perang Dunia II meletus dalam tahun 1939, Malaya Command mula diperkukuhkan dengan tentera tambahan. Oleh kerana Tentera British dalam keadaan tertekan, Malaya Command diperkuatkan dengan unit-unit tentera dari India.

Pada bulan November 1940, Malaya Command diletakkan di bawah bidang kuasa Markas Pemerintahan Timur Jauh (Far East Command) sebelum dipindahkan kepada bidang kuasa Pemerintahan Barat Daya Pasifik (South West Pacific Command) Tentera Berikat. [1]

Formasi dan Unit[sunting | sunting sumber]

Pada bulan November 1940, kekuatan tentera British di Malaya berjumlah 17 batalion dengan penambahan 1 rejimen artileri gunung (mountain artillery). Kontinjen Tentera India sebahagian besarnya diletakkan di bawah pemerintahan III Kor Tentera India dengan ibu pejabat di Kuala Lumpur.

Pada saat Jepun menyerang Tanah Melayu, Lt. Jeneral Arthur Percival mempunyai hampir 88,000 orang anggota tentera di bawah pemerintahannya, berbanding dengan hampir 80,000 orang anggota tentera yang diletakkan di bawah pemerintahan Jeneral Yamashita. Walaupun dengan bilangan yang lebih ramai, tentera yang diletakkan di bawah Malaya Command mempunyai banyak kelemahan, seperti :

  1. Askar-askar daripada India masih tidak cukup lengkap menjalani latihan tentera.
  2. Askar-askar British yang dihantar untuk memperkukuhkan pertahanan tanah Melayu tidak biasa dengan peperangan di hutan tropika.
  3. Askar Australia yang dihantar ke Singapura dalam bulan Januari 1942 tidak cukup lengkap menjalani latihan tentera dan juga tidak dapat membiasakan diri dengan iklim tropikal di Malaya.
  4. Kekurangan senjata anti-kereta kebal.
  5. kekurangan sokongan tentera udara

Formasi Bulan Disember 1941[sunting | sunting sumber]

Formasi Malaya Command pada 8 Disember 1941 adalah

III Kor Tentera India
C.O. - Lieut. Gen. Lewis Heath

  • Divisyen Ke-9 Tentera India
    Maj. Gen. A.E. Barstow
    Briged Infantri ke-8 India
    Brig. Jeneral Billy Key
    Battalion 2/10th, Rejimen Baluch
    Battalion 3/17th, Rejimen Dogra
    Battalion 1/13th, Frontier Force Rifles
    Battalion 2/12th, Rejimen Frontier Force (2nd Sikhs)
    Lieut. Col. A.E. Cumming
    Briged Infantri Ke-22 India
    Brig. Jeneral G. W. A. Painter
    Battalion 5/11th, Rejimen Sikh
    Battalion 2/18th, Royal Garhwal Rifles
  • Divisyen ke-11 Infantry India
    Maj. Gen. D.M. Murray-Lyon
    Briged infantri India Ke-6 - Brig. W.O. Lay
    Batalion Ke-2 Rejimen East Surrey Regiment
    Bn1/8th, Rejimen Punjab
    Bn 2/16th, Rejimen Punjab
    Briged infantri Gurkha ke-28 - Brig. W. St J. Carpendale
    Bn 2/1, Gurkha Rifles
    Bn 2/2, Gurkha Rifles
    Bn 2/9, Gurkha Rifles

Pasukan Rizab III Kor (diletakkan di bawah pemerintahan Divisyen ke-11 Infantry India):
Briged Infantri Ke-15 India - Brig. K.A. Garrett
1st Bn, The Leicestershire Regiment
2/9th Bn, Jat Regiment
1/14th Bn, Punjab Regiment

Unit Sokongan Divisyen
3/16th Bn, Punjab Regiment
11th Indian Division Signal Regiment


Kubu Pulau Pinang - Brig. C.A. Lyon
Batalion 5/14th, Rejimen Punjab
Batalion ke-3, Singapore Straits Volunteer Force
Rejimen Ke-11 Hong Kong and Shanghai Royal Artillery
Batalion Pertama Rejimen Hyderabad


Divisyen ke-8 Australia - Maj. Gen. Gordon Bennett

  • Briged ke-22 Australia - Brig. Taylor,
    Batalion Infantri 2/18th Australia
    Batalion Infantri 2/19th Australia - Lt. Kol. Charles Anderson
    Batalion Infantri 2/20th Australia
  • Briged ke-27 Australia - Brig. D.S. Maxwell
    Batalion Infantri 2/26th Australia
    Batalion Infantri 2/29th Australia
    Batalion Infantri 2/30th Australia

Kubu Singapura - Maj. Gen. F.K. Simmons

  • Briged Ke-2 Infantri Malaya - Brig. F.H. Fraser
    Batalion Pertama Rejimen Manchester (MG)
    Batalion Kedua Rejimen Gordon Highlanders
    Batalion 2/17 Battalion Rejimen Dogra
  • Singapore Straits Volunteer Force - Col. R.G. Grimwood
    Batalion pertama Singapore Straits Volunteer Force
    Batalion Ke-4 Singapore Straits Volunteer Force
    Batalion ke-2 Singapore Straits Volunteer Force
    Kompeni Kereta Perisai Singapore Straits Volunteer Force
  • Singapore Fortress Royal Engineers - Brig. I. Simson
  • Pasukan Simpanan Malaya Command

Briged Infantri Ke-12 India - Brig. A.C.M.Paris
Batalion 5/2nd Bn, Rejimen Punjab
Batalion 4/19th Bn, Rejimen Hyderabad
Batalion 2nd Bn, Argyll and Sutherland Highlanders - Lieut. Col. I.M. Stewart


Formasi Malaya Command pada 8 Februari 1942[sunting | sunting sumber]

Kor Ke-3 India - Lieutenant-General Sir Lewis Heath

  • Divisyen ke-11 India
    Rejimen ke-3 Kavalri [India] [-]
    Skuadron ke-100 Kereta Kebal Ringan [-]
    Batalion ke-9 Royal Northumberland Fusiliers [mesingan] [-]
  • Briged Infantri ke-8 India (Rizab Divisyen) - Brigadier W.A. Trott
    Batalion 2/10 Rejimen Baluch
    Batalion 2/18 Royal Garhwal Rifles
    Batalion 1/13 Frontier Force Rifles
  • Briged Infantri ke-28 India - Brigadier W.R. Selby
    Kompeni dari batalion ke-9 Royal Northumberland Fusiliers
    Batalion 5/14 Battalion Rejimen Punjab
    Batalion 2/2 Gurkha Rifles
    Batalion 2/9 Gurkha Rifles
  • Briged ke-53 Infantri British - Brig C.L.B. Duke
    5 Batalion Rejimen Norfolk Diraja
    6 Batalion Rejimen Norfolk Diraja
    2 Battalion Rejimen Cambridgeshire
  • 18th British Infantry Division - Mejar Jeneral M.B. Beckwith Smith
    Batalion ke-5 Loyal Regiment
    Batalion ke-18 Reconnaissance Corps [-]
    Batalion 1/3 Rejimen Kavalri [India]
    Detasmen Skuadron ke-100 Kereta Kebal Ringan
    Detasmen Federated Malay States Volunteer Force
    Kompeni Dalforce
  • Briged Infantri ke-54 British - Brigadier E.K.W. Backhouse
    2 Kompeni dari Batalion ke-5 Loyal Regiment
    Detasmen Batalion ke-18 Reconnaissance Corps
    Kompeni dari Batalion ke-9 Royal Northumberland Fusiliers
    Batalion ke-4 Royal Norfolk Regiment
    Batalion ke-4 Suffolk Regiment
    Batalion ke-5 Suffolk Regiment
  • Briged Infantri ke-55 British - Brigadier J.B. Coates
    Kompeni dari Batalion ke-9 Battalion Royal Northumberland Fusiliers
    Batalion ke-5 Rejimen Bedfordshire & Hertfordshire
    Batalion Pertama Rejimen Cambridgeshire
    Batalion 1/5 Battalion Sherwood Foresters
  • Briged ke-15 Infantri India (Briged Bebas) -
    Batalion British
    Batalion 2/9 Rejimen Jat
    Batalion 3/16 Rejimen Punjab
    Batalion 1/8 Rejimen Punjab [penubuhan semula]
    Batalion 3/17 Rejimen Dogra [penubuhan semula]

Pasukan Imperial Australia

Divisyen ke-8 Australia - Major-General H. Gordon Bennet

  • Briged Ke-22 infantri Australia - Brigadier Taylor,
    Kompeni dari Batalion ke-2/4 Infantri Australia
    Batalion ke-2/18 Infantri Australia
    Batalion ke-2/19 Infantri Australia
    Batalion ke-2/20 Infantri Australia
  • Briged Ke-27 infantri Australia - Brigadier D.S. Maxwell
    Kompeni dari Batalion ke-2/4 Infantri Australia
    Batalion ke-2/26 Infantri Australia
    Batalion ke-2/29 Infantri Australia
    Batalion ke-2/30 Infantri Australia
  • 44 Indian Infantry Brigade - Brig G.C. Ballentine
    Batalion ke- 6/1 Rejimen Punjab
    Batalion ke-7/8 Rejimen Punjab
    Batalion ke-6/14 Rejimen Punjab

Kubu Singapura - Major-General F. Keith Simmons

  • Briged Ke-2 Infantri Malaya - Brigadier F.H. Fraser
    Batalion Pertama Manchester Regiment (mesingan)
    2 Battalion Rejimen Gordon Highlanders
    Battalion 5/11 Rejimen Sikh
    Batalion Pertama Rejimen Infantri Mysore (ISF)
    Battalion 2/17 Rejimen Dogra
  • Briged Sukarelawan Straits Settlements Volunteer Force - Colonel Grimwood
    Batalion Pertama (Perak) Federated Malay States Volunteer Forces
    Batalion Ke-2 (Selangor) Battalion Federated Malay States Volunteer Forces
    Batalion ke-3 (Negri Sembilan) Battalion Federated Malay States Volunteer Forces
    Batalion ke-4 (Pahang) Battalion Federated Malay States Volunteer Forces
  • Briged Askar jurutera Kubu Singapura
    Kompeni Perkubuan ke-30
    Kompeni Perkubuan ke-34
    Kompeni Perkubuan ke-35
    Kompeni Perkubuan ke-41
  • Rejimen Artileri Diraja
    Rejimen Artileri Pantai ke-7
    Rejimen Artileri Pantai ke-9
    Rejimen ke-16
    Rejimen ke-3 (Berat) Anti Kapal Terbang
    Rejimen ke-35 (Ringan) Anti Kapal Terbang
    Rejimen ke- Pertama Artileri India
    Rejimen Pertama (Berat) Anti Kapal Terbang Hong Kong and Shanghai Royal Artillery
    Rejimen ke-2 (Berat) Anti Kapal Terbang Hong Kong and Shanghai Royal Artillery
    Rejimen ke-3 (Ringan) Anti Kapal Terbang Hong Kong and Shanghai Royal Artillery

Pasukan Rizab Markas Gerakan Malaya (Malaya Command Reserves)

Pasukan Markas Gerakan Malaya (Malaya Command Troops) - Pertahanan Lapangan Terbang

  • Batalion Infantri Jind [½] (ISF)
    Batalion Infantri Karpurthala [½](ISF)
    Batalion Pertama Infantri Hyderabad (ISF)
    Batalion Pertama Infantri Bahawalpur (ISF)

Selepas Perang Dunia II[sunting | sunting sumber]

Selepas Perang Dunia II tamat dalam tahun 1945, Malaya Command ditubuhkan semula dalam bulan September 1945 sebagai markas pemerintahan tentera British di Malaya. Ibu pejabat ketumbukan Tentera Ke-14 (HQ 14th Army) dari Pasukan tentera Darat Tenggara Asia (SE Asia Land Forces) ditukarkan menjadi asas kepada penubuhan Malaya Command. Ibu pejabatnya ditubuhkan di Singapura. Tanggungjawab Malaya Command dibahagikan kepada dua Daerah Tentera, iaitu Pangkalan Singapura dan Semenanjun Tanah melayu sendiri (Malaya).

Dalam tahun 1947, ibu pejabat Malaya Command dipindahkan ke Kuala Lumpur. Ibu pejabatnya ditetapkan di Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur. (Tapak ini kini menjadi tapak terletaknya Kementerian Pertahanan Malaysia). Bidang tugas Malaya Command kini dibahagikan kepada 3 bahagian, iaitu ;

  • Bahagian Utara dengan ibu pejabat di Taiping
  • Bahagian Tengah dengan ibu pejabat di Seremban
  • Bahagian Johor – dalam tahun 1948 tanggungjawab untuk kawasan Johor telah dipindahkan di bawah tanggungjawab pangkalan Singapura. Ibu pejabat untuk bahagian ini dipindahkan ke Pahang dalam tahun 1949 dan digunakan untuk menubuhkan markas Briged Infantri ke-48 Gurkha.

Apabila Darurat meletus, Malaya Command dinaikkan taraf menjadi markas penuh. Malaya Command menyelaraskan dan mengaturkan perancangan penentangan pengganas-pengganas Komunis dari parti Komunis Malaya. Pembahagian kawasan dibuat seperti cara berikut :

  • Bahagian Utara Malaya – ditukarkan dalam bulan Oktober 1953 menjadi Divisyen Persekutuan Pertama (1 Federal Div).
  • Bahagian Selatan Malaya – disusun semula pada 1 September 1952 untuk menjadi Divisyen ke-17 Gurkha.
  • Bahagian Tengah –ibu pejabat di Seremban
  • Bahagian Pangkalan Singapura

Selepas kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dalam tahun1957, Tentera British secara beransur-ansur memindahkan tanggungjawab pemerintahan tentera kepada Tentera Persekutuan (kini Tentera Darat Malaysia).

Dalam tahun 1963, komponen Tentera British dalam Malaya Command ditukarkan menjadi Markas Pemerintahan Timur Jauh (Far East Command) sehingga dibubarkan dalam tahun 1971 apabila tentera British berundur sepenuhnya daripada Timur Jauh.

Dalam tahun 1957, Divisyen ke-17 Gurkha diubah menjadi teras kepada Pasukan Darat Komanwel di Malaya (Overseas Commonwealth Land Forces (Malaya)) dan Malaya Command diletakkan di bawah bidang kuasa sepenuhnya Tentera Persekutuan.

Senarai Nama Pegawai Pemerintah Malaya Command[sunting | sunting sumber]

GOC Malaya Command:
1929.11.30 Maj-Gen. H.L. Pritchard, CB, CMG, DSO
1934.01.10 Maj-Gen. E. O. Lewin, CB, CMG, DSO
1935.11.08 Maj-Gen. W.G.S. Dobbie, CB, CMG, DSO
1939.08 Lt-Gen. Sir Lionel Vivian Bond, KBE, CB; GOC
1941.04. Maj-Gen. Arthur Ernest Percival [sehingga 15 Feb. 1942]

GOC Malaya Command:
1945 GOC Malaya District: (juga sebagai Mejar General Briged Gurkha)


1948? Maj-Gen. Sir Charles Hamilton Boucher, KBE, CB, DSO
1950.02.27 Maj-Gen. Robert Elliott Urquhart, CB, DSO (juga pemerintah 17 Gurkha Div)
1950.08.01 Maj-Gen. Robert Elliott Urquhart, CB, DSO

Urquhart Mengetuai Divisyen Payung Terjun Pertama British Semasa Ops Market-Garden


1952.06.11 Maj-Gen. Sir Hugh Charles Stockwell, KBE, CB, DSO
1954.04.07 Lt-Gen. Sir Geoffrey Kemp Bourne, KBE, CB, CMG
1956.05.19 Lt-Gen. Sir Roger Herbert Bower, KBE, CB [to 1 Sep. 1957]

South Malaya District [Malaya Command] (juga sebagai Mejar General Briged Gurkha)
1950.02 Maj-Gen. D. Dunlop
1950.09.19 Maj-Gen. Robert Cecil Osborne Hedley
1952.05.07 Maj-Gen. Lancelot Edgar Connop
Mervyn Perowne [to 31 Aug. 1952]

Johore Sub District
Brig. Robert Cecil Osborne Hedley
1948 Maj-Gen. D Dunlop

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.