Diwan (puisi)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Penyalin Mughal menyalin Diwan.

Diwan (Bahasa Parsi: دیوان‎, divân, Bahasa Arab: ديوان‎, (dīwān) ialah sebuah himpunan puisi. Puisi-puisi ini sering kali dikarang dan dihimpunkan di istana sultan-sultan dan tersohor oleh sebab kebolehan puisi memberi ilham. Perkataan Arab diwan (دیوان), datang dari bahasa Parsi dan bermaksud daftar atau senarai.[1] Dalam bahasa Parsi, Turki dan beberapa bahasa lain, perkataan diwan mengambil maksud himpunan puisi oleh seorang pengarang.

Di Eropah, perkataan divan mula digunakan dalam tajuk karya puisi dalam bahasa Perancis, namun jarang digunakan selain untuk pengajaraan sehinggalah ia muncul dalam karya agung Goethe, Diwan Barat-Timur, yang membayangkan minatnya terhadap penulisan Timur Tengah, dan yang diterbitkan pada tahun 1819.[1]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Alain Rey et al., Dictionnaire historique de la langue française, new ed. (Robert, 1995), vol. 1, p. 617.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]