Dover, Delaware

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dover, Delaware
Bandar Dover
NegaraAmerika Syarikat
NegeriDelaware
Keluasan
 • Jumlah23.48 batu persegi (60.82 km2)
Aras
30 ft (9 m)
Penduduk
 (2010)
 • Jumlah36,047
 • Kepadatan1,629.6/batu persegi (629.20/km2)
Zon waktuUTC-5 (EST)
 • Musim panas (DST)UTC-4 (EDT)
Laman sesawanghttp://www.cityofdover.com/

Dover (AFA: /ˈdoʊvər/) ialah ibu negeri dan bandar ke-3 besar Delaware, Amerika Syarikat.[1]

Asalnya direkod dalam ejaan ruminya Portus Dubris, nama Dover diterbitkan daripada perkataan air dalam bahasa Celtic kuno. Dover dibangunkan sebagai bandar majlis untuk Daerah Kent yang baru ditubuhkan pada tahun 1683 oleh William Penn iaitu penjelajah wilayah yang umumnya dikenali sebagai "Daerah-Daerah Selatan Delaware". Dover terletak di 39°09′29″U 75°31′28″B. Pada tahun 2010, Dover didiami 36047 penduduk. Dover ditabir dengan sistem majlis-pengurus dengan ketua bandar yang dilantik yang sekarangnya ialah Robin R. Christiansen sejak tahun 2014.

Majikan terbesar Delaware juga merupakan majikan terbesar Dover, iaitu kerajaan negeri. Dover menempatkan Universiti Negeri Delaware dan juga satu-satunya universiti keturunan Afrika bersejarah di Delaware iaitu Kolej Wesley. Rumah Opera Dover yang sebelumnya dibina pada tahun 1904 dan diubahsuai menjadi Pusat Kesenian Schwartz yang menganjurkan persembahan Orkestra Simfoni Dover, tarian balet dan filem klasik. Jabatan Rekreasi & Taman Bandar Dover mengurus beberapa taman di bandar ini, yang merangkumi 3 taman yang lebih besar dan 27 taman yang lebih kecil. 2 penerbitan surat khabar berpusat di Dover, iaitu Pos Dover yang dicetak setiap minggu dan secara atas talian, serta Berita Negeri Delaware yang melakukannya secara harian. Litar Antarabangsa Dover mengadakan 2 perlumbaan NASCAR pada hujung minggu, iaitu 1 pada akhir musim bunga dan 1 lagi pada awal musim luruh.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Populations of Delaware (DE) Cities – ranked by Population Size". Dicapai pada June 12, 2013.