Dr. Seuss

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Dr. Seuss
Ted Geisel holding the Cat in the Hat at Desk in 1957
Theodor Seuss Geisel in 1957
Info kelahiranTheodor Seuss Geisel
(1904-03-02)2 Mac 1904
Springfield, Massachusetts, U.S.
Kematian24 September 1991(1991-09-24) (umur 87)
La Jolla, California, U.S.
Nama pena
PekerjaanPenulis, Kartunis politik, juruanimasi, penerbit buku, pelukis, penyajak
GenreChildren's literature
Pasangan
  • Helen Palmer Geisel (k. 1927; her death 1967)
  • Audrey Stone Dimond (k. 1968; his death 1991)

Tandatangan
Laman sesawang
seussville.com

Theodor Seuss Geisel ([sus / zois gai-sel], [ˈsuːs ˈɡaɪzəl];[1] 2 Mac 1904 – 24 September 1991)[2] adalah seorang penulis kanak-kanak, kartunis politik, penyair, juruanimasi, penulis naskah, pembuat film, dan pelukis dari Amerika Syarikat. Beliau dikenali kerana menulis dan mengilustrasi lebih daripada 60 buah buku di bawah nama pena Doctor Seuss (dipendekkan kepada Dr. Seuss) (disebut [sus]).[1] Buku-bukuna laris dijual sehingga diterjemahkan kepada lebih daripada 20 bahasa saat beliau meninggal dunia.[3]

Awal hidup[sunting | sunting sumber]

Theodor Geisel lahir dan membesar di Springfield, Massachusetts. Beliau merupakan anak kepada Henrietta (née Seuss) dan Theodor Robert Geisel, seorang pemilik kilang bir sebelum kilang tersebut ditutup ketika Zaman Pengharaman (Prohibition).[4][5][6] yang merupakan imigran dari negara Jermanfour of his grandparents were German immigrants.[7]

Geisel memasuki Dartmouth College di mana beliau mendapat ijazahnya pada tahun 1925.[8] Selepa situ, beliau melanjutkan pengajiannya di Lincoln College, Oxford dengan tujuan mendapatkan kedoktoran falsafah dalam bidnag kesusasteraan Inggeris.[9][10] Di sana, beliau bertemu Helen Palmer yang mengalakkannya berhenti agar mengejar impiannya sebagai seornag pelukis.[9] Beliau kembali ke Amerika Syarikat pada Februari 1927 tanpa ijazah kedoktoran itu,[11] dan beliau segera menghantar karya tulisan dan lukisannya ke majalah-majalah, penerbit buku dan agensi pengiklanan.[12]

Kerjaya awal[sunting | sunting sumber]

Ketika Perang Dunia Kedua[sunting | sunting sumber]

Geisel mula melukis kartun politik untuk akhbar PM di New York apabila Perang Dunia ini tercetus.[13] Lukisan-lukisan ini banyak mengutuk rejim-rejim Adolf Hitler dan Benito Mussolini, penindasan terhadap golongan Yahudi di benua Eropah, serta juga puak yang tidak ingin Amerika Syarikat campur tangan dalam perang ini seperti Charles Lindbergh.[14]

Beliau dalam karya zaman perangnya juga menaruh prasangka kuat terhadap warga senegaranya yang berbangsa Jepun ketika masyarakat tersebut ditindas dan ditahan di kem-kem tahanan oleh pemerintah Amerika Syarikat - beliau tidak begitu dapat membezakan antara masyarakat tersebut dengan warga Empayar Jepun yang memerangi A.S pada ketika itu, bahkan sering menganggap mereka sebagai suatu pihak yang cenderung membelot.[15] Walau bagaimanapun, fikirannya lama-kelamaan berubah setelah perang tersebut tamat, bahkan turut menulis cerita yang diilhamkan pengalaman sengara mereka - misalnya Horton Hears a Who! yang didedikasikan kepada seorang rakannya yang berbangsa Jepun.[16]

Kerjaya pasca-perang[sunting | sunting sumber]

Selepas perang dunia tersebut tamat, Geisel dan isterinya berpindah ke La Jolla, California di mana beliau kembali menulis buku kanak-kanak.

Pada bulan Mei 1954, Life menerbitkan sebuah laporan mengenai kebutahurufan dalam kalangan pelajar sekolah di mana ia menyimpulkan bahawa ia disebabkan kandungan buku mereka yang tidak menarik dan membosankan. Pengarah bahagian pendidikan syairkat penerbit buku teks Houghton Mifflin, William Ellsworth Spaulding, mengumpul senarai sebanyak 348 patah perkataan yang dianggap penting dalam tahap pendidikan pelajar gred satu. Beliau kemudiannya meminta Geisel mengurangkan buku tersebut kepada 250 patah perkataan serta menukis sebuah buku berdasarkan senarai tersebut.[17][18] The Cat in the Hat, karya pertamanya yang menggunakan kaedah ini dengan sebanyak 236 patah kata diterbitkan 9 bulan kemudian dan menjadi antara karya terlaris Geisel.

Theodor menerima Pingat Laura Ingalls Wilder daripada Association for Library Service to Children pada tahun 1980, atas pengiktirafan beliau terhadap "sumbangan yang penting dan berpanjangan kepada sastera anak-anak".[19] Beliau juga menerima sebuah Hadiah Pulitzer Khas pada tahun 1984 untuk "sumbangan lebih setengah abad kepada pendidikan dan keseronokan yang dialami anak-anak dan ibubapa se-Amerika Syarikat"..[20]

Senja hidup[sunting | sunting sumber]

Theodor meninggal akibat barah mulut pada 24 September 1991 di kediamannya di bandar La Jolla pada usia 87 tahun.[21][22] Mayatnya dibakar dan abu-abunya ditabur di sebuah lokasi dirahsiakan.

Senarai karya terpilih[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Seuss". Random House Webster's Unabridged Dictionary.
  2. ^ "About the Author, Dr. Seuss, Seussville". Timeline. Dicapai 15 Februari 2012. 
  3. ^ Bernstein, Peter W. (1992). "Unforgettable Dr. Seuss". Unforgettable. Reader's Digest Australia: 192. ISSN 0034-0375. 
  4. ^ Municipal register of the city of Springfield – Springfield (Mass.) – Google Books. Books.google.com. 1912. Dicapai 2013-12-29. 
  5. ^ Mandeville Special Collections Library. "The Dr. Seuss Collection". UC San Diego. Diarkibkan daripada asal pada April 20, 2012. Dicapai April 10, 2012. 
  6. ^ Seuss, Geisel (2005). "Dr. Seuss Biography". dalam Taylor, Constance. Theodor Seuss Geisel The Early Works of Dr. Seuss. 1. Miamisburg, OH: Checker Book Publishing Group. m/s. 6. ISBN 1-933160-01-2 
  7. ^ Reitwiesner, William Addams. "Ancestry of Theodor Geisel". Wargs.com. Dicapai 9 April 2012. 
  8. ^ Minear (1999), p. 9.
  9. ^ a b Pace, Eric (26 September 1991). "Dr. Seuss, Modern Mother Goose, Dies at 87". The New York Times. New York City: NYTC. ISSN 0362-4331. Dicapai 10 November 2011. 
  10. ^ "Famous Lincoln Alumni". Lincoln College, Oxford. Dicapai 26 July 2018. 
  11. ^ Morgan (1995), p. 57
  12. ^ Pease (2010), pp. 41–42
  13. ^ Richard H. Minear, Dr. Seuss Goes to War: The World War II Editorial Cartoons of Theodor Seuss Geisel p. 16. ISBN 1-56584-704-0
  14. ^ Minear, Richard H. (1999). Dr. Seuss Goes to War: The World War II Editorial Cartoons of Theodor Seuss Geisell. New York City: The New Press. m/s. 9. ISBN 1-56584-565-X. 
  15. ^ The Political Dr. Seuss Springfield Library and Museums Association
  16. ^ Wood, Hayley and Ron Lamothe (interview) (Ogos 2004). "Interview with filmmaker Ron Lamothe about The Political Dr. Seuss". MassHumanities eNews. Massachusetts Foundation for the Humanities. Diarkibkan daripada asal pada 16 September 2007. Dicapai 16 September 2008. 
  17. ^ Kahn, Jr., E.J. (December 17, 1960). "Profiles: Children's Friend". The New Yorker. Condé Nast Publications. Dicapai September 20, 2008. 
  18. ^ Menand, Louis (23 Disember 2002). "Cat People: What Dr. Seuss Really Taught Us". The New Yorker. Condé Nast Publications. Dicapai 16 September 2008. 
  19. ^ Laura Ingalls Wilder Award, Past winners. Association for Library Service to Children (ALSC) – American Library Association (ALA). About the Laura Ingalls Wilder Award. ALSC – ALA. Dicapai 17 Jun 2013.
  20. ^ "Special Awards and Citations". The Pulitzer Prizes. Dicapai pada 2 Disember 2013.
  21. ^ Pace, Eric (September 26, 1991). "Dr. Seuss, Modern Mother Goose, Dies at 87". The New York Times. Dicapai March 2, 2012. 
  22. ^ Gorman, Tom; Miles Corwin (26 September 1991). "Theodor Geisel Dies at 87; Wrote 47 Dr. Seuss Books, Author: His last new work, 'Oh, the Places You'll Go!' has proved popular with executives as well as children". Los Angeles Times. Dicapai 2 Mac 2012. 

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Theodor Seuss Geisel: The Early Works, Volume 1 (Checker Book Publishing, 2005; ISBN 1-933160-01-2) - kompilasi pertama pelbagai kartun politik, iklan, dan berbagai gambar karya Geisel jauh sebelum ia menulis buku-bukunya yang terkenal di seluruh dunia.
  • Dr. Seuss From Then to Now (New York: Random House, 1987; ISBN 0-394-89268-2) retrospektif biografis diterbitkan untuk tujuan pameran dengan judul yang sama di Muzium Seni San Diego
  • The Secret Art of Dr. Seuss oleh Audrey Geisel (New York: Random House, 1995; ISBN 0-679-43448-8) memuat banyak reproduksi berwarna dari karya seni pribadi Geisel, yang tak pernah diterbitkan sebelumnya.
  • Dr. Seuss Goes to War: The World War II Editorial Cartoons of Theodor Seuss Geisel, bacaan terpilih dengan komentar oleh Richard Minnear (New Press, 2001; ISBN 1-56584-704-0).
  • Oh, the Places He Went, cerita tentang Dr. Seuss oleh Maryann Weidt (Carolrhoda Books, 1995; ISBN 0-87614-627-2)
  • The Seuss, the Whole Seuss and Nothing But the Seuss: A Visual Biography of Theodor Seuss Geisel oleh Charles Cohen (Random House Books for Young Readers, 2004; ISBN 0-375-82248-8).
  • Dr. Seuss: American Icon oleh Philip Nel (Continuum Publishing, 2004; ISBN 0-8264-1434-6)
  • The Tough Coughs as he Ploughs the Dough: Early Writings and Cartoons by Dr. Seuss, disunting, dengan kata pengantar oleh Richard Marschall (termasuk bahan autobiografi); ISBN 0-688-06548-1


Pautan luar[sunting | sunting sumber]