Drakunkuliasis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dracunculiasis
Pengelasan dan sumber luaran
Menggunakan batang mancis untuk mengeluarkan cacing guinea daripada kaki manusia
ICD-10 B72
ICD-9 125.7
P. Data Penyakit3945
eMedicineped/616
MeSHD004320
Wikipedia tidak memberikan nasihat perubatan Penafian perubatan

Drakunkuliasis, juga dikenali sebagai penyakit cacing guinea (GWD), merupakan jangkitan oleh cacing guinea.[1] Seseorang akan dijangkiti apabila mereka minum air yang mengandungi kutu air yang dijangkiti oleh larva cacing guinea.[1] Pada mulanya, mereka tidak mengalami apa-apa simptom.[2] Kira-kira setahun kemudian, mereka yang dijangkiti mengalami rasa terbakar yang menyakitkan apabila cacing betina membentuk lepuhan pada kulit, biasanya pada bahagian anggota badan bawah.[1] Cacing ini kemudiannya keluar daripada kulit dalam tempoh beberapa minggu.[3] Pada masa ini, individu yang dijangkiti mungkin sukar berjalan atau bekerja.[2] Penyakit ini sangat jarang membawa maut.[1]

Manusia adalah satu-satunya makhluk yang diketahui dijangkiti cacing guinea.[2] Cacing ini berukuran kira-kira satu sehingga dua milimeter lebar dan cacing betina dewasa berukuran 60 sehingga 100 sentimeter panjang (cacing jantan lebih pendek).[1][2] Di luar tubuh manusia, telur cacing ini boleh hidup selama tiga minggu.[4] Telur ini mesti dimakan oleh kutu air sebelum tempoh ini tamat.[1] Larva di dalam kutu air boleh hidup selama empat bulan.[4] Oleh itu, penyakit mesti tercetus setiap tahun dalam kalangan manusia untuk kekal di suatu kawasan.[5] Diagnosis penyakit biasanya boleh dilakukan berdasarkan tanda dan simptom penyakit. [6]

Pencegahan ialah dengan diagnosis awal penyakit, kemudian mencegah individu tersebut daripada memasukkan cacing ke dalam air minum. [1] Usaha lain termasuk: menambah baik capaian untuk air bersih dan menapis air jika ia tidak bersih. [1] Menapis air menggunakan kain biasanya sudah mencukupi.[3] Air minum yang tercemar boleh dirawat menggunakan bahan kimia yang dipanggil temefos untuk membunuh larva.[1] Tiada ubat atau vaksin untuk penyakit ini.[1] Cacing boleh dikeluarkan perlahan-lahan dalam beberapa minggu dengan menggeleknya dengan kayu. [2] Ulser yang terbentuk oleh cacing yang keluar boleh dijangkiti bakteria.[2] Kesakitan boleh berlanjutan selama berbulan-bulan selepas cacing dikeluarkan. [2]

Sebanyak 148 kes penyakit ini dilaporkan pada tahun 2013.[1] Ini merupakan satu penurunan daripada 3.5 juta kes pada tahun 1986.[2] Ia wujud di 4 buah negara sahaja di Afrika, turun daripada 20 negara pada tahun 1980-an.[1] Negara yang paling teruk terjejas ialah Sudan Selatan.[1] Penyakit ini mungkin penyakit parasitik yang pertama berjaya dibasmikan.[7] Penyakit cacing guinea sudah ditemui dalam kalangan manusia sejak ribuan tahun dahulu.[2] Ia pernah disebut dalam Papirus Ebers perubatan Mesir yang bertarikh 1550 SM.[8] Nama drakunkuliasis merupakan terbitan daripada Latin yang membawa maksud "penderitaan disebabkan naga kecil",[9] sementara nama "cacing guinea" mula digunakan selepas orang Eropah melihat penyakit ini di pantai GuineaAfrika Barat pada abad ke-17.[8] Satu spesies yang serupa dengan cacing guinea mengakibatkan penyakit dalam kalangan haiwan lain. [10] Spesies cacing ini tidak menjangkiti manusia.[10] Penyakit ini dikelaskan sebagai penyakit tropika terabai.[11]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f g h i j k l m "Dracunculiasis (guinea-worm disease)  Fact sheet N°359 (Revised)". World Health Organization. March 2014. Dicapai pada 18 March 2014. no-break space character in |title= at position 38 (bantuan)
  2. ^ a b c d e f g h i Greenaway, C (Feb 17, 2004). "Dracunculiasis (guinea worm disease)". CMAJ : Canadian Medical Association journal = journal de l'Association medicale canadienne. 170 (4): 495–500. PMC 332717. PMID 14970098. Missing pipe in: |journal= (bantuan)
  3. ^ a b Cairncross, S; Tayeh, A; Korkor, AS (Jun 2012). "Why is dracunculiasis eradication taking so long?". Trends in parasitology. 28 (6): 225–30. doi:10.1016/j.pt.2012.03.003. PMID 22520367.
  4. ^ a b Junghanss, Jeremy Farrar, Peter J. Hotez, Thomas (2013). Manson's tropical diseases (ed. 23rd edition). Oxford: Elsevier/Saunders. m/s. e62. ISBN 9780702053061. |edition= has extra text (bantuan)
  5. ^ "Parasites - Dracunculiasis (also known as Guinea Worm Disease) Eradication Program". CDC. November 22, 2013. Dicapai pada 19 March 2014. no-break space character in |title= at position 10 (bantuan)
  6. ^ Cook, Gordon (2009). Manson's tropical diseases (ed. 22nd ed.). [Edinburgh]: Saunders. m/s. 1506. ISBN 9781416044703. |edition= has extra text (bantuan)
  7. ^ "Guinea Worm Eradication Program". The Carter Center. Carter Center. Unknown parameter | accessdate= ignored (bantuan); Unknown parameter | url= ignored (bantuan); Missing or empty |url= (bantuan)
  8. ^ a b Tropical Medicine Central Resource. "Dracunculiasis". Uniformed Services University of the Health Sciences. Unknown parameter | url= ignored (bantuan); Missing or empty |url= (bantuan); |access-date= requires |url= (bantuan)
  9. ^ Barry M (June 2007). "The tail end of guinea worm — global eradication without a drug or a vaccine". N. Engl. J. Med. 356 (25): 2561–4. doi:10.1056/NEJMp078089. PMID 17582064. no-break space character in |title= at position 28 (bantuan)
  10. ^ a b Junghanss, Jeremy Farrar, Peter J. Hotez, Thomas (2013). Manson's tropical diseases (ed. 23rd edition). Oxford: Elsevier/Saunders. m/s. 763. ISBN 9780702053061. |edition= has extra text (bantuan)
  11. ^ "Neglected Tropical Diseases". cdc.gov. June 6, 2011. Dicapai pada 28 November 2014.