Duwi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Duwi
PenulisKamn Ismail
Diedarkan olehDitayangkan di Festival Filem Malaysia 2010 (FFM-23)
Tarikh tayangan
2009
Negara Malaysia

Duwi merupakan sebuah filem animasi sci-fi Malaysia yang diterbitkan oleh Quest Animation (m) Sdn Bhd. di Malaysia pada 2009. Duwi diterbitkan dalam bentuk filem warna.

Filem Duwi ditayangkan di Festival Filem Malaysia 2010 (FFM-23).

Ringkasan[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan sebuah keluarga yang meneroka tanah hutan untuk menampung hidup. Kehidupan mereka bahagia walaupun tidak dikurniakan cahayamata. Pada satu hari mereka telah menemui seorang bayi di hutan itu yang tidak di ketahui anak siapa. Bermula hari itu bayi itu dijadikan anak angkat dan diberi nama Duwi. Setelah kehadiran Duwi rezeki mereka bertambah dan hidup bahagia.

Namun kebahagian Duwi bersama keluarganya tidak berpanjangan. Ayah dan ibunya telah meninggal dan dia menumpang kasih neneknya . Berbagai rintangan dan dugaan dihadapi Duwi dalam meneruskan kehidupan namun Duwi tetap tabah mengharungi segala cabaran yang mendatang.

Pada satu hari Duwi telah terserempak dengan seorang pemuda yang berpakaian pelik dan telah menyelamatkan dirinya dari gangguan seorang tua yang miang. Namun pemuda itu telah tercedera. Duwi dan neneknya kemudian memberi bantuan merawat pemuda yang tidak diketahui asal usulnya itu. Namun kehadiran pemuda itu di rumah Duwi hanya sebentar sahaja dan pemuda itu hilang tanpa ada khabar berita.

Tanpa diduga , pada satu hari pintu alam terbuka dan Duwi disedut masuk ke benua yang amat asing pada penglihatannya. Kelihatan ada manusia aneh yang ditemuinya di situ. Di situ Duwi diberitahu akan asal usul dirinya yang kononnya dia sebenarnya berasal dari benua itu. Duwi menjadi keliru dengan apa yang didengarinya. Jiwanya meronta dan ingin segera pulang ke tempat asal yang diketahuinya.

Semasa berada di benua itu , Duwi melihat segala pergolakan yang berlaku. Negara itu diancam peperangan. Duwi juga menjadi mangsa perebutan kuasa kerana dirinya menjadi kunci rahsia kepada sejenis senjata pusaka. Setelah mengaharungi berbagai rintangan akhirnya Duwi dapat menerima siapa dirinya yang sebenar. Duwi akhirnya hidup bahagia bersama insan-insan yang disayanginya.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Lagu[sunting | sunting sumber]

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]