Eddie Pak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Eddie Pak (MK Pak)
Kelahiran
PekerjaanPengarah, penerbit, penulis, pelakon

Eddie Pak (Dr. MK Pak DHum(hc)),Bahasa Cina: 白文光博士 merupakan seorang pengarah filem, penerbit dan penulis filem dan drama di Malaysia. Beliau mempunyai pengalaman selama 38 tahun dalam industri hiburan dan telah mencapai banyak anugerah dan pencapaian. Genre filem yang beliau menghasil merangkumi filem seni, jenayah, dokumentari dan drama.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

1980-an[sunting | sunting sumber]

Eddie Pak (Dr. MK Pak DHum(hc)) memulakan penglibatannya dalam industri filem pada tahun 1980 apabila beliau mengunjungi Hong Kong. Di situ, beliau telah bekerjasama dengan banyak pelakon, pengarah dan penerbit filem yang terkenal.[nyatakan menurut siapa?]

Pada 1985, beliau berjaya mengharumkan namanya dengan menjadi pengarah ‘Kumpulan O[1]’, sebuah filem kolaborasi antara Hong Kong dan Malaysia. Beliau telah mengarah dan melibatkan diri dalam penulisan skrip untuk beberapa program berbahasa Cina. Di samping itu, beliau juga telah mengarah sebuah rancangan hiburan untuk RTM TV (salah satu saluran televisyen kebangsaan Malaysia).

1990-an[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1990, Eddie (MK) memulakan kerjaya dalam penghasilan filem dengan menjadi pengarah. Dengan itu, beliau telah mengarah beberapa drama dan filem yang ternama.

Salah satu pencapaian terpenting dalam profesion Eddie (MK) merupakan drama ‘Kisah Benar’ TV3 yang dikonseptualisasikan dan diterbit oleh beliau dan rancangan tersebut disiarkan selama 16 tahun. ‘Kisah Benar’ sebenarnya adalah insiden-insiden benar yang dijadikan adaptasi siri drama televisyen untuk memberi kesedaran terhadap kes-kes jenayah yang berlaku disekeliling kami semua.

Pada tahun 1993, beliau menerbit dan mengarah filem “Red Haired Tumbler di Malaya”. Filem tersebut dilancar di Britain, Amerika Syarikat dan Kanada. Pada tahun 1998, beliau turut menerbit dan mengarah filem “Twisted of Fate”. Filem tersebut dilancar di Hong Kong dan China. Seterusnya, filem ini boleh ditonton melalui DVD atau secara online.

2000s[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2001, Eddie (MK) telah menjadi pengasas bersama dan bendahari bagi Persatuan Pengarah Filem Malaysia.[perlu rujukan]

Pada tahun 2004 pula, beliau berjaya menghasil sebuah siri drama bertajuk “Tin Gei Bin” juga dikenali sebagai “Lingkaran Emas” dalam bahasa Kantonis di saluran RTM. Siri drama tersebut telah disiarkan selama 300 episode.

Seterusnya, “Dance, The Lion” by terhasil pada tahun 2007 adalah antara karya filem cemerlang MK. Dokumentasi tersebut dilanjutkan selama 50 minit menonjolkan kebudayaan dan keunikan tarian tradisi kaum Cina.[perlu rujukan] Setelah banyak tahun Eddie (MK) menerbit dan mengarah filem dan drama, beliau melibatkan diri dalam penghasilan komersial bagi televisyen. Pada tahun 2007, beliau sering memberi sokongan dan bekerjasama dengan bakat-bakat yang baru dalam industri filem dunia untuk mengeluarkan beberapa filem pendek.

2010s[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2013, Eddie (MK) telah menjadi CEO kepada Lexus Global Entertainment Sdn. Bhd. Seterusnya, pada tahun 2015, beliau berjaya menjadi duta yang berwarganegara bukan China, kepada Oragnisasi Small and Middle-sized Enterprise Credit Union China.

Pada tahun 2018 pula, beliau dianugerahkan ijazah kedoktoran terhormat dalam bidang Kemanusiaan dari Kolej All Nations, Filipina.

Kerja amal dan aktivisme[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2012, Eddie (MK) berjaya mengumpul derma sejumlah RMB 500,000 untuk mendirikan sebuah sekolah ‘harapan’ di Hunan, Cina.[perlu rujukan] Objektif penubuhan sekolah tersebut adalah untuk meringankan beban dan memudahkan perjalanan pelajar-pelajar sekalian untuk pergi ke sekolah.

Pada tahun 2013, tersentuh dengan kisah Puan Yang Xiao Yun, salah seorang aktivis haiwan ternama di China yang menyelamat seramai 3000 anjing sejak 20 tahun yang lalu, MK dengan beberapa organisasi antarabangsa dan NGO telah bekerjasama untuk menerbit sebuah dokumentari tentang fenomena perdagangan daging anjing. Dengan itu, perbuatan terpuji MK telah menimbul banyak perhatian daripada warga dunia dan badan-badan amal global untuk memberi sumbangan untuk membantu membiayai keperluan perubatan dan makanan anjing-anjing liar tersebut.

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Berikut merupakan senarai anugerah dan pencapaian yang terlibat dengan Eddie (MK) dan karya seninya.

1993
Festival Filem Malaysia - “Konsep Filem Terbaik dan Anugerah Khas” - Red-Haired Tumbler in Malaysia.

2000
Festival Filem Malaysia - “Konsep Filem dan Musik Terbaik” - Syukur 21

1996 dan 2006
TV3 Anugerah Skrin (ASK Awards) - Eddie (MK) menjadi penyampai anugerah di majlis tersebut.

2008
Filem “Dance, The Lion” telah membuat debutnya/ siaran pertama sekali di Festival Filem Cannes dan Festival Filem San Francisco. Dokumentasi ini telah diedarkan di peringkat global (negara-negara Eropah, Timur Tengah dan Asia).

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Eddie kembali arah filem". Utusan Melayu. 09 Disember 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-03. Dicapai pada 2018-04-03. Check date values in: |date= (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]