Jenayah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
<font-size=1px>Undang-undang jenayah
Scale of justice 2.svg
Sebahagian daripada siri common law
Unsur-unsur jenayah
Actus reus  · Penyebaban  · Persetujuan
Mens rea  · Niat (jenayah)
Niat dlm undang² Inggeris  · Kesemberonoan
Kebutaan sengaja  · Kecuaian jenayah
Ignorantia juris non excusat
Liabiliti vikarius  · Liabiliti korporat
Liabiliti ketat
Kelas jenayah
Feloni/Kesalahan boleh dakwa  · Hibrid
Misdemeanur/Kesalahan perbicaraan terus
Pelanggaran
Kesalahan terangkum yang lebih ringan
Jenayah terhadap orang
Serangan  · Serangan sentuh  · Rompakan
Penculikan  · Rogol
Kacau-bilau  · Pematian orang  · Pembunuhan
Jenayah terhadap harta
Kecurian  · Larseni  · Jenayah kebakaran
Penggelapan  · Dakwaan palsu
Pemerasan  · Pemalsuan  · Jenayah komputer
Jenayah terhadap keadilan
Halangan terhadap keadilan  · Sogokan
Sumpah bohong  · Kegagalan pelaporan feloni
Jenayah inkoat
Pendorongan  · Cubaan
Konspirasi  · Peserta
Subset
Prosedur jenayah
Kategori:Pembelaan jenayah
Bidang common law yang lain
Undang-undang: Kontrak · Tort  · Harta
Wasiat dan amanah  · Bukti

Jenayah [jĕ.na.yah][1] (Mal., Sin., Tulisan Jawi: جنايه), kejahatan atau pidana (dua-dua Ind.[2]) merupakan satu perbuatan yang menyalahi undang-undang pemerintahan sesuatu tempat. Orang yang melakukan perbuatan jenayah ini dinamakan penjenayah (Mal., Sin.,) atau narapidana (Ind.)

Idea asas apa yang dikatakan jenayah ialah apa-apa yang boleh memberikan masalah atau kesusahan kepada orang lain. Sebagai contoh, semua orang bersetuju bahawa mencuri dan mencederakan/membunuh orang lain adalah perbuatan jenayah.

Namun demikian, ada juga perkara-perkara yang dianggap jenayah di sesuatu negara mungkin tidak dianggap jenayah di negara yang lain. Sebagai contoh, bercium di khalayak ramai merupakan satu jenayah dari sisi undang-undang Malaysia dan boleh didenda, tetapi tidak di negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat. Banyak undang-undang berkenaan jenayah diambil daripada undang-undang agama.

Selalunya, tugas mencegah jenayah dan menangkap penjenayah adalah di bawah tanggungjawab pihak polis. Mereka berhak menahan sesiapa yang disyaki untuk dibicarakan oleh mahkamah/hakim. Sekiranya sabit kesalahan, pesalah tersebut boleh didenda atau dipenjarakan. Sesetengah negara juga mempunyai hukuman mati untuk kesalahan tertentu seperti membunuh dan mengedar dadah. Bagi sesetengah kesalahan kecil seperti memandu melebihi had laju, pihak polis boleh mendenda pemandu tersebut dengan terus, tanpa perlu mendakwanya di mahkamah.

Peristilahan[sunting | sunting sumber]

Perkataan jenayah sebenarnya datang dari perkataan Arab iaitu jenayat

"Pidana" lebih khusus dipakai bahasa baku negara Indonesia, ia pinjam terjemah bahasa Belanda straf melalui penyerapan perkataan Bahasa Sanskrit: पीडन pīḍana yang bermaksud "tekanan" atau "kesakitan".[3]

Jenis Jenayah[sunting | sunting sumber]

Jenayah boleh dibahagikan kepada beberapa kategori (yang bertindan):

Lihat Juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ jenayah. Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 15 Ogos 2020 – melalui Pusat Rujukan Persuratan Melayu.
  2. ^ pidana. Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka. 2017. Dicapai pada 15 Ogos 2020 – melalui Pusat Rujukan Persuratan Melayu.
  3. ^ पीडन pīḍana. Spoken Sanskrit Dictionary. Dicapai pada 15 Ogos 2020

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.