Edogawa Rampo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Edogawa Rampo
Edogawa Rampo, 1954
Info kelahiran Hirai Tarō
21 Oktober 1894
Wilayah Mie, Jepun
Kematian 28 Julai 1965 (70 tahun)
Pekerjaan Penulis novel
Warganegara Jepun
Genre Cereka penyiasatan, Misteri

Hirai Taro (平井 太郎, 21 Oktober 1894 - 28 Julai 1965), atau lebih dikenali dengan nama penanya Edogawa Rampo (江戸川 乱歩, "Edogawa Ranpo"), merupakan seorang penulis Jepun dan pengkritik yang memainkan peranan utama dalam perkembangan cereka misteri Jepun. Kebanyakan novel ini melibatkan wira penyiasat Kogoro Akechi, yang di dalam buku-buku berikutnya merupakan pemimpin kumpulan penyiasat kanak-kanak lelaki yang dikenali sebagai "Geng Detektif Muda" (少年 探侦 団 Shonen Tantei dan).

Rampo merupakan seorang yang mengagumi penulis misteri Barat, dan terutamanya Edgar Allan Poe; nama pena beliau sendiri merupakan terjemahan nama Poe. Pengarang lain yang mempunyai pengaruh khas kepadanya adalah Sir Arthur Conan Doyle --di mana Hirai cuba menterjemahkan karya-karyanya ke dalam bahasa Jepun semasa dia menjadi seorang pelajar di Universiti Waseda-- serta penulis misteri Jepun, Ruikō Kuroiwa.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]