Wilayah Mie

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Wilayah Mie (三重県)
Peta Jepun dengan ditunjukkan Mie
Ibu wilayah Tsu
Kawasan Kansai
Pulau Honshu
Gabenor Eikei Suzuki (Sejak April 2011)
Keluasan 5,777.22 km² (Ke-25)
 - % air 0.7%
Penduduk  (April 1, 2010)
 - Populasi 1,855,177 (Ke-23)
 - Kepadatan penduduk 321 /km²
Daerah 7
Perbandaran 29
ISO 3166-2 JP-24
Laman rasmi www.pref.mie.jp/
Inggeris/
Lambang Wilayah
 - Bunga Iris (Iris ensata)
 - Pokok Sedar (Cryptomeria japonica)
 - Burung Burung Kekidi Salji (Charadrius alexandrinus)
Lambang Wilayah Mie
Lambang Wilayah Mie

Wilayah Mie (Jepun: 三重県, Hepburn: Mie-ken) ialah sebuah wilayah di Jepun yang merupakan sebahagian kawasan Kansai di pulau Honshū. Ibu kotanya ialah bandaraya Tsu.[1]

Geografi[sunting | sunting sumber]

Peta wilayah Mie.

Wilayah Mie membentuk bahagian timur Semenanjung Kii, dan bersempadan dengan wilayah-wilayah Aichi, Gifu, Shiga, Kyoto, Nara, dan Wakayama. Wilayah ini dianggap tergolong dalam kawasan Kansai dan Tōkai sekali kerana dekat sekali dengan Wilayah Aichi serta pengaruh kebudayaannya dari Kansai, seperti berleluasanya loghat Kansai di Mie.

Garis pantai Mie, berhampiran Toba.

Wilayah Mie berukuran 170 km (106 bt) dari utara ke selatan, dan 80 km (50 bt) dari timur ke barat, dan terdiri daripada 5 kawasan geografi tersendiri. Bahagian barat laut Mie terdiri dari Pergunungan Suzuka; sepanjang pesisiran pantai Teluk Ise dari sempadan Aichi ke bandaraya Ise, ialah Dataran Ise, di mana duduknya kebanyakan penduduk Mie; di selatan Dataran Ise ialah Semenanjung Shima; yang bersempadan dengan Nara di barat tengah ialah Lembangan Iga; dan yang terbentang dari tengah-tengah wilayah Mie ke sempadan selatannya ialah Kawasan Pergunungan Nunobiki.[2]

Garis pantai Mie sepanjang 1,094.9km dan, tepat pada tahun 2000, jisim bumi Mie yang seluas 5,776.44 km² terdiri daripada 64.8% hutan, 11.5% pertanian, 6% kawasan perumahan, 3.8% jalan raya, dan 3.6% sungai. 10.3% yang selebihnya tidak dikelaskan. Dataran Ise mengalami iklim yang agak sederhana, dengan purata suhu 14–15 darjah Celsius sepanjang tahun. Lembangan Iga mengalami varians suhu harian yang lebih ketara dan purata suhu tahunannya adalah 1–2 darjah lebih sejuk daripada Dataran Ise. Mie Selatan yang terletak di selatan Semenanjung Shima, mengalami iklim marin Pasifik yang lebih hangat, terutamanya kawasan Owase yang mencatat antara curahan hujan terlebat di seluruh Jepun.[2]

Bandaraya[sunting | sunting sumber]

14 bandaraya terletak di Wilayah Mie:

Bandar-bandar dan kampung kampung[sunting | sunting sumber]

Berikut ialah bandar-bandar dan kampung-kampung di setiap daerah.

  • Daerah Inabe
Tōin
  • Daerah Kitamuro
Kihoku
  • Daerah Kuwana
Kisosaki
  • Daerah Mie
Asahi
Kawagoe
Komono
  • Daerah Minamimuro
Kihō
Mihama
  • Daerah Taki
Meiwa
Ōdai
Taki
  • Daerah Watarai
Minamiise
Taiki
Tamaki
Watarai

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ http://books.google.com.my/books?id=p2QnPijAEmEC&pg=PA995&redir_esc=y#v=onepage&q&f=false
  2. ^ a b "Mie Prefecture homepage: Mie's Geography and Climate (pdf)" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2008-05-20. Dicapai pada 2010-06-07.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]