Egypt: Old Kingdom

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Egypt: Old Kingdom
Egypt: Old Kingdom
PembangunClarus Victoria
PenerbitClarus Victoria
PerekaMikhail Vasiliyev
EnjinUnity
PlatformWindows, Google Play (belum sedia lagi)
PelepasanVersi Windows : 24 Mei 2018
GenrePermainan strategik bergilir
ModPemain tunggal

Egypt: Old Kingdom ialah permainan komputer strategi yang dilancarkan pada tahun 2018 dan dikembangkan oleh Clarus Victoria, sebuah kumpulan perkembangan yang berasal dari Rusia, dan merupakan sebuah permainan strategik bergilir yang berunsur sejarah Mesir purba. Pemainnya akan ditugaskan dengan membangunkan sebuah perkampungan di tebing Sungai Nil untuk menjadi ibu pusat tamadun Kerajaan Lama Mesir serta memastikan tamadun tersebut dapat bertahan semasa Tempoh Perantaraan Pertama yang penuh dengan cabaran dan bencana alam.

Sejak penerbitannya di tengah tahun 2018, Egypt: Old Kingdom telah dilancarkan dalam pelbagai bahasa, termasuklah Bahasa Malaysia.

Permainan[sunting | sunting sumber]

Pada tampaknya, Egypt: Old Kingdom hampir mirip akan permainan strategi lain yang menekankan penerokaan, pengolahan sumber dan penguasaan pihak-pihak lain, tetapi ianya banyak berbeza dengan permainan lain, kerana ianya amat menekankan fungsi ekonomi, pembangunan dan pengolahan sumber oleh kerana pembinaan kemudahan awam dan tugu-tugu (seperti piramid dan makam diraja) amat diperlukan untuk meningkatkan lagi peluang untuk menang pada akhirnya.

Ciri-ciri unik[sunting | sunting sumber]

Sebagaimana yang didapati dalam permainan-permainan yang dikembangkan oleh Clarus Victoria sebelumnya, para pemain akan dipaksa mencapai pembangunan yang seimbang yang menjaminkan pertumbuhan ekonomik serta kuasa ketenteraan yang mencukupi untuk menghalang musuh serta mencegah pemberontakan.

Pemain akan ditugaskan untuk meneroka sebuah tapak untuk mendirikan sebuah penempatan baru dan membangunkannya menjadi pusat sebuah empayar di sepanjang Sungai Nil. Sebelum bermain, pemain akan memasuki sebuah fasa "Pendahuluan" di mana tahap kesukaran sebuah permainan yang baru (ataupun betapa mudahnya) boleh ditetapkan mengikut suka hati pemain. Skor maksimum yang mampu diperolehi akan turut meningkat dengan tahap kesukaran yang dipilih semasa fasa ini.

Permainan berlangsung dalam dua kawasan yang berbeza - kawasan perkampungan yang bakal menjadi ibu negeri Mesir, serta rantau Mesir yang jelasnya jauh lebih besar daripada kawasan perkampungan. Pemain akan mainkan peranan pemimpin sebuah puak yang baru sahaja berhijrah kepada kawasan perkampungan tersebut, dan mesti menempuhi berbagai dugaan - puak pesaing, haiwan liar, serta bencana alam - sebelum dia dapat berinteraksi dengan tempat-tempat lain dalam Mesir dan kawasan berjiranan. Kumpulan buruh merupakan asas ekonomi dalam Egypt: Old Kingdom dan boleh ditugaskan untuk mengutip sumber, mendirikan bangunan, bertempur dengan musuh, dan sebagainya. Tambahan pula, mereka juga penting dan semakin tingginya jumlah buruh yang sedia ada, semakin tingginya peluang pemain untuk menang.

Di samping itu, teknologi, upacara keagamaan dan penerokaan juga merupakan ciri-ciri yang penting dalam dunia maya Egypt: Old Kingdom.

Tangkapan layar semasa bermain[sunting | sunting sumber]

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]