Ekspedisi Franklin hilang 1845

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
"The Arctic Council planning a search for Sir John Franklin" by Stephen Pearce, 1851. Left to right are: George Back, William Edward Parry, Edward Bird, James Clark Ross, John Barrow Jnr, Francis Beaufort, Edward Sabine, William Alexander Baillie Hamilton, John Richardson and Frederick William Beechey
Map of the probable routes taken by HMS Erebus and HMS Terror during Franklin's lost expedition.
Legend
  •      Disko Bay (5) to Beechey Island (just off the southwest corner of Devon Island, to the east of 1), in 1845.
  •      Around Cornwallis Island (1), in 1845.
  •      Beechey Island down Peel Sound between Prince of Wales Island (2), to the west, and Somerset Island (3) and the Boothia Peninsula (4) to the east, to an unknown point off the northwest corner of King William Island, in 1846.

  • Disko Bay (5) is about 3,200 kilometre (2,000 mi) from the mouth of the Mackenzie River (6).
    Sir John Barrow promoted Arctic voyages of discovery during his long tenure as Second Secretary to the Admiralty.
    Sir John Franklin was Barrow's reluctant choice to lead the expedition
    Captain F. R. M. Crozier, executive officer for the expedition, commanded HMS Terror.
    Portrait of Jane Griffin (later Lady Franklin), 24, in 1815. She married John Franklin in 1828, a year before he was knighted.[1]

    Ekspedisi Franklin hilang 1845 merujuk kepada ahli pelayaran British menjelajah ke Artik diketuai oleh Kapten Sir John Franklin yang berlepas dari pulau England pada tahun 1845. Beliau adalah pegawai Tentera Laut Diraja British dan peneroka berpengalaman. Sebelum ekspedisi itu, Franklin pernah melakukan tiga ekspedisi ke Artik.Dua yang terakhir sebagai pegawai pemerintah. Keempat dan terakhir ketika berusia 59 tahun , bertujuan mencari bahagian yang belum dipetakan di Laluan Barat Laut . Kedua-dua kapal menjadi terperangkap dalam ias beku di Selat Victoria berhampiran Pulau King William di Artik Kanada. Seluruh pelayar termasuk Franklin dan 128 lelaki, telah disahkan hilang.

    Isteri Franklin, Jane, Lady Franklin melancarkan gerakan mencari pada 1848. Ramai yang turut serta mencari kerana adanya tawaran hadiah lumayan. Pada 1850 11 rakyat British dan dua kapal Amerika turut mencari sekitar luar pantai timur Pulau Beechey dan terdapat 3 buah kubur anak kapal. Pada tahun 1854, penjelajah John Rae ke sana. Kemudian Francis Leopold McClintock melakukan penjelajahan pada tahun 1859 menemui nota ditinggalkan di Pulau King William mengenai nasib ekspedisi ini. Akhirnya pada tahun 2014 , salah satu daripada kapal-kapal ditemui di barat Pulau O'Reilly , di bahagian timur Teluk Queen Maud di perairan kepulauan Artik.

    Pada tahun 1981, sebuah pasukan saintis yang diketuai oleh Owen Beattie, seorang profesor antropologi di Universiti Alberta, memulakan siri kajian saintifik dalam kubur, badan, dan bukti fizikal yang ditinggalkan oleh anak kapal Franklin di Pulau Beechey dan Pulau King William .Rumusan ialah mereka meninggal dunia akibat radang paru-paru ,batuk kering dan keracunan plumbum.Mungkin juga akibat hipotermia , kelaparan, keracunan plumbum dan penyakit termasuk skurvi sekitar tahun 1845 .

    Media Victoria mengangkat Franklin sebagai wira walaupun ekspedisi ini gagal. Patung beliau didirikan di kampungnya, di London dan di Tasmania. Ekspedisi Franklin yang hilang telah menjadi subjek banyak karya seni, termasuk lagu-lagu, ayat, cerpen dan novel, serta dokumentari televisyen.

    Rujukan[sunting | sunting sumber]