Elda Susanti

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Elda Susanti
Nama lahirElda Susanti
Berasal dariKuala Lumpur, Malaysia Malaysia
PekerjaanPenyanyi
InstrumenVokal
Tahun aktif1998 -

Elda Susanti merupakan seorang penyanyi dangdut yang mencipta namanya semenjak 1998 ketika baru berusia 15 tahun. Dia muncul mewarnai persada seni tanah air berbekalkan lagu dangdutnya yang popular Yang Kusayang. Beliau kini telah bersuami dan memiliki lima orang anak.

Beliau memakai tudung ketika berusia 18 tahun dan ketika itu juga karier nyanyian saya semakin suram dan tidak banyak undangan persembahan, kerana pihak promoter enggan mengambilnya mengadakan persembahan apabila dimaklumkan dia sudah bertudung.[1]

Elda kembali membuat kemunculan semula menerusi program terbaharu iaitu Dangdut Star yang bakal bersiaran pada 2016 pukul 9.30 malam di Astro Prima dan Mustika HD. Pada November 2016, turut menyertai Dangdut Academy Asia 2 (DAA2) di Jakarta, Indonesia.[2]

Album[sunting | sunting sumber]

Penyanyi berasal dari Johor itu pernah merakamkan dua buah album iaitu Yang Ku Sayang pada tahun 1997 dan Semakin Sayang (1999). Album Semakin Sayang telah dirakam bersama syarikat rakaman Polygram Records.

Rujukan[sunting | sunting sumber]


Pautan luar[sunting | sunting sumber]