Eli Brown

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Eli Brown
Kelahiran
Elijah Brown

(1999-08-13) 13 Ogos 1999 (umur 22)
PekerjaanActor
Tahun aktif2019–kini
Ibu bapa
  • Katie Brown (ibu)
SaudaraSasha Brown (kakak)

Elijah Brown (lahir 13 Ogos 1999) merupakan seorang pelakon Amerika Syarikat, yang terkenal dengan wataknya sebagai Dylan Walker dalam siri Freeform Pretty Little Liars: The Perfectionists (2019) sebagai sebahagian daripada pelakon utama, selain watak sebagai Dave dalam siri Netflix Spinning Out (2020), dan peranannya sebagai Tristan dalam filem Run Hide Fight (2020). Beliau kini memainkan watak Otto "Obie" Bergmann IV sebagai sebahagian daripada pelakon utama siri HBO Max Gossip Girl (2021–sekarang). [1]

Kehidupan awal dan peribadi[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan sebagai Elijah Brown pada 13 Ogos 1999, beliau berasal dari Eugene, Oregon . [2] [3] Sehingga tahun 2021, Brown menetap di Brooklyn, New York untuk lebih dekat dengan set Gossip Girl . [1]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Pada Mac 2018, diumumkan bahawa Brown telah dipilih bagi siri drama Freeform, Pretty Little Liars: The Perfectionists . [4] Brown memainkan Dylan Walker sebagai sebahagian daripada pelakon utama siri ini, yang merupakan uji bakat pertamanya dan peranan pertama di skrin. Siri ini ditayangkan pada 20 Mac 2019, dan menamatkan tayangan pasa 22 Mei 2019 selepas 10 episod. Ia secara rasmi dibatalkan selepas satu musim pada September 2019. [5] [6]

Brown turut menjadi watak jemputan sebagai Dave dalam siri Netflix, Spinning Out . Beliau muncul dalam dua episod siri musim tunggal, yang dikeluarkan pada 1 Januari 2020. [1]

Brown membintangi sebagai Brett Blackmore, watak utama, dalam filem The F**k-It List, yang dikeluarkan di Netflix pada 1 Julai 2020. [7] [8]

Pada Disember 2019, diumumkan bahawa Brown telah dipilih untuk berlakon dalam filem Run Hide Fight . [9] Brown memainkan Tristan Voy, antagonis utama filem itu, yang telah ditayangkan di Festival Filem Venice pada 10 September 2020. [10] [11]

Pada Mac 2020, diumumkan bahawa Brown telah menyertai pelakon utama Gossip Girl di HBO Max . [12] Brown membawak watak Otto "Obie" Bergmann IV dalam siri ini, yang ditayangkan pada 8 Julai 2021. [13] [14]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Kredit Nota
2020 The F**k-It List Brett Blackmore Utama
Ruh Hide Fight Tristan Voy Utama
2021 Wrath of Man Dougie Hargreaves

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Kredit Nota
2019 Pretty Little Liars: The Perfectionists Dylan Walker 10 episodes
2020 Spinning Out Dave 2 episodes
2021–kini Gossip Girl Otto "Obie" Bergmann IV 12 episodes

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "Eli Brown: 10 facts about the Gossip Girl actor you should know". PopBuzz. Dicapai pada July 20, 2021. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "PopBuzz" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "PopBuzz" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  2. ^ Sisavat, Monica (July 1, 2020). "5 Things to Know About Eli Brown, the Star of Netflix's The F**k-It List". PopSugar. Dicapai pada July 25, 2021.
  3. ^ Pullar, Jess (July 15, 2021). "We Investigate Whether Gossip Girl Cutie Eli Brown Has A GF". Girlfriend. Dicapai pada July 29, 2021.
  4. ^ Highfill, Samantha (March 9, 2018). "'Pretty Little Liars' spin-off adds 'Walking Dead' and 'Gossip Girl' stars". Entertainment Weekly. Diarkibkan daripada yang asal pada March 9, 2018. Dicapai pada March 11, 2018.
  5. ^ Patton, Rebecca (March 20, 2019). "Eli On 'The Perfectionists' Seems Innocent, But He's Hiding Something Big". Bustle. Dicapai pada July 25, 2021.
  6. ^ Porter, Rick (September 27, 2019). "'Pretty Little Liars' Spinoff Canceled After Single Season on Freeform". The Hollywood Reporter. Dicapai pada July 25, 2021.
  7. ^ THR Staff (June 30, 2020). "'The F**k-It List': Film Review". The Hollywood Reporter. Dicapai pada July 23, 2021.
  8. ^ Rodriguez, Bianca (July 21, 2020). "The Cast of 'The F**k-It List' Plays 'How Well Do You Know Your Co-Star?'". Marie Claire. Dicapai pada July 25, 2021.
  9. ^ "Run Hide Fight". Venice Film Fesitval. Diarkibkan daripada yang asal pada October 17, 2020. Dicapai pada August 29, 2020.
  10. ^ Barnes, Tyrone (January 24, 2021). "Review – Run Hide Fight". Geeks Under Grace. Dicapai pada July 25, 2021.
  11. ^ Lodge, Guy (September 10, 2020). "'Run Hide Fight' Review: Hunters Become Prey in a Crass, Wildly Misjudged School-Shooting Thriller". Variety. Dicapai pada July 23, 2021.
  12. ^ Porter, Rick (March 2, 2020). "'Gossip Girl' Reboot at HBO Max Casts Quintet of Actors". The Hollywood Reporter. Dicapai pada April 23, 2020.
  13. ^ McDowell, Erin (July 7, 2021). "How old the stars of the 'Gossip Girl' reboot are compared to their characters' ages". Business Insider. Dicapai pada July 29, 2021.
  14. ^ Castro, Lauren (July 28, 2021). "Eli Brown – If The Ink Is Wet, Let's Do This". Flaunt. Dicapai pada July 29, 2021.