Emeritus
- Emeritus*(sebutan IPA: [əˈmɛrɪtəs] atau [ɪˈmɛrɪtəs]) ialah adjektif yang digunakan untuk pangkat seorang professor, biskop atau lain-lain profesional yang sudah bersara. Emerita (sebutan IPA: [ɪˈmɛrɪtə]) pula digunakan untuk wanita tetapi kini sudah kurang digunakan. Istilah ini digunakan apabila seorang yang penting di dalam profesionnya tetapi sudah bersara, untuk membolehkan mereka meneruskan penggunaan nama pangkatnya sampai bila-bila . Ini amat berguna untuk mengekalkan hak kuasa seseorang itu di dalam memberi komen, memberi ceramah, syarahan kuliah atau menulis subjek-subjek berkenaan dengan profesion mereka walaupun sudah bersara.
Perkataan ini kebiasaannya digunakan sebagai "adjektif selepas bersara" (postpositional adjective) tetapi sesekali boleh juga digunakan sebagai "adjektif sebelum bersara" (preposition adjective). Kebiasaan, "emeritus" ditunjukkan sebagai bentuk pangkat sebelum nama seseorang itu.
Perkataan ini berasal dari bahasa Latin pada pertengahan abad ke-18, diambil dari emereri yang bermaksud sesuatu yang berhak didapati selepas dilepaskan dari tugas. Emereri itu sendiri ialah salah satu cabang bahasa dari kata awalan "e-" (bekas jawatan) yang bermakna "keluar dari" manakala "merēre" bermaksud "berhak memperolehi". Perkataan ini selalu berkaitan dengan pangkat contohnya "Professor Emeritus Ahmad" dari bahagian Matematik, universiti xx (xx merujuk kepada nama universiti).
Menurut Keith Rupert Murdoch , seorang ahli perniagaan akhbar ternama kepada penyunting akhbar The New York Times mengenai pangkat emeritus yang baru didapatinya: E bermaksud “keluar” dan meritus bermaksud “sesuatu yang saya amat berhak mendapatinya!".[1]
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ A Press Lord Without a Rosebud — Rencana suratkhabar "New York Times", 17 Januari 1993.
Pembacaan lanjut[sunting | sunting sumber]
- Emeritus, New Oxford American Dictionary (2nd edition), 2005.
- Emeritus, Merriam-Webster Dictionary (Online), 2006.