Empangan Chereh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Koordinat: 4°02′24″N 103°02′11″E / 4.04°N 103.0363°E / 4.04; 103.0363 Empangan Chereh merupakan tasik buatan manusia bagi bekalan air bersih yang terbesar di Malaysia. Ia terletak di Hutan Simpan Chereh.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada perancangan asalnya, Empangan Chereh adalah pada 1992. Akan tetapi empangan ini hanya mula dibina pada 1 Mac 2002 dengan kos asal RM69 juta. Kosnya meningkat kepada RM77 juta dan hanya siap pada Julai 2008. Kos pembiayaan empangan ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan Malaysia. Dua syarikat tempatan yang membina empangan ini ialah MMN Bina Sdn Bhd dan AAY Construction Sdn Bhd merupakan syarikat tempatan yang berpengalaman dalam bidang pembinaan selama 20 tahun. Syarikat ini berpengalaman dalam bidang kejuruteraan awam dan kerja tanah.

Perancangan[sunting | sunting sumber]

Empangan ini terletak kira-kira 64 km di hulu Kuantan, Pahang. Luasnya 16.2 km persegi dan boleh menampung 260 juta meter padu air. Luasnya menyamai 1/3 keluasan Putrajaya. Seluruh kawasan takungan dan empangan itu termasuk Hutan Simpan Chereh ialah 15,200 hektar. Air takungan akan mencapai tahap maksimum kira-kira 3 tahun kemudian iaitu pada 2011. Empangan akan penuh dengan air menerusi air hujan terutama pada musim tengkujuh dan anak-anak sungai yang mengalir ke dalamnya. Sungai Chereh adalah ranting kepada Sungai Kuantan di bahagian hulu sungai.[1]

Setelah air memenuhi empangan, akan wujud beberapa buah pulau dan antara pulau terbesar seluas 100 hektar. Empangan ini dapat membekalkan 300 juta liter sehari. Pada tahun 2050, ia dapat membekalkan 1000 juta liter air sehari.

Penakungan air[sunting | sunting sumber]

Pada 29 Julai 2008, upacara perasmian penutupan pintu air dilakukan oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob. Dengan itu, empangan tersebut mula menakung dari hulu sungai.[2]

Empangan ini dikendalikan oleh Jabatan Bekalan Air Pahang. Pada masa ini, pengarah JBA Pahang ialah Datuk Ir Ismail Mat Noor. Pahang telah menyediakan 270,000 hentar untuk kawasan takungan air di seluruh negeri dan menyamai saiz 2 negeri Pulau Pinang. 19 kawasan lain telah dikenalpasti sesuai dibina empangan bekalan air minuman.

Pada 29 Julai 2010, paras air empangan itu telah mencecah paras 74 meter dan perlu diturunkan ke paras 70 meter. Oleh itu Empangan Chereh akan melepaskan sejumlah 475 juta liter air sehari bermula 3 Julai 2010 (Selasa) bagi tujuan keselamatan empangan berkenaan.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]