Endospora

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Bakteria berspora Bacillus subtilis yang telah diwarnai menunjukkan endospora yang berwarna hijau dan sel vegetatif merah.

Endospora merupakan satu fasa yang dilakukan oleh beberapa bakteri, seperti Bacillus dan Clostridium menghasilkan bentuk pertahanan hidup dalam keadaan yang tidak menguntungkan. Proses ini dikenali sebagai sporulasi. Spora bakteria berbeza dengan spora pada kulat. Spora bakteria tidak mempunyai fungsi sebagai alat pembiakan. Endospora ini tahan terhadap keadaan persekitaran ekstrem seperti suhu yang tinggi, kekeringan, persenyawaan kimia beracun (disinfektan, antibiotik) dan radiasi sinar UV. Endospora dapat disebut sebagai fasa tidur dari bakteria. Endospora mampu bertahan sehingga keadaan persekitaran kembali menguntungkan, kemudian membentuk proses germinasi, dan membentuk bakteria sel tunggal.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ (Inggeris) Madigan M, Martinko J, Stahl D, Clark D. 2012. Brock Biology of Microorganisms. Ed ke-13. New York: Pearson.