Enggang kelabu Afrika

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Enggang kelabu Afrika
L. n. nasutus jantan di Senegal
L. n. epirhinus betina di Namibia

Seruan subspesies penama di Kenya
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Aves
Order: Bucerotiformes
Keluarga: Bucerotidae
Genus: Lophoceros
Spesies:
L. nasutus
Nama binomial
Lophoceros nasutus
(Linnaeus, 1766)
     L. n. nasutus

     L. n. epirhinus

Sinonim
  • Buceros nasutus Linnaeus, 1766
  • Tockus nasutus (Linnaeus, 1766)

Enggang kelabu Afrika (Lophoceros nasutus) ialah spesies enggang dalam keluarga Bucerotidae. Ia ialah pembiak menetap yang meluas di kebanyakan Afrika sub-Sahara dan barat daya Semenanjung Arab.[2] Ia pernah lolos atau sengaja dilepaskan ke Florida, AS, tetapi tidak ada bukti bahawa populasi tersebut membiak dan mungkin hanya berterusan disebabkan pelepasan atau pelolosan yang berterusan.

Taksonomi[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1760 ahli zoologi Perancis Mathurin Jacques Brisson memasukkan pemerihalan tentang enggang kelabu Afrika dalam jilid keempat Ornithologie berdasarkan spesimen yang dikumpul di Senegal. Beliau menggunakan nama bahasa Perancis Le calao à bec noir du Sénégal dan nama bahasa Rumi Hydrocorax Senegalensis Melanorynchos.[3] Walaupun Brisson mencipta nama bahasa Rumi, ini tidak mematuhi sistem binomial dan tidak diiktiraf oleh Suruhanjaya Antarabangsa Tatanama Zoologi.[4] Apabila pada tahun 1766, semulajadiman Sweden Carl Linnaeus mengemaskini karyanya, Systema Naturae, untuk edisi kedua belas, beliau menambah 240 spesies yang sebelum ini telah diperihalkan oleh Brisson dalam karyanya, Ornithologie.[4] Carl menyertakan pemerihalan ringkas tentang enggang kelabu Afrika, meletakkannya bersama enggang lain dalam genus Buceros dan mencipta nama binomial Buceros nasutus.[5]

Ia kini disusunkan dalam genus Lophoceros yang diperkenalkan pada tahun 1833 oleh dua semulajadiman Jerman, Wilhelm Hemprich dan Christian Gottfried Ehrenberg. Genus tersebut telah dibangkitkan pada tahun 2013 untuk mengandungi sekumpulan enggang yang sebelum ini diletakkan dalam genus Tockus.[6][7] Nama genus Lophoceros menggabungkan lophos dari bahasa Yunani Purba yang bermaksud "gombak" dengan keros yang bermaksud "tanduk". Epitet spesies nasutus adalah dari bahasa Rumi dan bermaksud "berhidung besar".[8]

Dua subspesies diiktiraf:[7]

  • L. n. nasutus (Linnaeus, 1766) — Senegal dan Gambia ke Habsyah, Kenya tengah, dan barat daya Arab
  • L. n. epirhinus (Sundevall, 1850) — selatan Uganda dan selatan Kenya ke utara Afrika Selatan

Pemerihalan[sunting | sunting sumber]

L. n. epirhinus juvenil di Taman Negara Kruger, yang tidak mempunyai bentuk paruh matang dan warna dewasa.

Saiznya agak besar, dengan panjang 45–51 cm (18–20 in). Namun, secara keseluruhan, ia merupakan salah satu enggang yang kecil. Buluannya kelabu dan perang, dengan kepala, bulu terbang, dan ekor panjang lebih gelap. Terdapat garis putih di setiap sisi gombak dan satu lagi di bahagian belakang yang hanya kelihatan dalam penerbangan. Paruh melengkung panjangnya menampilkan cula kecil di sepanjang kulmen atas, yang lebih menonjol pada jantan berbanding betina. Rahang atas yang gelap dengan tanda kuning santan atau jalur mendatar ialah ciri sifat jantan, manakala betina mempunyai rahang bawah triwarna dan hujung merah. Buluan jantan dan betina serupa. Juvenil tidak banyak berbeza daripada dewasa, tetapi paruhnya pada mulanya seragam kehitaman. Penerbangannya beralun. Enggang paruh merah yang bersaiz lebih kurang dengannya terdapat di habitat savana yang serupa tetapi mempunyai buluan warna-warni.[9]

Ia mudah dilihat dan menunjukkan kehadirannya dengan seruan nyaring pi-o pi-o pi-o.

Taburan dan habitat[sunting | sunting sumber]

Ia tersebar luas di kebanyakan Afrika sub-Sahara. Ia lebih suka hutan terbuka dan savana.

Tingkah laku[sunting | sunting sumber]

Pembiakan[sunting | sunting sumber]

Betina bertelur dua hingga empat biji telur putih di dalam lubang pokok, yang dilitup semasa pengeraman dengan bancuhan lumpur, najis, dan pulpa buah. Hanya ada satu bukaan sempit, cukup besar untuk jantan memberikan makanan kepada betina dan anak. Apabila anak dan betina tidak muat dalam sarang, betina memecahkan litupan sarang dan membinanya semula. Selepas itu, kedua-dua induk memberi makan kepada anak.

Pemakanan[sunting | sunting sumber]

Ia bersifat omnivor, memakan serangga, buah, dan reptilia. Ia makan utamanya di pokok.

Galeri[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ BirdLife International (2016). "Lophoceros nasutus". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2016: e.T22682413A92944101. doi:10.2305/IUCN.UK.2016-3.RLTS.T22682413A92944101.en. Dicapai pada 12 November 2021.
  2. ^ Joseph Michael Forshaw (1983). Kingfishers and Related Birds: Family Bucerotidae. 1–2. Lansdowne Editions. m/s. 77. ISBN 9780646221281.
  3. ^ Brisson, Mathurin Jacques (1760). Ornithologie, ou, Méthode Contenant la Division des Oiseaux en Ordres, Sections, Genres, Especes & leurs Variétés (dalam bahasa French dan Latin). 4. Paris: Jean-Baptiste Bauche. m/s. 573–574, Plate 46 Fig 1.CS1 maint: unrecognized language (link)
  4. ^ a b Allen, J.A. (1910). "Collation of Brisson's genera of birds with those of Linnaeus". Bulletin of the American Museum of Natural History. 28: 317–335.
  5. ^ Linnaeus, Carl (1766). Systema naturae : per regna tria natura, secundum classes, ordines, genera, species, cum characteribus, differentiis, synonymis, locis (dalam bahasa Latin). 1, Part 1 (ed. 12th). Holmiae (Stockholm): Laurentii Salvii. m/s. 154.
  6. ^ Hemprich, Wilhelm; Ehrenberg, Christian Gottfried (1828). Symbolae physicae (dalam bahasa Latin). 1: Avium Part 1. Berolini [Berlin]: Ex Officina Academica. Pages are not numbered. Text and Note 8.
  7. ^ a b Gill, Frank; Donsker, David; Rasmussen, Pamela, penyunting (January 2022). "Mousebirds, Cuckoo Roller, trogons, hoopoes, hornbills". IOC World Bird List Version 12.1. International Ornithologists' Union. Dicapai pada 10 June 2022.
  8. ^ Jobling, James A. (2010). The Helm Dictionary of Scientific Bird Names. London: Christopher Helm. m/s. 230, 266. ISBN 978-1-4081-2501-4.
  9. ^ Kemp, A.C. (2001). "African Grey Hornbill". Dalam del Hoyo, J.; Elliott, A.; Sargatal, J. (penyunting). Handbook of the Birds of the World. 6: Mousebirds to Hornbills. Barcelona, Spain: Lynx Edicions. m/s. 493. ISBN 978-84-87334-30-6. Unknown parameter |chapterurl= ignored (bantuan)