Eragon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Eragon ialah sebuah novel dikarang oleh Christopher Paolini. Novel ini merupakan buku pertama dalam Siri Pusaka(Inheritance Cycle). Tajuk Buku kedua ialah Eldest dan telah diterbitkan pada pertengahan tahun 2005. The buku ketiga mungkin berjudul Empire, tetapi masih belum dikenalpasti. Rancangan penerbit untuk menerbitkan buku keempat, yang juga merupakan buku terakhir belum ditetapkan. Eragon berlatarkan tanah Alagaësia dan merupakan cerita seorang remaja yang bernama Eragon and dan naganya, Saphira. Novel tersebut telah diadaptasikan ke dalam filem dan ditayangkan pada 15 Disember 2006.

Latar Belakang Pengarang[sunting | sunting sumber]

Setelah menerima diploma sekolah menengah dalam umur 15, Christopher Paolini yang berpendidikan rumah mula merancang pemulisan sebuah novel untuk pembacaan sendiri. Selepas sebulan merancang penulisan novel, dia mula menulis draf pertama Eragon, mulanya dengan tulisan tangan, tetapi selepas menulis 60 muka surat dia mula menulis dengan komputer. Selepas setahun, Paolini menghabiskan penulisan novel pertama dan mula mengarang novel kedua.

Paolini tidak pernah bercadang untuk menerbitkan novelnya, tetapi ibu bapanya telah menerbitkan buku tersebut dalam syarikat penerbitan sendiri.

Pada musim panas 2002, syarikat penerbitan Alfred A. Knopf telah membeli hak cipta buku daripada Paolini dan menerbitkan semula novel Eragon.

Plot cerita[sunting | sunting sumber]

Templat:Spoiler

Eragon, watak utama cerita yang merupakan seorang remaja petani yang berumur 15 tahun, terkejut apabila sebiji batu biru wujud semasa memburu di atas bukit yang berhampiran dengan kampung halamannya. Eragon membawa balik batu ke ladang pak ciknya dekat dengan kampung Carvahall, tempat dia tinggal dengan abang saudaranya, Roran, dan pak ciknya, Garrow. Garrow dan isterinya yang sudah meninggal dunia, Marian, membesarkan Eragon yang tidak tahu tentang ibu bapanya, hanya mengetahui nama ibunya Selena dan tidak kelihatan selepas kelahiran Eragon. Eragon menyimpan batu, dengan harapan bahawa batu tersebut dapat dijual untuk menampung keperluan keluarganya untuk musin sejuk. Dia terkejut apabila mengetahui bahawa batu tersebut sebenarnya sebiji telur, ditetas oleh seekor naga, yang menjawab permintaan Eragon untuk diberi nama Saphira. Eragon telah menjadi Penunggang Naga, atau Shur'tugal.

Eragon dan Saphira menghabiskan masa yang pendek untuk bersama ketika Saphira membesar dari segi fizikal dan mental. Selepas seketika, kediaman Eragon diserang oleh makhluk yang bernama Ra'zac. Garrow meninggal dunia selepas diserang. Eragon melarikan diri bersama Saphira dengan seorang pencerita ganjil yang bernama Brom. Brom mengajar Eragon untuk bertarung dengan sebilah padang dan sihir (atau lebih tepat dikenali gramaraye,). Dalam perjalanan mereka, mereka melawat sebuah bandar berhampiran dengan pantai yang bernama Teirm. Seorang ahli sihir, Angela, meramal masa depan Eragon. Malangnya, beberapa insiden menghalang perjalanan mereka kerana Ra'zac bertapak berhampiran dengan bandar Dras-Leona untuk seketika. Eragon dan Brom diserang oleh Ra'zac. Seorang lelaki muda bernama Murtagh, dan identitinya didedahkan sebagai anak lelaki Morzan menyelamatkan mereka, menjadi teman Eragon. Brom meninggal dunia akibat serangan Ra'zac; sebelum maeninggal dunia, dia mendedahkan bahawa dia merupakan bekas Penunggang Naga dan nama naganya juga Saphira. Dia juga memberitahu Eragon 7 perkataan Bahasa Purba istimewa , tetapi makna tidak diketahui.

Selepas seketika, Eragon ditangkap dan dikurung di penjara. Murtagh datang untuk menyelamatkannya. Dalam pelarian daripada Gil'ead, Mereka juga menyelamatkan seorang elf perempuan jelita yang bernama Arya. Dia telah diracuni sehingga hampir kehilangan nyawa. Mereka telah merentasi banyak tempat di Padang Pasir Hadarac untuk mencari antidot baginya. Mereka dibawa masuk ke dalam Varden, Eragon diuji oleh Kembar yang menjengkilkan. Arya berjaya menghentikan cubaan Kembar untuk membunuhnya.

Tentera Galbatorix menyerang Varden dan dalam pertempuran tersebut, Eragon telah membunuh [seorang Hantu yang bernama Durza dan terpaksa menahan kesakitan daripada parutnya dalam cerita buku kedua. Apabila dia rejam dalam tidur yang mampu mengubatinya, dia berkomunikasi secara mental dengan seseorang yang mengenali dirinya Oromis. Apabila dia bangun, dia mengambil keputusan untuk pergi bersama Arya dan menghabiskan latihannya dengan elf-elf, selepas mendapat nasihat Oromis.


Senarai Watak[sunting | sunting sumber]

  • Ajihad: pemimpin Varden
  • Angela: Ahli sihir
  • Arya Dröttningu : Elf penjaga telur naga. Eragon jatuh cinta kepadanya
  • Brom: Penasihat Eragon. Dibunuh oleh Ra'zac.
  • Durza: Watak antagonis. Hantu berkuasa yang menguasai tentera Urgal dan aknirnya dibunuh oleh Eragon.
  • Eragon: Watak utama. Anak lelaki kepada Selena and Morzan. Seorang penunggang naga.
  • Murtagh: Anak lelaki kepada Morzan. Kawan baik kepada Eragon.
  • Roran: Abang saudara Eragon yang tinggal dengan ayahnya, Garrow, dan Eragon. Meninggalkan kampung halaman untuk mencari rezeki dan merancang untuk mengahwini Katrina.
  • Saphira: Naga biru Eragon. Naga pertama yang menetas telur dalam 1 abad.
  • Galbatorix : Watak antagonis utama. Maharaja yang memerintah Alagaësia di ibu kota, Urû'baen dengan ilmu hitam.
  • Morzan: Forsworn(Pembelot kepada penuggang naga). Dalam buku kedua, identitinya ditahui bahawa dia juga merupakan ayah kepada Eragon. Mati dibunuh oleh Brom.
  • Selena: Ibu Eragon. Menurut Garrow, dia kembali ke rumah dengan menjadi sakit dan meniggal dunia selepas beberapa bulan melahirkan Eragon.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]