Erg

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Erg ialah unit tenaga dan kerja sama dengan 10−7 joule. Ia berasal dari sistem unit sentimeter-gram-saat (CGS). Ia mempunyai simbol erg. Erg bukanlah suatu unit SI. Namanya berasal daripada ergon (’έργον) perkataan Yunani bermakna kerja atau tugas.[1]

Satu erg adalah jumlah kerja yang dilakukan oleh daya satu dine yang dikenakan untuk jarak satu sentimeter. Dalam unit asas CGS, ia adalah sama dengan satu gram sentimeter kuasa dua per saat kuasa dua (g·cm2/s2). Oleh itu, adalah sama dengan 10−7 joule atau 100 nanojoule (nJ) dalam unit SI. Satu erg adalah lebih kurang jumlah kerja yang dilakukan (atau tenaga yang digunakan) oleh seekor lalat rumah biasa melaksanakan satu "tekan tubi", lenturan kaki yang membawa mulutnya ke permukaan di mana ia berdiri dan bangun kembali.[2]

1 erg = 10−7 J = 100 nJ

1 erg = 10−10sn·m = 100 psn·m = 100 pikosthène-meter

1 erg = 624.15 GeV = 6.2415×1011 eV

1 erg = 1 dine cm = 1 g·cm2/s2

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1864, Rudolf Clausius mencadangkan perkataan Yunani (ἐργον) ergon untuk unit tenaga, kerja dan haba.[3][4] Pada tahun 1873, satu jawatankuasa Persatuan British untuk Kemajuan Sains, termasuk ahli fizik British James Clerk Maxwell dan William Thomson mentakrifkan Sistem Unit C.G.S., dan mencadangkan nama erg atau ergon untuk unit tenaga C.G.S.[5]

Pada 1922, William Draper Harkins mencadangkan nama micri-erg sebagai unit yang mudah untuk mengukur tenaga permukaan molekul[6] dalam kimia permukaan.[7][8] Ia akan sama dengan 10−14 erg,[6][9][10][11][12] bersamaan dengan 10−21 joule.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Oxford English Dictionary
  2. ^ Filippenko, Alex, Understanding the Universe (of The Great Courses, on DVD), Lecture 44, time 24:30, The Teaching Company, Chantilly, VA, USA, 2007
  3. ^ Clausius, Rudolf (1867). "Appendices to Sixth Memoir [1864]. Appendix A. On Terminology.". dalam Hirst, T. Archer. The Mechanical Theory of Heat, With Its Applications to the Steam-engine and to the Physical Properties of Bodies. London: J. Van Voorst. m/s. 253. Dicapai 2014-03-17. 
  4. ^ Howard, Irmgard K. (2001). "S is for Entropy. U is for Energy. What Was Clausius Thinking?" (PDF). Journal of Chemical Education. 78 (4): 505. Bibcode:2001JChEd..78..505H. doi:10.1021/ed078p505. Dicapai 2014-03-17. 
  5. ^ Thomson, Sir W; Foster, Professor GC; Maxwell, Professor JC; Stoney, Mr GJ; Jenkin, Professor Fleeming; Siemens, Dr; Bramwell, Mr FJ (September 1873). "First Report of the Committee for the Selection and Nomenclature of Dynamical and Electrical Units". In Everett, Professor. Forty-third Meeting of the British Association for the Advancement of Science. Bradford: John Murray. m/s. 224. http://www.biodiversitylibrary.org/item/94452#page/324/mode/1up. Diperolehi 2014-03-17.
  6. ^ a b Jerrard, H.G.; McNeill, D.B. (2012-06-12) [1963]. A Dictionary of Scientific Units - Including dimensionless numbers and scales (edisi 5). Chapman and Hall Ltd., reprint: Springer Science & Business Media. ISBN 9400941110. 9789400941113. Dicapai 2015-02-15. 
  7. ^ Cardarelli, François (1999) [1966]. Scientific unit conversion: A practical guide to metrication (edisi 2). Springer-Verlag London Limited. doi:10.1007/978-1-4471-0805-4. ISBN 978-1-85233-043-9. 1447108051, 9781447108054. Dicapai 2015-08-25. 
  8. ^ Cardarelli, François (2003). Encyclopaedia of Scientific Units, Weights and Measures. Springer-Verlag London Ltd. ISBN 978-1-4471-1122-1. 
  9. ^ Roberts, Lathrop Emerson; Harkins, William Draper; Clark, George Lindenberg (2013-07-01) [1922]. The Orientation of Molecules in Surfaces, Surface Energy, Adsorption, and Surface Catalysis. V. The Adhesional Work Between Organic Liquids and Water: Vaporization in Steps as Related to Surface Formation. University of Chicago Digital Preservation Collection. University of Chicago. Dicapai 2015-08-25. 
  10. ^ Holmes, Harry N. (1925). Colloid Symposium Monograph - Papers Presented at the Second National Symposium on Colloid Chemistry, Northwestern University, June, 1924. 2. The Chemical Catalog Company, Inc. Dicapai 2015-02-15. 
  11. ^ Journal of the American Chemical Society - Issues for 1898-1901 include Review of American chemical research, v. 4-7; 1879-1937, the society's Proceedings. 44. American Chemical Society. 1922. m/s. 665. ISSN 0002-7863. Dicapai 2015-02-15. 
  12. ^ Partington, James Riddick (2010-02-17) [1949]. An Advanced Treatise on Physical Chemistry: Fundamental principles. The properties of gases. 1. Longmans, Green. Dicapai 2015-08-25.