Sentimeter

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
"cm" dilencongkan ke sini. Untuk kegunaan lain, sila lihat cm (nyahkekaburan).
1 sentimeter = Templat:Unit of length/SIcm
US customary / Imperial units
0.6214 mi 3,281 ft

Sentimeter (simbol: cm) yang merupakan sebahagian sistem metrik ialah unit untuk jarak yang sama dengan satu peratus meter. Meter ialah unit asas untuk jarak dalam Unit Sistem Antarabangsa (SI), manakala sentimeter ialah unit asas dalam sistem unit sentimeter-gram-saat. Padanan untuk unit keluasan ialah sentimeter persegi, manakala padanan untuk isi padu ialah sentimeter padu.

milimeter << sentimeter << desimeter << meter << kilometer

Padanan dengan unit jarak yang lain[sunting | sunting sumber]

1 sentimeter adalah sama dengan:

  • 0.01 meter, dan boleh diwakili dengan 1 E-2 m (1 meter sama dengan 100 sentimeter)
  • lebih kurang 0.3937 inci (1 inci sama dengan 2.54 sentimeter)

1 sentimeter padu adalah sama dengan 1 mililiter di bawah sistem unit SI.

Penggunaan antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Selain daripada penggunaannya untuk mengukur jarak, sentimeter kekadang juga digunakan untuk mengukur jumlah hujan melalui tolok hujan.

Simbol Unikod[sunting | sunting sumber]

Untuk memastikan keserasian dengan askara Cina, Jepun, dan Korea (CJK), Unikod mempunyai simbol yang berikut:

  • sentimeter (㎝) - kod 339D
  • sentimeter persegi (㎠) - kod 33A0
  • sentimeter padu (㎤) - kod 33A4

Bagaimanapun, kod ini hanya berguna untuk fon-fon lebar tetap Asia Timur CJK disebabkan saiznya adalah sama dengan satu askara Cina.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]