Evergreen Marine

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kontena Evergreen.
Ever Lasting, Hamburg

Evergreen Marine Corporation (Bahasa Cina: 長榮海運) ialah sebuah syarikat perkapalan kontena yang berpangkalan di Taipei, Taiwan. Dengan 150 buah kapal kontena, kegiatan utamanya tertumpu di pantai timur Asia dan pantai barat Amerika Utara. Syarikat ini ialah sebahagian dari Evergreen Group, sebuah kumpulan syarikat-syarikat pengangkutan dan industri berkaitannya. Evergreen beroperasi di 240 pelabuhan di 80 negara seluruh dunia dan merupakan syarikat perkapalan keempat terbesar di dunia di belakang Maersk, MSC dan CMA CGM.

Aktiviti utama syarikat ini termasuklah perkapalan, pembuatan kontena, pembinaan kapal, pengurusan pelabuhan, kejuruteraan, dan hartanah. Antara anak syarikatnya ialah Uniglory Marine Corp. (Taiwan), Hatsu Marine Ltd. (UK), dan syarikat perkapalan Italia Marittima S.p.A. (Itali). Pada tahun 2007, Hatsu, Italia Maritima, dan Evergreen digabungkan ke dalam entiti tunggal "Evergreen Line."

Majoriti kontena Evergreen dicatkan dengan warna hijau bersama dengan perkataan "Evergreen" yang berwarna putih. Kontena Uniglory dicatkan dengan cara yang sama tetapi dengan warna badannya jingga terang. Kontena pendingin Evergreen pula dicatkan dengan warna putih, dan perkataan "Evergreen" berwarna hijau.

Operasi[sunting | sunting sumber]

Operasi Evergreen Marine tertumpu pada 5 laluan perkapalan:[1]

Laluan perkapalannya yang tersibuk adalah dalam kategori pertama. Asia Timur ke Amerika Utara/Amerika Tengah.[1] Di dalam kawasan ini, trafik utama adalah antara Republik Rakyat China, Jepun, Korea Selatan, dan Taiwan dengan pantai barat Amerika Syarikat, dan laluan ke timur Caribbean melalui Terusan Panama.[1]

Armada[sunting | sunting sumber]

Sehingga 1 Mei 2005, Evergreen Marine (termasuk Uniglory, Lloyd Triestino & Hatsu) mengoperasikan 153 buah kapal kontena dengan jumlah keseluruhan kapasiti 439,538 TEU. Secara keseluruhan, Evergreen Marine mengoperasikan 178 kapal kontena pada tahun 2008.[2]

Kelas-kelas kapal kontena Evergreen sejak 1975
Nama Kelas Jumlah kapal TEU Tahun dibina
Ever Spring 4 kapal 646 1975 - 1976
Ever Valor 7 kapal 1214 1977 - 1979
Ever Level 6 kapal 1800 1979 - 80, 1983
Ever G 3 kapal 2240 1983
Ever G 17 kapal 2728 1984 - 1985
Ever GL / GX 11 kapal 3428 1986 - 1988 beberapa darinya oleh CSBC Corporation, Taiwan
Ever Racer 10 kapal 4229 1993 - 1995
Ever Dainty 10 kapal 4163 1997 - 1998
Ever Ultra 18 kapal pasca-Panamax 5364 1996 - 2001 oleh Mitsubishi Heavy Industries, Nagasaki dan Kobe
Ever A 14 kapal 1162 1996 - 1999
Ever P 16 kapal 1618 1999 - Julai 2003 oleh limbungan Evergreen, Nagasaki
Hatsu Eagle 5 kapal pasca-Panamax 6332 Dis. 2001 - Dis. 2002 oleh Mitsubishi Heavy. Industries.
Hatsu Shine 10 pasca-Panamax 7024 Sept. 2005 - 2008 oleh Mitsubishi Heavy Industries, Kobe
LT Cortesia 8 kapal pasca-Panamax 8100 Mei 2005 - Mei 2006 oleh Samsung (sewaan jangka panjang daripada Conti-NSB/Jerman)

Berikut adalah kapal-kapal yang dipindah milik antara Evergreen Marine dan Uniglory Marine (berbendera Taiwan dan Panama) dan syarikat subsidiari yang lain:

  • Lloyd Triestino / Itali (nama kapal bermula dengan awalan "LT", sejak 2006 dengan awalan "Ital")
  • Hatsu Marine Ltd. / UK (nama kapal bermula dengan awalan "Hatsu")

Terminal[sunting | sunting sumber]

Evergreen Marine mengendalikan empat hab pemindahan utama, dan beberapa terminal kontena.

Hab pemindahan[sunting | sunting sumber]

Terminal kontena Evergreen Kaohsiung, Taiwan
  • Terminal kontena Taichung, Taiwan
  • Terminal kontena Kaohsiung, Taiwan
  • Terminal kontena Colon, Panama
  • Terminal kontena Taranto, Italy

Terminal[sunting | sunting sumber]

  • Terminal Evergreen Los Angeles, California
  • Terminal kontena Evergreen Pierce County, Tacoma, Washington
  • Terminal Evergreen di Asia (e.g. Thailand), Eropah (e.g. Italy), dan banyak lagi

Lihat juga[sunting | sunting sumber]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]