Pergi ke kandungan

FC Sogdiana Jizzakh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sogdiyona Jizzakh
Soʻgʻdiyona Jizzax
Sogdiana Jizak.jpg
Nama penuhKelab Bola Sepak Profesional Sogdiyona Jizzakh
Soʻgʻdiyona Jizzax Professional Futbol Klubi
GelaranSogdians
Yellows
Diasaskan1970; 54 tahun yang lalu (1970)
StadiumSogdiyona Sport Majmuasi
(Kapasiti: 11,650)
PengerusiUktam Mahmudjonov
PengurusUlugbek Bakayev
LigaLiga Super Uzbekistan
2023Liga Super, ke-11 daripada 14
Tapak sesawangLaman kelab
Warna tuan rumah
Warna tempat lawan

Sogdiyona Jizzakh (Uzbekistan: Soʻgʻdiyona Jizzax Futbol Klubi / "Сўғдиёна" Жиззах Футбол Клуби), dahulunya Sogdiana, ialah sebuah kelab bola sepak profesional Uzbekistan yang berpangkalan di pekan Jizzakh, dan bermain dalam Liga Super Uzbekistan.

Pada zaman Kesatuan Soviet, kelab ini ikut bermain dalam Liga Kedua dan Pertama Kejohanan USSR. Pada tahun 1979, ia menjadi pemenang serantau "Asia Tengah" dari Liga Kedua Soviet. Dalam undian sulung Liga Tinggi Uzbekistan pada 1992, Sogdiana memenangi pingat gangsa liga ini, dan merupakan pencapaian yang masih tertinggi dalam sejarah kelab mereka. Selain daripada itu, mereka sudah berjaya tiga kali menjadi pemenang kejohanan dalam Liga Pertama Uzbekistan (kini dipanggil Liga Pro Uzbekistan), sekali memenangi pingat liga perak, dan juga pemenang dua kali Piala Liga Uzbekistan.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]