Frigat kelas Constellation

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari FFG(X))
Ringkasan kelas
Nama: FFG(X)
Pengguna: Bendera tentera laut Amerika Syarikat Tentera Laut Amerika Syarikat (dijangka)
Didahului oleh: kelas Freedom, kelas Independence
Dirancang: 20
Ciri-ciri umum
Jenis: Frigat peluru berpandu
Bot & lancang
yang dibawa:
Rigid-Hull Inflatable Boat
Sistem penderia dan
pemprosesan:
Persenjataan:
Pesawat yang dibawa:

Kelas-Constellation adalah sebuah kelas frigat peluru berpandu misi pelbagai yang dibangunkan untuk Tentera Laut Amerika Syarikat sebagai satu lanjutan bagi program kapal tempur pesisir modular.[2] Pada 10 Julai 2017, pihak Tentera Laut A.S. telah mengumumkan projek frigat FFG(X) dalam "Permohonan Untuk Maklumat" yang dikeluarkan oleh Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat.[1][3]

Tentera Laut A.S. telah meilih lima buah syarikat pembina kapal untuk mengubah rekabentuk kapal mereka kepada sebuah rekabentuk prospektif bagi 20 buah frigat peluru berpandu FFG(X).[4] Pada 30 April 2020, pengumuman dibuat bahawa Fincantieri Marinette Marine telah memenangi kontrak berdasarkan rekabentuk frigat pelbagai peranan FREMM. Projek ini kemudian dinamakan semula sebagai program FFG-62 selepas kapal pertama diberi nama.[5]

Pembangunan[sunting | sunting sumber]

Tentera Laut A.S berniat untuk menganugerahkan kontrak untuk membina kapal FFG(X) pertama pada tahun 2020. Mereka akan membeli sebuah kapal pada tahun 2020 dan sebuah lagi pada tahun 2021, diikuti dengan dua buah kapal pada setiap tahun pada tahun-tahun selepasnya untuk sejumlah 20 buah kapal[1].

Kapal-kapal dalam kelas[sunting | sunting sumber]

Nama Nombor badan Pembina Dibaringkan Dilancarkan Ditauliahkan Pelabuhan asal Status
Constellation FFG-62 Fincantieri Marinette Marine Pembinaan akan bermula pada April 2022[6]
Congress FFG-63 Dianugerahkan[7][8][9]
Chesapeake FFG-64 Diumumkan[10][11]

Pada Jun 2021, pihak tentera laut telah mengumumkan bahawa Stesen Tentera Laut Everett di Washington akan menjadi tuan rumah masa depan bagi 12 buah kapal pertama dari kelas ini.[12]

Penamaan[sunting | sunting sumber]

Pada 8 April 2020, empat nama telah dicadangkan oleh pemangku Setiausaha Tentera Laut yang akan keluar, Thomas Modly. Beliau menyatakan keinginan untuk empat buah kapal pertama dinamakan sebagai Agility dengan kelas dinamakan sebagai kelas-Agility. Nama-nama lain yang dicadangkan adalah Intrepid, Endeavor, dan Dauntless. Bagaimanapun, para pemimpin Tentera Laut berkata nama-nama yang dicadangkan oleh Modly tidak akan diterima pakai.[13] Pada Julai 2020, laporan oleh The Drive bahawa kapal pertama akan dinamakan USS Brooke (FFG-80).[14] Kemudian, Tentera Laut A.S. menjelaskan melalui Twitter bahawa laporan berkenaan pengunaan semula nama USS Brooke untuk sebuah kapal perang baharu adalah satu kesilapan.[15]

Pada 7 Oktober 2020, Setiausaha Tentera Laut Kenneth Braithwaite mengumumkan frigat FFG(X) pertama akan dinamakan sebagai USS Constellation (FFG-62).[16] Pada 2 Disember 2020, Setiausaha Braithwaite memngumumkan bahawa kapal kedua dinamakan sebagai USS Congress (FFG-63).[7][17] Pada 15 Januari 2021, Setiausaha Braithwaite mengumumkan bahawa kapal ketiga akan dinamakan sebagai USS Chesapeake (FFG-64).[10] Kesemua tiga buah kapal dinamakan bersempena dengan tiga buah daripada enam buah frigat asal dalam Tentera Laut A.S.[10]

Konvensyen penamaan kapal Amerika Syarikat dari segi sejarahnya telah menamakan frigat bersempena dengan nama wira atau pemimpin Tentera Laut A.S dan Kor Marin A.S. Satu laporan kepada Kongress pada 4 Februari 2021 menasihatkan bahawa Tentera Laut A.S. tidak menyatakan sama ada skim penamaan ini akan mengubah peraturan mereka dalam penamaan kapal-kapal.[18]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c Larter, David B. (10 July 2017). "Frigate competition wide open: Navy specs reveal major design shift". Defense News. Sightline Media Group. Dicapai pada 19 January 2018.
  2. ^ O'Rourke, Ronald (8 December 2017). "Navy Frigate (FFG[X]) Program: Background and Issues for Congress" (PDF). Congressional Research Service. Dicapai pada 17 February 2018.
  3. ^ Eckstein, Megan (10 July 2017). "Navy Releases Details of New FFG(X) Guided-Missile Frigate Program in Request to Industry". USNI News. U.S. Naval Institute. Dicapai pada 17 February 2018.
  4. ^ LaGrone, Sam; Eckstein, Megan (16 February 2018). "Navy Picks Five Contenders for Next Generation Frigate FFG(X) Program". USNI News. U.S. Naval Institute. Dicapai pada 17 February 2018.
  5. ^ "Report to Congress on Constellation-class Frigate Program (FFG-62)". USNI News (dalam bahasa Inggeris). 2021-08-31. Dicapai pada 2021-09-05.
  6. ^ Ozberk, Tayfun (15 January 2022). "U.S. Navy's Constellation-Class: New Frigate to Start Construction This Year". Naval News. Dicapai pada 18 January 2022.
  7. ^ a b "SECNAV Names Future Guided Missile Frigate USS Congress". United States Navy (dalam bahasa Inggeris). 2020-12-04. Dicapai pada 2021-01-16.
  8. ^ Harkins, Gina (2020-12-03). "The Navy is Naming its Next New Frigate USS Congress". Military.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-01-16.
  9. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan USS_Congr_award tidak disediakan
  10. ^ a b c "SECNAV Names Future Vessels while aboard Historic Navy Ship". United States Navy (dalam bahasa Inggeris). 2021-01-15. Dicapai pada 2021-01-16.
  11. ^ "Secretary of the Navy Kenneth J. Braithwaite - Growing the Fleet". 2021-01-15. Dicapai pada 2021-01-16.
  12. ^ Correll, Diana. "Naval Station Everett selected as homeport for Constellation-class frigates". NavyTimes.com. Navy Times. Dicapai pada 9 November 2021.
  13. ^ Werner, Ben (8 April 2020). "Navy Leaders Sink Ship Names Proposed in SECNAV Modly's Last Days". USNI News. Dicapai pada 17 July 2020.
  14. ^ Trevithick, Joseph (17 July 2020). "Pentagon Notice Says The First Of The Navy's New Frigates Will Be Named USS Brooke". The Drive. Dicapai pada 17 July 2020.
  15. ^ "No, the US Navy will not name first of new class of frigates USS Brooke". Defense Brief. 18 July 2020. Dicapai pada 7 October 2020.
  16. ^ Eckstein, Megan (7 October 2020). "SECNAV Braithwaite Names First FFG(X) USS Constellation". USNI News. U.S. Naval Institute. Dicapai pada 7 October 2020.
  17. ^ Ziezulewicz, Geoff. "Navy bringing back U.S. Atlantic Fleet". Navy Times. Sightline Media Group. Dicapai pada 2 December 2020.
  18. ^ "Navy Ship Names: Background for Congress" (PDF). fas.org.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]