Fakulti Komputeran, Universiti Teknologi Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Fakulti Komputeran
Logo Fakulti Sains Komputer & Sistem Maklumat
JenisAwam
Ditubuhkan pada1981
Lokasi,
Laman sesawangcomp.utm.my


Fakulti Komputeran (FK) dahulunya dikenali sebagai Fakulti Sains Komputer & Sistem Maklumat (FSKSM) merupakan salah satu fakulti di bawah Universiti Teknologi Malaysia. Fakulti Komputeran (FK) ditubuhkan pada 1981 dengan kerjasama Jabatan Sains Komputer, Fakulti Sains, UTM Jalan Gurney, Kuala Lumpur dan dinamakan sebagai Institut Sains Komputer dengan bantuan dari Unit Akademik dan Unit Pentadbiran Universiti Teknologi Malaysia] pada 1984. Nama Fakulti Sains Komputer & Sistem Maklumat (FSKSM) secara rasminya digunakan pada tahun 1991 setelah diasingkan dari Unit Pentadbiran Komputer.

Perjalanan Masa[sunting | sunting sumber]

PERJALANAN MASA PENUBUHAN FSKSM
TAHUN PERISTIWA
1981 Jabatan Sains Komputer, Fakulti Sains, UTM Jalan Gurney, Kuala Lumpur. Pengambilan pertama program seperti Rancangan Integrasi Sains Komputer (Integrated Diploma & BSc Sains Komputer).
1984 Penubuhan Institut Sains Komputer (dengan Unit Akademik dan Unit Pentadbiran Komputer).
1991 Penubuhan Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat (pengasingan dari Unit Pentadbiran Komputer). Pengambilan pertama PhD dan MSc Sains Komputer.
1995 Fakulti bergerak ke Kampus Utama UTM di Skudai, Johor.
1996 Pengambilan pertama MSc MSc Real-time Software Engineering, dengan kerjasama Kampus Thomson, Perancis, yang ditawarkan oleh Pusat Fakulti Kejuruteraan Perisian Lanjutan (KES), UTM Jalan Semarak, Kuala Lumpur. Pembentukan Jabatan Grafik dan Multimedia.
1999 Pengambilan pertama MSc Information Technology (dengan pengkhususan dalam bidang Pengurusan, Pembuatan, Pendidikan, atau Perpustakaan). Pengambilan pertama Computer Science (Software Entrepreneurship).
2001 Pengambilan pertama MSc Computer Science (IT Entrepreneurship), dengan kerjasama Biro Inovasi danPerundingan (BIP), UTM dan MARA.
2002 Diperakui sebagai Institusi Berstatus MSC. Pengambilan pertama BSc Computer Science (dari STPM dan matrikulasi).
2003 Fakulti pertama dan program akademik di negara ini yang telah diaudit bagi Academic Quality Assurance.
2004 Pengambilan pertama MSc Computer Science (Information Security).
2006 Pengambilan pertama Bachelor of Computer Science (Bioinformatics).
2007 Pengambilan pertama Bachelor of Computer Science (Computer Networks and Security), Bachelor of Computer Science (Software Engineering), Bachelor of Computer Science (Industrial Computing), Bachelor of Computer Science (Graphics and Multimedia Software).
2013 Pada 1 Januari 2013, nama fakulti telah ditukar kepada Fakulti Komputeran dalam bahasa Melayu dan Faculty of Computing dalam bahasa Inggeris.


Visi[sunting | sunting sumber]

Untuk menjadi sebuah pusat kecemerlangan akademik dan teknologi dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi yang diiktiraf bertaraf dunia.

Misi[sunting | sunting sumber]

Untuk menjadi pemimpin dalam pembangunan modal insan inovasi yang berkualiti tinggi, inovasi dan perkhidmatan dalam bidang ICT yang akan menyumbang kepada penciptaan kekayaan negara.

Objektif[sunting | sunting sumber]

Fakulti telah menetapkan beberapa objektif untuk mencapai matlamat sebagai Institut Berprestasi Tinggi dalam bidang ICT.

  • Menggalakkan aktiviti-aktiviti dan usaha-usaha ke arah pengantarabangsaan fakulti.
  • Melahirkan Profesional IT dan graduan cemerlang untuk memenuhi keperluan industri IT, terutamanya bagiKoridor Raya Multimedia (MSC) dan Cyberport.
  • Meningkatkan aktiviti penyelidikan dan perundingan yang difokuskan, relevan dan berkualiti tinggi
  • Membangunkan program-program khusus untuk menggalakkan budaya IT dalam masyarakat
  • Meningkatkan aktiviti-aktiviti untuk menggalakkan inovasi, pengkomersialan dan keusahawanan dalam bidang pembangunan perisian dan kandungan.
  • Menguruskan fakulti dengan cekap dan berkesan

Penyataan Kualiti[sunting | sunting sumber]

'“FK beriltizam untuk menyediakan program akademik yang berkualiti dan bertaraf dunia dalam bidang sains komputer demi melahirkan graduan yang cemerlang serta memenuhi keperluan pelanggannya. 'FK akan melaksanakan tindakan penambahbaikan berterusan ke atas sistem kualitinya melalui perlaksanaan sistem jaminan kualiti yang berlandaskan Kerangka Kelayakan Malaysia.”

Senarai Projek & Aplikasi[sunting | sunting sumber]

  1. Seksyen Media
  2. E-Scena
  3. Download
  4. FSKSM E-Learning
  5. Sistem Inventori Diarkibkan 2012-01-13 di Wayback Machine
  6. CCTV Diarkibkan 2012-01-13 di Wayback Machine
  7. DMOS PLUS - Dissertation Management Online System Diarkibkan 2011-10-21 di Wayback Machine

Senarai Program[sunting | sunting sumber]

  1. Internationalization
  2. Projek Sarjana Muda
  3. International Repository Diarkibkan 2012-02-01 di Wayback Machine

Senarai Kelab & Organisasi[sunting | sunting sumber]

  1. JAPNI
  2. OSHE
  3. EEM

Senarai Kumpulan Penyelidikan[sunting | sunting sumber]

  1. Software Engineering Research Group(SERG) Diarkibkan 2012-08-14 di Wayback Machine
  2. Information Assurance & Security Research Group(IASRG)
  3. Pervasive Computing Research Group(PCRG) )
  4. Soft Computing Research Group(SCRG) Diarkibkan 2012-01-26 di Wayback Machine
  5. Virtual, Visualization and Vision Research Group(UTM, ViCubeLab)
  6. Operation & Business Intelligence(OBI)
  7. Artificial Intelligence & Bioinformatics Group(AIBIG)
  8. Information Service Systems & Innovation(ISSI)

Senarai jabatan di bawah Fakulti Sains Komputer & Sistem Maklumat[sunting | sunting sumber]

  1. Jabatan Kejuruteraan Perisian
  2. Jabatan Sistem Maklumat
  3. Jabatan Sistem Komputer & Komunikasi

Kursus yang ditawarkan di Fakulti Sains Komputer & Sistem Maklumat[sunting | sunting sumber]

Prasiswazah

  1. Sarjana komputer sains (Sistem pangkalan data)
  2. Sarjana komputer sains (Rangkaian Komputer dan Sekuriti)
  3. Sarjana komputer sains (Kejuruteraan perisian)
  4. Sarjana komputer sains (Perisian Grafik & multimedia)
  5. Sarjana komputer sains (bioinformatik)

Pascasiswazah

  1. [comp.utm.my/doctor-of-philosophy-in-information-systems/ Doktor Falsafah (Sistem Maklumat) ]
  2. Doktor Falsafah (Sains Komputer) & Master Sains (Sains Komputer), melalui Penyelidikan
  3. [comp.utm.my/master-of-computer-science-information-security/ Master Komputer (Keselamatan Maklumat) ]
  4. [comp.utm.my/master-of-science-information-technology-management/ Sarjana Sains (Pengurusan IT) ]
  5. Sarjana Sains (Sains Komputer)
  6. Sarjana Kejuruteraan Perisian
  7. Sarjana Sains (Usahawan IT)

Pendidikan Berterusan (separuh masa)

  1. Sarjana komputer sains (Sains komputer) (SPACE)

Pusat Kecemerlangan

  1. Advance Informatics School Diarkibkan 2011-12-14 di Wayback Machine

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]

Faculty of Computing, UTM