Family Guy
Family Guy | |
---|---|
![]() ![]() | |
Genre | Komedi |
Format | Animasi |
Pencipta | Seth MacFarlane |
Dibangunkan oleh | Seth MacFarlane David Zuckerman |
Pelakon suara | Seth MacFarlane Alex Borstein Seth Green Mila Kunis Mike Henry |
Penggubah lagu tema | Walter Murphy |
Penggubah | Walter Murphy Ron Jones |
Negara asal | Amerika Syarikat |
Bilangan musim | 21 |
Bilangan episod | 409 (Senarai episod) |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Lolee Aries David A. Goodman Seth MacFarlane Daniel Palladino David Pritchard David Zuckerman |
Tempoh siaran | 20–23 minit |
Penyiaran | |
Saluran asal | Fox |
Format gambar | 480i (SDTV) |
Siaran asal | 31 Januari 1999 – 14 Februari 2002 1 Mei, 2005 – Sekarang |
Pautan luar | |
Laman sesawang |
Family Guy (Tulisan Jawi: فاميلي ݢاي)ialah siri televisyen animasi Amerika Syarikat tentang sebuah keluarga disfungsi yang tinggal di bandar cereka Quahog, Rhode Island. Dicipta oleh Seth MacFarlane untuk Fox Broadcasting Company pada tahun 1999, pertunjukan ini seringnya menggunakan syot sisip, jenaka dalam bentuk set reka bentuk menyeleweng yang tidak memajukan jalan cerita.[1]
Family Guy dibatalkan pada tahun 2000 dan sekali lagi pada tahun 2002, tetapi jualan DVD yang hebat serta bilangan penonton yang besar untuk tayangan semula Adult Swim yang dikendalikan oleh Cartoon Network meyakinkan Fox supaya menyambung semula pertunjukan tersebut pada tahun 2005. Filem ini merupakan filem terbatal yang pertama untuk dihidupkan semula berdasarkan jualan DVD dan lebih ketara lagi, pertunjukan terbatal yang tunggal untuk dihidupkan semula sebanyak dua kali atas alasan tersebut.[2]
Sejarah[sunting | sunting sumber]
Musim pertama dan kedua Family Guy ditayangkan pada tahun 1999 selepas filem Larry shorts (pendahulunya) menarik perhatian Fox Broadcasting Company semasa iklan Super Bowl 1999. Pembatalannya kemudian diumumkan, akan tetapi sebuah peralihan kuasa di Fox serta bantahan yang kuat daripada para peminat menyebabkan kebalikan keputusan dan selepas penayangan musim ketiga, ia dibatalkan semula. Penayangan semula oleh Adult Swim yang menarik banyak peminat serta jualan DVDnya yang melebihi 2.2 juta salinan setiap tahun menyebabkan minat Fox dibaharui.[3] Penerbitan Family Guy disambung semula pada tahun 2004, dengan dua musim tambahan (lima pada jumlahnya) serta filem terus-ke-DVD, Stewie Griffin: The Untold Story, dihasilkan. Musim keenam mula disiarkan pada musim luruh 2007, dengan pertunjukan itu merayakan episod ke-100 dan menyebabkan pensindiketan pertunjukan tersebut.[4] Pertunjukan itu telah dibaharui untuk musim ketujuh, dengan siarannya dijadualkan untuk musim luruh 2008.
Barisan pelakon[sunting | sunting sumber]
Barisan pelakon utama dan peranan masing-masing adalah seperti yang berikut:
- Seth MacFarlane yang menyuarakan Peter Griffin, Stewie Griffin, Brian Griffin, Glenn Quagmire, dan Tom Tucker;
- Alex Borstein sebagai Lois Griffin, Loretta Brown (sehingga watak itu ditamatkan pada musim keempat), dan Trisha Takanawa;
- Seth Green sebagai Chris Griffin; dan
- Mila Kunis sebagai Meg Griffin.
Selain daripada watak yang tersenarai di atas, para pelakon utama juga menyuarakan untuk sebilangan watak berulangan serta menyamar orang yang termasyhur dan ikon budaya pop.
Barisan pelakon yang berulangan termasuk:
- Patrick Warburton sebagai Joe Swanson;
- Mike Henry sebagai Cleveland Brown;
- Adam West sebagai datur bandar Adam West;
- Jennifer Tilly sebagai Bonnie Swanson;
- John G. Brennan sebagai Mort Goldman;
- Nicole Sullivan sebagai Muriel Goldman;
- Carlos Alazraqui sebagai Jonathan Weed (sehingga watak itu ditamatkan pada musim ketiga);
- Adam Carolla sebagai Death (tidak termasuk kemunculan pertama ketika watak itu disuarakan oleh Norm MacDonald); dan
- Lori Alan sebagai Diane Simmons.
Lacey Chabert menyuarakan Meg Griffin untuk musim pertama (15 episod). Walaupun demikian, beliau tidak diberikan sebarang penghargaan kerana persetujuan berkontraknya.[5] Bagaimanapun, beliau akhirnya dihargai pada akhir Rancangan Istimewa Episod Ke-100 Family Guy yang menonjolkan petikan karyanya.
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ Dehnart, Andy (2007-11-05). "'Family Guy' is no cheap 'Simpsons' knockoff". msnbc Entertainment. MSNBC Interactive. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-01-04. Dicapai pada 2007-12-14.
..."Family Guy" really stands apart because of its flashbacks, cutaways and throwaway references.... Its signature devices tend to lack anything more than a tangential connection to the central narrative...
- ^ "USAToday". USAToday.com. Dicapai pada 2007-02-04.
- ^ McKinley, Jesse. "Canceled and Resurrected, on the Air and Onstage", The New York Times, 2 Mei 2005. Dicapai pada 3 Disember 2007. "First off, there was the countdown to the season premiere of "Family Guy," the animated Fox sitcom, which had been canceled in 2002, only to be revived after the show's DVD sales and its syndicated ratings caught the network's attention."
- ^ "Stewie Kills Lois" merupakan episod setengah jam ke-104 yang berasingan, akan tetapi ia diiklankan sebagai episod ke-100 kerana ketiga-tiga episod itu membentuk Stewie Griffin: The Untold Story yang tidak terangkum dalam kiraan episod rasmi Fox. Fox juga mengira episod "Blue Harvest" yang panjangnya satu jam sebagai dua episod yang berasingan.
- ^ Daniel Robert Epstein. "Interview with Seth MacFarlane, creator of The Family Guy". UGO.com. Dicapai pada 2007-05-23.
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
![]() |
Wikiquote mempunyai koleksi petikan mengenai: Family Guy |
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Family Guy. |
![]() |
Wikiberita mempunyai berita berkaitan: 'Family Guy' returns to US television, loses in ratings to 'Housewives' |
- Family Guy official website
- title di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
- Family Guy Wiki at Wikia.com
- Family Guy at 20th Century Fox
Didahului oleh: 3rd Rock from the Sun 1998 |
Super Bowl lead-out program 1999 |
Diikuti oleh: The Practice 2000 |
- Rencana televisyen berpautan IMDb dalam kotak info
- Rancana televisyen berpautan TV.com dalam kotak info
- Sitkom animasi
- Siri televisyen animasi
- Family Guy
- Pertunjukan rangkaian Fox
- Debut siri televisyen 1999
- Siri televisyen Amerika Syarikat 1990-an
- Siri televisyen animasi Amerika Syarikat 1990-an
- Siri televisyen Amerika Syarikat 2000-an
- Siri televisyen animasi Amerika Syarikat 2000-an
- Siri televisyen oleh Fox Television Studios
- Pertunjukan televisyen yang berlatarbelakangkan Rhode Island
- Rancangan televisyen satira
- Rancangan televisyen yang menampilkan watak antropomorfik