Farid Amirul

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Farid Amirul
KelahiranMohd Farid Amirul Hisham Wu Abdullah
1965 (umur 53–54)
Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1990–kini
Terkenal keranaSarjan Lim dalam Gerak Khas

Mohd Farid Amirul Hisham Wu Abdullah (lahir 1965) ialah seorang pelakon drama televisyen di Malaysia. Beliau terkenal dengan Detektif Lim dalam drama bersiri Gerak Khas yang disiarkan RTM1. Drama bercorak kepolisan popular Radio Televisyen Malaysia (RTM) ini diterbitkan oleh Skop Productions milik pengarah drama Dato Yusof Haslam.

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Pada 17 Disember 2009, Mohd Farid telah dituduh mencuri dua buah buku di MPH Bookstores, Mid Valley Megamall dan dihukum penjara dua bulan dan denda sebanyak RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.[1] Majistret Mohd. Faizi Che Abu memutuskan demikian selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Farid Amirul. Saksi kes pencurian ini ialah penyiasat dalam MPH, Mohd. Haqib Mohd. Yusof, 18 serta penyelianya, Fadhilah Mohd. Yusuf, 38. Buku itu bernilai RM198.90 pada jam 7.15 malam, 27 Mac 2009. Buku yang dicurinya bertajuk The Sistine Secrets dan Decoding The Heaven.[2]

Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.[3] Bagaimanapun Farid telah menarik balik pengakuan awal sebagai bersalah setelah melantik Peguam bela Nor Azri Mohd. Arif. Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Ashiqin Zulkifli. Farid dibebaskan pada Mac 2012. Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Abdul Malik Ishak yang bersidang bersama Datuk K.N. Segara dan Datuk Aziah Ali memutuskan demikian secara sebulat suara selepas menolak rayuan akhir pendakwa raya. Dengan keputusan itu, kuorum berkenaan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 24 September 2010 yang membebaskan pelakon tersebut yang lebih dikenali sebagai 'Detektif Lim' selepas membenarkan rayuannya.Hakim Abdul Malik ketika membacakan alasan penghakimannya menyatakan, panel itu menerima fakta keterangan kes bahawa tiada saksi yang melihat Farid Amirul mengambil dua buah buku itu dari rak di gedung buku MPH pada hari kejadian.

Beliau menyatakan, identiti kedua-dua barang kes turut diragui kerana ia tidak ditanda sewaktu diterima daripada pengawal keselamatan MPH, manakala beg sandang milik pelakon itu yang didakwa digunakan untuk menyembunyikan buku-buku, juga tidak dikemukakan ketika perbicaraan.Ujarnya, pegawai penyiasat sepatutnya menanda buku itu dan mengemukakan borang serahan kepada pengawal keselamatan sebagai bukti penyerahan sebelum meletak buku-buku itu dalam sampul surat yang dimeterai dan disimpan dalam setor polis.Hakim Abdul Malik turut menyatakan, wujud kepincangan pada kes pendakwaan kerana cip pengimbas keselamatan yang didakwa dikoyak dan dikeluarkan dari buku oleh Farid Amirul, tidak diambil dan ditanda oleh pegawai penyiasat sebagai barang bukti kes.

Selain itu, mahkamah turut berpuas hati bahawa kegagalan pihak polis merampas rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) yang sebahagiannya berfungsi, turut mencacatkan kes pendakwaan. Farid Amirul tidak diwakili peguam manakala Timbalan Pendakwa Raya, Farah Ezlin Yusop Khan mewakili pihak pendakwaan.[4][5]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
1994 Panggilan Pulau Musa
1999 Bara Ah Bon
2000 Leftenan Adnan Mejar Fujiwara
Pasrah Pengawal Keselamatan
2001 Gerak Khas The Movie Detektif Lim
2002 Gerak Khas The Movie II
2003 MX3 Banduan
2007 Kayangan Robert
2005 GK3 The Movie Detektif Lim

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
1999-2011 Gerak Khas Sarjan Major (S.M) Lim TV2
2012-2013 Roda Roda Kuala Lumpur
2012 Metro Skuad Episod: "Dendam" dan "Khianat"
2019 Gerak Khas (Musim 19) Sarjan Major (S.M) Lim

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Pelakon Gerak Khas dipenjara 2 bulan Utusan Malaysia (17 Disember 2009). Dicapai pada 18 Januari 2010.
  2. ^ Norliza Mohd Zakaria (19 Mei 2009). "Saya tak hukum Farid - Yusof Haslam". Utusan Malaysia. Dicapai 22 Disember 2011. 
  3. ^ Sarjan Lim bela diri 1 Oktober Utusan Malaysia (25 Ogos 2009). Dicapai pada 18 Oktober 2009.
  4. ^ Feride Hikmet Atak (5 Oktober 2010). "Dituduh Mencuri Buku, "Detektif Lim" Dibuang Keluarga". mStar Online. Dicapai 22 Disember 2011. 
  5. ^ "Pelakon Gerak Khas dihukum penjara, denda". Malaysiakini. 17 Disember 2009. Dicapai 22 Disember 2011. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]