Fatal Frame (siri permainan video)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Fatal Frame / Project Zero
Fail:Fatal Frame logo.png
Logo francais yang diguna pada penerbitan Amerika Utara selepas ansuran permainan yang kedua
GenreSurvival Horor
Permainan video fotografi
PembangunKoei Tecmo, Grasshopper Manufacture, Nintendo Software Planning & Development
Penerbit
PenciptaMakoto Shibata, [}Keisuke Kikuchi]]
PlatformPlayStation 2, Microsoft Windows, Nintendo 3DS, Nintendo Switch, PlayStation 4, PlayStation 5, Wii, Wii U, Xbox, Xbox One, Xbox Series X/S
Keluaran pertamaFatal Frame
13 Disember 2001
Keluaran terkiniFatal Frame: Mask of the Lunar Eclipse
9 Mac, 2023
Spin-offSpirit Camera

Fatal Frame (FF), bertajuk Zero[a] di Jepun dan Project Zero di Eropah dan Australia, ialah siri permainan video seram survival Jepun yang dicipta, diterbitkan dan dibangunkan oleh Koei Tecmo. Terbit perdana sejak tahun 2001 dengan ansuran pertama dalam francais ini bagi platform PlayStation 2, siri ini terdiri daripada lima tajuk utama.

Siri ini berlatarkan kawasan perkampungan Jepun pada awal dasawarsa 1980-an, dengan setiap ansuran permainan memfokuskan pada kedudukan-kedudukan berlakunya peristiwa mistik yang mampu menyakiti pemain. Dalam setiap senarionya, watak utama yang dipilih pemain akan terlibat dalam penyiasatan mengguna senjata Camera Obscura, sejenis kamera pegun yang dicipta oleh Dr. Kunihiko Asou bagi menangkap spirit jahat. Siri ini terkenal menggunakan pelbagai ruji seram Jepun dan protagonis wanitanya.

Siri ini ditulis oleh Makoto Shibata dan Keisuke Kikuchi. Selepas diperkenalkan dengan perkakasan PlayStation 2 dan selepas kejayaan siri Silent Hill, kedua penulis itu mula berkongsi karya bagi membangunkan satu siri seram yang merujuk kepada pengalaman batin Shibata sendiri dan filem seram Jepun yang popular pada masa itu. Matlamat utama mereka adalah ingin membuat satu permainan dengan pengalaman seram tidak terlupakan. Ansuran kemudiannya telah memperhalusi mekanik permainan sederum menambahkan elemen naratif yang lebih banyak.

Siri ini diiktiraf sebagai salah satu francais permainan video seram yang paling terkenal, dan permainan kedua dalam siri ini, Crimson Butterfly, dianggap sebagai salah satu daripada permainan video bergenre seram paling menakutkan yang pernah dibuat. Walaupun jualan permainan individu tidak pernah tinggi, siri ini secara keseluruhan telah menjual lebih dari satu juta salinan di seluruh dunia pada bulan April 2014. Pelbagai adaptasi media Jepun telah dibuat, termasuk manga dan filem cereka dengan genre aksi langsung pada tahun 2014.

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jepun: ゼロ?

Rujukan[sunting | sunting sumber]