Fatimah Tunku Sulaiman
Tunku Dato’ Hajjah Fatimah Binti Tunku Sulaiman lahir 20 Januari 1925 di Kuala Pilah, Negeri Sembilan merupakan
Latar belakang[sunting | sunting sumber]
Beliau bersekolah di Sekolah Melayu Kuala Pilah dan Sekolah Inggeris Tuanku Mohammad, Kuala Pilah. 1943 beliau berkahwin dengan Tunku Mohamad Jamil Bin Tunku Besar Burhanuddin.
Khidmat sukarela[sunting | sunting sumber]
Antaranya beliau terlibat dalam :
- Ahli Perkumpulan Perempuan (W.I.) Daerah Kuala Pilah (1953)
- Pengerusi Perkumpulan Perempuan (W.I.) Daerah Kuala Pilah (1956 - 1958)
- Pengerusi Perkumpulan Perempuan (W.I.) Daerah Jelebu (1959)
- Ahli Lembaga Pelawat Hospital Daerah Jelebu
- Ahli Lembaga Pengurus Government English School (S.R.U. sekarang) Daerah Jelebu
- Menubuhkan Perkumpulan Perempuan (W.I.) Gedung Lalang (1964) o Pengerusi Perayaan Hari Pahlawan Negeri Sembilan (1968)
- Naib Pengerusi Bola Sepak Wanita Negeri Sembilan (1970)
- Pengerusi F.O.S.A.H. (Friends of the Sick and Hospital) (1970)
- Ahli Lembaga Rumah Orang-Orang Tua dan Penasihat Kanak-Kanak Daerah Seremban (1970 – 1973)
- Ahli Lembaga Pelawat Taman Sinar Harapan Tuanku Ampuan Najihah (1981 – 1988)
- Ahli Jawatankuasa Kanak-Kanak Cacat Daerah Seremban (1974 – 1988).
- Pengerusi Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia Perhubungan Negeri Sembilan (2000)
Pada tahun 1999, beliau berjaya mengadakan Charity Golf dan mengutip RM300,000 untuk Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Negeri Sembilan.
Anugerah[sunting | sunting sumber]
Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan menganugerahkan Pingat D.P.T.J., D.S.N., P.P.T., P.M.C. dan P.J.K. atas jasa-jasa beliau.Pingat A.M.N oleh Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong . Tahun 1988 dianugerah “Tokoh Wanita” sempena perayaan Hari Wanita Peringkat Negeri Sembilan. [1]
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ "Biodata Penerima Anugerah Sri Kandi Persatuan Pandu Puteri Malaysia 2006". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-09-18. Dicapai pada 2011-10-14.