Faye Faire

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ini gambar kugiran Faye Faire. (L-R) Alena Nadia, Azim Zain, Isra Gomez dan I-Shan Esther.
Ini gambar kugiran Faye Faire. (L-R) Alena Nadia, Azim Zain, Isra Gomez dan I-Shan Esther.

Faye Faire ialah sebuah kumpulan rock Malaysia dari Kuala Lumpur. Kumpulan ini main muzik folk-rock dan telah terbentuk pada tahun 2022. Anggotanya Alena Nadia (vokal/gitar/keyboard), I-Shan Esther (vocal/gitar/keyboard), Azim Zain (bass/gitar) dan Isra Gomez (drums).

Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu Bahasa Inggeris. Walaupun usaha terawal mereka tertumpu dengan genre pop rock dengan lagu mereka “Telephone”, mereka kemudian mula bereksperimen dengan vocal harmonies (yang lebih dijumpa dalam genre folk-rock) - terutamanya daripada Alena dan I-Shan, penyanyi-penyanyi utama kugiran Faye Faire.

Single keduanya "Siren" dikeluarkan pada Disember 2023 dan naik ke puncak carta radio Malaysia di Rakita 107.9FM selama empat minggu berturut-turut, dan telah disenarai pendek dalam kategori Top 30 Rock untuk Anugerah Lagu Indie 2023.[1][2][3]

Band ini menamakan The Beatles, Simon & Garfunkel, Radiohead, Elliott Smith, dan Boygenius sebagai pengaruh utama mereka.

Faye Faire melancarkan album In My Mind pada 15 Februari 2024, sebagai tribute kepada I-Shan Esther, selepas kematiannya pada Jun 2023.[4][3]

Dalam album In My Mind, penulis lagu utama Alena dan I-Shan mempamerkan sepuluh lagu dalam album itu, dengan pengaruh pop, rock dan folk-rock. Gig pelancarannya di fono, Kuala Lumpur habis dijual dalam tempoh masa beberapa hari selepas pengumuman album itu.[5]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada Jun 2022, Alena bekerja sebagai seorang wartawan di Malaysiakini dan telah diperkenalkan kepada I-Shan Esther melalui ayah I-Shan yang bekerja sebagai seorang pengarang Malaysiakini Martin Vengadesan.

Martin dahulunya merupakan ahli kumpulan rock progresif Samarkand dan bermain di Rock The World yang asal pada Mac 2000.

I-Shan juga merupakan salah satu cucu bekas duta besar Malaysia ke Italy Dato’ Ramanathan Vengadesan.

Alena mempunyai latar belakang hampir serupa. Ayah Alena, Tan Sri Datuk Dr Ahmad Zaharudin Idrus, juga telah berkhidmat kepada kerajaan Malaysia sebagai penasihat sains kepada perdana menteri Mahathir Mohamad dan Abdullah Badawi daripada tahun 2001 kepada 2006.

Tidak lama lagi, mereka sedar bahawa dua-dua orang mempunyai pengaruh muzik yang hampir sama juga (seperti Phoebe Bridgers, Elliott Smith dan The Beatles).

Pada September tahun sama, Alena mengajak I-Shan untuk menghasilkan muzik mereka sendiri. Pada masa itu, mereka dikenalkan sebagai “The Crawling Sound”.

Persembahan Faye Faire di kafe BOXKL di Kuala Lumpur.
Persembahan Faye Faire di kafe BOXKL di Kuala Lumpur.

Apabila Azim Zain (daripada projek muzik Australia “Azim Zain & His Lovely Bones”)[6][7] dan Isra Gomez masuk kumpulan muzik mereka pada hujung tahun 2022, mereka tukar nama kumpulan mereka kepada "Faye Faire".[8]

Dalam bahasa Inggeris dan Perancis, "Faye" dan "Faire" bermaksud pari-pari (ataupun “fairies”). Ia mempamerkan pengaruh folk kugiran tersebut dan mungkin dapat inspirasi dari filem drama romantik Hong Kong Chungking Express, di mana penyanyi pop Cina Faye Wong berlakon dalam watak "Faye".

Persembahan pertama Faye Faire diadakan di BOXKL di Kuala Lumpur pada Mac 2023. Persembahan tersebut telah dianjurkan oleh Kumandang Zine. Faye Faire bermain empat lagu original “Ultraviolet”, “Siren”, “Telephone” dan “Wailing Wall”, yang dicipta oleh Alena dan I-Shan. Mereka juga bermain sebuah cover lagu Strokes - “Selfless”. Pada bulan sama itu, mereka telah merakam dan mengeluarkan demo tape untuk lagu original mereka, “Telephone”.

Ini gambar penyanyi Faye Faire (L-R) Alena Nadia dan I-Shan Esther semasa persembahan mereka di Merdekarya pada Mei 2023.
Ini gambar penyanyi Faye Faire (L-R) Alena Nadia dan I-Shan Esther semasa persembahan mereka di Merdekarya pada Mei 2023.

Pada Mei 2023, Faye Faire bermain bersama kugiran progressive rock dan psychedelic rock Martin Vengadesan & The Stalemate Factor di Merdekarya[9] dan Porkville[10] di Petaling Jaya. Faye Faire membuat persembahan terakhir mereka dengan I-Shan Esther di Merdekarya pada 10 Jun 2023.

Pada hari Jumaat 16 Jun 2023, ketika berusia 18 tahun, I-Shan Esther Christie Lee Vengadesan meninggal dunia.[11]

Album pertama[sunting | sunting sumber]

Selepas tragedi Jun 2023 berlaku, Alena, Azim dan Isra membuat keputusan untuk cuba edarkan sebuah album dengan lagu-lagu yang dicipta dan nyanyi oleh I-Shan.[12]

Album pertama Faye Faire yang berjudul In My Mind. Design dicipta oleh Maira Zamri.

Faye Faire bekerja dengan penerbit Ashwin Gobinath dari Nadir Studios, Arief dan Lisa dari kumpulan indie Fuad, Nimue Wafiya dari kumpulan indie Ava dan rakan-rakan lain untuk melengkapkan album tersebut.[1]

Pemain bass Maira Zamri dan pemain gitar Tanuja Kaur pun menganggotai kumpulan Faye Faire.[13][3]

Pada 15 Februari, 2024, Faye Faire telah edarkan album baru In My Mind. Album tu mengandungi lima lagu dari I-Shan dan lima lagi dari Alena.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

  1. Ultraviolet
  2. Siren
  3. No Name #1
  4. You Know Me
  5. A Home In The Sea
  6. Wild #2
  7. Wailing Wall
  8. Telephone
  9. Our Girl (Smile Because You Loved Her)
  10. I'm Still Alive

Kredit lagu[sunting | sunting sumber]

"Ultraviolet", "No Name #1", "Telephone" and "I'm Still Alive"

Lirik dan muzik dicipta oleh I-Shan Esther

"Siren", "You Know Me", "A Home In The Sea", "Wailing Wall" and "Our Girl (Smile Because You Loved Her)"

Lirik dan muzik dicipta oleh Alena Nadia

"Wild #2"

Lirik dicipta oleh Alena Nadia and I-Shan Esther

Muzik dicipta oleh I-Shan Esther

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Lifestyle, Terence Toh @ FMT (2024-02-23). "Faye Faire's new music honours a friend gone too soon". Free Malaysia Today (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-03-12.
  2. ^ Chua, Dennis (2024-03-02). "#Showbiz: Legacy of love | New Straits Times". NST Online (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-03-12.
  3. ^ a b c List, The City. "Faye Faire check in for another performance this weekend at Angguk Studios". thecitylist.my (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-03-13.
  4. ^ Chua, Dennis (2024-03-02). "#Showbiz: Legacy of love | New Straits Times". NST Online (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-03-12.
  5. ^ Chua, Dennis (2024-03-02). "#Showbiz: Legacy of love | New Straits Times". NST Online (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-03-12.
  6. ^ Lin, Sharona. "Azim Zain and His Lovely Bones are back in the passenger seat". Riotact (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-09-01.
  7. ^ Welby, Augustus (2020-11-24). "Azim Zain and Eugénie were both transformed by Australia's independent music culture". Beat Magazine (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-09-01.
  8. ^ "How Dave Grohl Helped Me Navigate Grief". noisy headspace (dalam bahasa Inggeris). 2024-01-22. Dicapai pada 2024-03-12.
  9. ^ "Guide to getting into the groove". The Star (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-09-01.
  10. ^ "Faye Faire and Stalemate Factor (Live at Porkville)". AllEvents.in (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-09-01.
  11. ^ Abdullah, Mohd Kamal Bin (2023-06-20). "Malaysians Must Know the TRUTH: I-Shan, you're the light that never goes out". Malaysians Must Know the TRUTH. Dicapai pada 2023-09-01.
  12. ^ Lifestyle, Terence Toh @ FMT (2024-02-23). "Faye Faire's new music honours a friend gone too soon". Free Malaysia Today (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-03-08.
  13. ^ Chua, Dennis (2024-03-02). "#Showbiz: Legacy of love | New Straits Times". NST Online (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-03-12.