Malaysiakini.com

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Malaysiakini)
Jump to navigation Jump to search
"Malaysiakini" dilencongkan di sini.
Malaysiakini
Mk-logo-bm.svg
JenisAtas talian
Formatlaman sesawang
Video
Aplikasi
Diasaskan20 November 1999; 19 tahun yang lalu (1999-11-20)
Pemihakan politikBerhaluan kanan
Bebas
BahasaBahasa Melayu
Bahasa Mandarin
Bahasa Tamil
Ibu pejabatMalaysiakini.com
48, Jalan Kemuja
Bangsar Utama
59000 Kuala Lumpur
Malaysia
BandarKuala Lumpur
NegaraMalaysia
PemilikMkini Dotcom Sdn Bhd
PenerbitMkini Dotcom Sdn Bhd
PenyuntingSteven Gan
Laman sesawanghttp://www.malaysiakini.com
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Pengunjung malaysiakini.com pada 2008

Malaysiakini merupakan media internet 4 bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil dalam talian dari Malaysia. Dilancarkan pada 20 November 1999, antara bahagian-bahagian yang terdapat di dalam Malaysiakini ialah Utama, Berita, Kolum, Pendapat, Minda Editor, Laporan Khas dan lain-lain.[1] Ia menarik lebih 37 juta tatapan setahun dan menerima ranking laman web ke-13 popular di Malaysia oleh Alexa.[2][3] Pada 2013, syarikat induk Malaysiakini melancarkan dua tapak sesawang - portal perniagaan KiniBiz[4] dan tapak berita TV internet KiniTV.[5]

Berita utama di dalam Malaysiakini lebih terarah kepada isu-isu terkini serta perkara yang berkaitan dengan politik di Malaysia. Laman web itu mendakwa dilawat 50,000 orang sehari dan lebih tiga juta kali dicapai dalam sebulan.[6][7][8][9] Versi Bahasa Inggeris Malaysiakini.com perlu dilanggan untuk dibaca sementara versi Bahasa Melayu adalah percuma.[10][11][12][13][14][15][16]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Akhbar internet Malaysiakini bermula apabila timbul keperluan untuk melaporkan pemecatan dan penangkapan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998. Premesh Chandran, bekas wartawan akhbar The Sun yang ketika itu bertugas dengan Kongres Kesatuan Pekerja Malaysia (MTUC) mengasaskan Malaysiakini bersama Steven Gan yang pernah bekerja dengan akhbar The Nation, di Bangkok, Thailand. Isu di sebalik pemecatan Anwar Ibrahim perlu dilaporkan kepada rakyat dan timbullah akhbar bawah tanah ini - pada awalnya.

Premesh menulis kertas kerja itu bertajuk 'The Daily Diet - It's free, fast and true". Dana RM30,000 berjaya dikumpulkan dan membeli warung kafe di SS2, Petaling Jaya sebagai pusat operasi lamanweb . Nama Malaysiakini.com didaftar pada April 1999.

Kemudian Pakatan Akhbar Asia Tenggara (Seapa) memberi geran AS$100,000. Pada 1 Oktober 1999 pejabat Malaysiakini dibuka di tingkat empat sebuah rumah kedai berhampiran Jaya Supermarket, Seksyen 14, Petaling Jaya.

Malaysiakini mendapat cabaran berat apabila Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir Mohamad mengumumkan pilihan raya setahun lebih awal iaitu pada 1999.Hari penamaan calon ditetapkan pada 20 November 1999.

Antara kakitangan terawal ialah Sarah Shazreena Sharin, Ng Boon Hooi, Hidayatul Ein Azmi dan Ajinder Kaur.[17]

Kritikan[sunting | sunting sumber]

Logo lama Malaysiakini

Malaysiakini dikritik oleh kerajaan Barisan Nasional dan penyokongnya kerana ia didakwa menyampaikan berita pro-pembangkang atau pro-Pakatan Rakyat kerana menyampaikan berita yang kritikal terhadap kerajaan semasa. Namun selepas Pilihan raya umum Malaysia 2008 berita dan surat pro-BN dan kritikal terhadap kerajaan Pakatan Rakyat turut disiarkan.

Anugerah Jenama Putra[sunting | sunting sumber]

Pada 24 Mac 2010, Steven Gan dari Malaysiakini menerima anugerah Jenama Putra (gangsa) daripada Persatuan Agensi Pengiklan Bertauliah Malaysia .Anugerah disampaikan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir Hotel Mandarin-Oriental. Penerima lain ialah TV3 (gangsa), The Star dan 8TV (perak), Astro dan Google (emas).

Anugerah itu berdasarkan soal selidik terhadap 6000 respon online dalam 18 kategori. Presiden 4As, Vincent Lee menyatakan pemilihan itu dianjurkan dengan kerjasama Anugerah Jenama Paling Bernilai Malaysia (MMVB).[18]

Isu dan kontroversi[sunting | sunting sumber]

Saman KDN[sunting | sunting sumber]

Bermula 24 Jun 2010 buku terbitan Malaysiakini, 1Funny Malaysia dan Perak Datul Kartun yang diterbitkan syarikat Zunar, Sepakat Efektif Sdn Bhd - dilarang daripada dipamerkan .

Tindakan pengharaman buku 1Funny Malaysia dan Perak Darul Kartun, kedua-duanya karya Zunar -didakwa tidak sah dan bertentangan dengan hak kebebasan bersuara yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

Pada 27 Julai 2010, Zunar dan Malaysiakini memfailkan dua saman berasingan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi mencabar keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengharamkan dua buku kartun politik.[19]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "malaysiakini.com UVs for January 2016 - Compete". Dicapai 28 February 2016. 
  2. ^ "malaysiakini.com Site Overview". Dicapai 28 February 2016. 
  3. ^ Malaysiakini overtakes Star online rankings
  4. ^ KiniBiz official website
  5. ^ KiniTV official website
  6. ^ "Malaysiakini: Portal berita No 1 Malaysia Malaysiakini kenapa?". Dicapai 28 February 2016. 
  7. ^ "GERAMM kecam tindakan lempar cat merah pada bangunan Malaysiakini". Dicapai 28 February 2016. 
  8. ^ "Malaysiakini's 'About Us' Page". Malaysiakini. Dicapai 6 November 2012. 
  9. ^ "No Time Like Tomorrow". The Economist. 6 October 2012. Dicapai 6 November 2012. 
  10. ^ "The Pakatan Rakyat hoax". Free Malaysia Today. Dicapai 28 February 2016. 
  11. ^ "Police record statements from Malaysiakini staff over Nurul Izzah's remarks". Dicapai 28 February 2016. 
  12. ^ "No more MalaysiaKini". Kuala Lumpur Post. Dicapai 28 February 2016. 
  13. ^ "Malaysia, Singapore and Brunei". Dicapai 28 February 2016. 
  14. ^ Super User. "Cops Record Statements From Malaysiakini Staff". Dicapai 28 February 2016. 
  15. ^ "Anti-GST Rally ends earlier, as some violate Peaceful Assembly Act". BorneoPost Online - Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News. Dicapai 28 February 2016. 
  16. ^ "Zahid hargai, Mukhriz salahkan 'portal pro-pembangkang'". Malaysiakini. Dicapai 28 February 2016. 
  17. ^ Kala Malaysiakini dilahirkan...
  18. ^ Malaysiakini dianugerah jenama utama media
  19. ^ "Malaysiakini, Zunar saman KDN", Malaysiakini.com. 27 Julai 2010.

Sastera[sunting | sunting sumber]

  • Chin, James (2003). MalaysiaKini.com and its Impact on Journalism and Politics in Malaysia. In K.C. Ho, Randy Kluver, & C.C. Yang (Eds.), Asia.com: Asia Encounters the Internet, pp. 129–142. London: RoutledgeCurzon. ISBN 0-415-31503-4.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]