Felda Kemasul

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Felda Kemasul ialah salah satu tanah rancangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) yang terletak di daerah Bentong, Pahang Darul Makmur. FELDA Kemasul terletak di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai dalam parlimen Bentong dan berada kira-kira 65 km dari Bandar Bentong.

Bagi pengunjung yang datang dari bandar Bentong, mereka perlu melalui jalan mancis-kuala pilah dan akan menemui satu simpang masuk yang mengambil masa kira-kira 45 minit perjalanan dengan menaiki kereta. Manakala bagi mereka yang datang dari arah Temerloh, bolehlah melalui jalan Temerloh-Triang dengan mengambil masa kira-kira sejam untuk sampai ke sini.

FELDA Kemasul terkenal sebagai salah satu kawasan yang banyak mengeluarkan buah-buahan tempatan seperti rambutan, manggis, langsat dan durian di daerah Bentong. Biarpun berada di daerah Bentong, penduduk di sini lebih gemar berkunjung ke Bandar Triang yang terletak kira-kira 40 km dari sini.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Nama Kemasul ada yang mengatakan diambil daripada nama hutan simpan yang terletak berdekatan Felda ini (Hutan Simpan Kemasul), ada juga pendapat yang mengatakan ia diambil daripada nama sebatang sungai yang terdapat dalam kawasan ladang Felda ini (Sungai Kemasul). Selain dari itu ada pendapat yang mengatakan diambil dari nama Sultan Mansur Syah kononnya hutan ini dahulukalanya pernah dilalui oleh baginda. Manakala pendapat yang terakhir ialah dari sejenis buah kedondong yang bnyak terdapat dalam hutan di malaysia dan sekitar asean iaitu pokok Kedondong Kemasul.

Populasi[sunting | sunting sumber]

Dianggarkan kira-kira 430 buah rumah peneroka dibina di FELDA Kemasul. Hampir keseluruhan penduduk di sini berbangsa Melayu. Terdapat hanya 2 keluarga India yang menetap di sini. Kebanyakan penduduk di sini berasal dari Selangor (Suku Jawa & Banjar), Perak, Kedah, Johor, Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu.

Ada juga penduduk FELDA Kemasul merupakan anak jati Pahang yang menetap di sini. Penempatan di FELDA Kemasul terbahagi kepada empat peringkat. Setiap peringkat terbahagi kepada beberapa blok yang berbeza. Setiap peringkat menunjukkan jangka masa peneroka menetap di sini. Sebagai contoh, peringkat pertama terdiri dari kalangan peneroka yang mula-mula menetap di sini.

Hubungan sekitar[sunting | sunting sumber]

Kedudukan FELDA Kemasul terletak berhampiran dengan beberapa buah tanah rancangan yang turut terdapat di di sini. Antara tanah rancangan yang terdapat di sekitar FELDA Kemasul ialah FELDA Chemomoi, Felda sungai kemahal, kampung cemomoi, Felda bukit puchong dan FELDA Bukit Mendi.

Hubungan silaturahim penduduk FELDA Kemasul dengan beberapa buah tanah rancangan di kawasan sekitar amat erat. Ini dapat dibuktikan dengan wujudnya pelbagai aktiviti yang sering dilakukan secara bersama. Sebagai contoh, jika ada majlis kenduri-kendara di sini, penduduk di kawasan berhampiran akan turut diundang untuk bergotong-royong dan sama-sama memeriahkan majlis.

Ada juga program-program khas yang dianjurkan untuk memantapkan lagi hubungan di antara penduduk di sini. Antaranya ialah sukan komuniti, program mesra rakyat dan juga majlis Hari Raya.

Dari segi pendidikan pula, terdapat Tadika Kemas Felda Kemasul,Sekolah Kebangsaan (Felda) Kemasul, Sekolah Agama Rakyat Felda Kemasul, dan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Kemasul