Felda Lok Heng Timur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

SEJARAH FELDA LOK HENG[sunting | sunting sumber]

FELDA Lok Heng Barat dan FELDA Lok Heng Timur adalah dua tanah rancangan Felda dalam gugusan ini yang mula-mula dibangunkan dan dimajukan[perlu rujukan] oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) Bandar Kota Tinggi. FELDA Lok Heng Selatan berasal dari kawasan hutan paya yang kebanyakan kawasannya adalah rendah, berpaya, mudah dinaiki air dan tidak ekonomik.[perlu rujukan] Kesemua kawasan ini dipulihkan dan dibangunkan di bawah rancangan tanah FELDA pada tahun 1986 sehingga wujud sebuah tanah rancangan tersusun dan cantik menjadikannya lebih menonjol terutama sekali kerana kedudukannya yang strategik dan sangat berdekatan dengan tanah-tanah rancangan yang lain.

Menurut cerita orang-orang di sini, perkataan ‘lok heng’ adalah berasal daripada perkataan dalam bahasa Cina untuk merujuk kepada keadaan dan persekitaran kawasan ini yang dipenuhi hutan paya dan mudah dinaiki air. Terdapat hanya beberapa keluarga nelayan sahaja yang sanggup tinggal di sini. Mereka bergantung hidup kepada aktiviti penangkapan ikan dan hasil hutan paya sebagai sumber pendapatan.

Kawasan ini terletak di dun sedili dan kawasan parlimen Kota Tinggi.

Kawasan Paya Dan Bukit[sunting | sunting sumber]

Gugusan FELDA Lok Heng yang terletak di Mukim Sedili Kecil dalam Daerah Kota Tinggi adalah terdiri daripada tiga buah tanah rancangan peneroka FELDA iaitu FELDA Lok Heng Timur, FELDA Lok Heng Barat dan FELDA Lok Heng Selatan. FELDA Lok Heng Selatan telah dibangunkan atas tanah seluas 1,768 hektar pada tahun 1978 dengan tanaman kelapa sawit. Jarak perjalanan untuk sampai ke sini dari Kota Tinggi ialah 42 kilometer.

Pintu gerbang yang cantik dan besar terukir dengan perkataan ‘Selamat Datang ke Perkampungan FELDA Lok Heng Timur’ mengalu-alukan kedatangan pengunjung apabila sampai ke kampung ini. kawasan ini terbahagi kepada 70 peratus kawasan paya yang rendah dan 30 peratus kawasan landai yang berbukit. Kawasan yang berpaya dan rendah ini rata-ratanya adalah tanah gambut yang sangat subur untuk tanaman sawit.

Keadaan tanah yang lembut di kawasan paya menyebabkan banyak pokok kelapa sawit menjadi condong dan tumbang. Banjir pula sering berlaku di kawasan ini dan air mudah dinaiki apabila hujan lebat turun dua hingga tiga jam serta mengambil masa tujuh hingga sepuluh hari untuk surut. Ini menyebabkan pokok-pokok kelapa sawit menjadi tidak subur dan terencat pembesarannya serta mengakibatkan pengurangan pengeluaran hasil sebanyak 50 peratus hingga 60 peratus berbanding dengan kawasan bukit. Para belia di Felda Lok Heng Timur sangat aktif dengan aktiviti mereka antaranya futsal, petanque, motor cross, Kelab Motor Anak Felda Bersatu, Seni Silat ( Kumpulan Silat Pendita)dan sebagainya. Selain belia, para ibu dibawah GPW turut aktif dengan aktiviti mereka seperti aerobik, gotong royong, kendarat, petanque dan lain-lain

KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR DI KAWASAN FELDA LOK HENG

  • DEWAN DATO' OSU, FELDA LOK HENG SELATAN
  • DEWAN SERBAGUNA , FELDA LOK HENG BARAT
  • DEWAN SEMAI BAKTI, FELDA LOK HENG TIMUR
  • KOMPLEKS SUKAN, GUGUSAN FELDA LOK HENG
  • GELANGGANG PETANQUE
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Lokman Hakim
  • Sekolah Kebangsaan (Felda) Lok Heng
  • Sekolah Kebangsaan (Felda) Lok Heng Selatan
  • KOMUNITI BESTARI, FELDA LOK HENG SELATAN
  • PUSAT JALUR LEBAR KEBANGSAAN
  • TAMAN-TAMAN RIADAH
  • KEDAI SEBARNEKA DAN RUNCIT
  • MASJID AL-FIRDAUS
  • SURAU AL-SYAKIRIN (FELDA LOK HENG TIMUR)
  • SURAU AL- ANSAR (FELDA LOK HENG SELATAN)
  • SURAU RUMAH KAKITANGAN
  • GELANGGAN FUTSAL DI SETIAP KAMPUNG
  • GELANGGANG PETANQUE DI SETIAP KAMPUNG