Daerah Kota Tinggi
Kota Tinggi كوتا تيڠڬي | |
---|---|
Daerah di Malaysia | |
Transkripsi lain | |
• Cina | 哥打丁宜县 (Gēdǎ Dīngyí Xiàn) |
• Tamil | கோத்தா திங்கி (Kōttā tiṅki) |
![]() | |
Koordinat: 1°44′07″N 103°54′04″E / 1.7351598°N 103.9011812°EKoordinat: 1°44′07″N 103°54′04″E / 1.7351598°N 103.9011812°E | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Johor Darul Takzim |
Pihak Berkuasa Tempatan | |
Kerusi | Bandar Kota Tinggi |
Kerajaan | |
• Pegawai Daerah | Hazlina binti Jalil[1] |
Luas | |
• Jumlah | 1,057.00 batu persegi (2,737.63 km2) |
Penduduk (2010)[3] | |
• Jumlah | 187,824 |
• Kepadatan | 180/batu persegi (69/km2) |
Zon waktu | UTC+8 (WPM) |
• Musim panas (DST) | — |
Poskod | 81××× |
Kota Tinggi merupakan salah sebuah daerah yang terdapat di negeri Johor, Malaysia. Bandar Kota Tinggi terletak di laluan Sungai Johor. Jarak Kota Tinggi lebih kurang 42 km dari bandaraya Johor Bahru. Dengan keluasan daerah Kota Tinggi kira-kira 3488.7 kilometer persegi, aktiviti ekonomi utama bagi daerah ini ialah perladangan seperti Kelapa sawit, getah dan pertanian lain di samping terdapat kegiatan lain seperti perikanan yang terdapat di pesisiran pantai seperti di Tanjung Sedili. Aktiviti ekonomi yang lain ialah seperti perlombongan dan perniagaan.
Daerah Kota Tinggi terdiri daripada kawasan bandar, perkampungan Melayu tradisional serta kawasan rancangan tanah Felda. Terdapat juga petempatan orang asli di daerah ini.
Antara tempat menarik yang boleh dilawati sekiranya berkunjung ke Kota Tinggi ialah Air Terjun Kota Tinggi yang terletak lebih kurang 16 km dari bandar Kota Tinggi. Kota Tinggi juga mempunyai Hutan Lipur Panti. Selain itu, Gunung Panti dan Gunung Muntahak merupakan tempat pendakian yang menarik. Terdapat juga pantai-pantai yang menarik minat pelancong. Antara pantai yang boleh dilawati adalah seperti Desaru, Tanjung Balau, Batu Layar, Teluk Ramunia dan Tanjung Sedili. Perkampungan orang asli Kanaq di Kampung Sungai Selangi ialah satu-satunya petempatan kaum ini di dunia.
Sejarah[sunting | sunting sumber]
Nama Kota Tinggi adalah sempena pembinaan kota-kota pertahanan yang terletak di tanah tinggi oleh sultan-sultan Johor sepanjang persisiran Sungai Johor, iaitu Kota Kara (1529), Kota Sayong (1536), Kota Batu (1540), Kota Seluyut (1564), Kota Batu Sawar (1587), Kota Touhid (1623), Kota Tinggi (1685) dan Kota Panchor (1716).[4]
Pada akhir tahun 2006 dan awal tahun 2007 iaitu bermula dari 19 Disember 2006 sehingga 16 Januari 2007, Kota Tinggi telah dilanda banjir paling besar dalam sejarahnya. Banjir gelombang pertama pada 19 Disember telah menenggelamkan hampir keseluruhan bandar Kota Tinggi termasuklah bank, kedai-kedai dan kompleks membeli-belah. Namun banjir gelombang kedua bermula dari 11 Januari 2007 lebih dahsyat kerana menenggelamkan tempat yang tidak ditenggelamkan sebelumnya sehingga hampir menerjah masuk ke Hospital Daerah Kota Tinggi (HDKT). Kejadian ini terjadi berikutan angin monsun Timur Laut yang bertiup dari bulan Oktober hingga Mac yang menyebabkan hujan lebat telah melanda seluruh negeri Johor selama hampir seminggu sehingga Sungai Johor tidak mampu lagi menampungnya. Hampir 12,000 orang dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan yang terpaksa dibuka dua kali kerana banjir telah melanda sebanyak dua kali. Malahan, terdapat pusat-pusat pemindahan juga ada yang turut dinaiki air menyebabkan mangsa-mangsa terpaksa berpindah ke Pusat Pemindahan lain. Banjir pada kali ini telah mencatatkan sejarahnya kerana air Sungai Johor telah naik sehingga 5.45 meter berbanding rekod tertinggi yang pernah dicatatkan sebelum ini iaitu 4.9 meter.[perlu rujukan]
Kawasan pentadbiran[sunting | sunting sumber]
- Sungai Rengit
- Kampung Bukit Raja
- Pengerang
- Teluk Ramunia
- Perumahan Tersusun Mawai Baru
- Felda Bukit Easter
- Felda Lok Heng Timur
- Felda Lok Heng Barat
- Felda Lok Heng Selatan
- Taman Ahmad Perang
- Taman Sri Lalang
- Felda Gugusan Adela
- Kampung Mawai Baru
- Kampung Sungai Selangi
- Felda Bukit Waha
- Felda Air Tawar 5
- Felda Air Tawar 4
- Felda Air Tawar 3
- Felda Air Tawar 2
- Felda Air Tawar 1
- Felda Linggiu
- Felda Pasak
- Felcra Kota Tinggi
- Felcra Sungai Ara
- Bandar Penawar
- Kota Kecil
- Kampung Tai Hong
- Kampung Lipat Kajang
- Kampung Baru Sg Mas
- Telok Sengat
- Felda Bukit Aping Timur
- Felda Bukit Aping Barat
- Sedili
- Felda Papan Timur
- Felda Sungai Mas
- Bandar Mas
- Felda Semenchu
- Felda Simpang Waha
- Kampung Sungai Telor
- Felda Tunggal
- Felda Bukit Besar
- Felda Bukit Ramun
- Felda Pasir Raja
- Felda Sungai Sayong
- Felda Inas Selatan
Mukim[sunting | sunting sumber]
- Mukim Ulu Sungai Johor
- Mukim Ulu Sungei Sedili Besar
- Mukim Johor Lama
- Mukim Kambau
- Mukim Kota Tinggi
- Mukim Pantai Timur
- Mukim Pengerang
- Mukim Sedili Besar
- Mukim Sedili Kechil
- Mukim Tanjung Surat
- Bandar Kota Tinggi
Ekonomi[sunting | sunting sumber]
Kota Tinggi bakal berubah wajah menjelang 2016 apabila semua projek berkaitan minyak dan gas (O&G) di zon Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang (PIPC) di Pengerang siap sepenuhnya. Ketika ini, kerja-kerja pembinaaan dan penyediaan infrastruktur sedang giat dijalankan.[5]
Projek terletak di timur Johor itu secara keseluruhannya melibatkan kawasan seluas 9,105 hektar dan pembangunan yang berlaku antaranya meliputi pembinaan loji penapisan minyak, loji petrokimia dan terminal simpanan minyak serta jeti laut dalam.
PIPC adalah antara komponen penting dalam usaha menggapai transformasi Malaysia bagi memacu negara untuk menyertai zon negara maju menjelang 2020. Di samping itu, ia secara tidak langsung menjadikan Malaysia dan Johor sebagai pusat industri dan perdagangan O&G di rantau ini.
Turut dibangunkan dalam PIPC ialah Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID; Refinery and Petrochemical Integrated Development) milik Petronas. Projek itu dibangunkan di atas tanah berkeluasan 2,428 hektar dengan nilai pelaburan sebanyak RM60 bilion. Pembangunan RAPID merangkumi pembinaan 20 buah kilang penapisan minyak mentah selain kompleks polimer dan petrokimia.
Pembangunan kawasan itu perlu kerana kemajuan yang dibawa ke Pengerang kelak akan menjadikannya lebih besar daripada Kerteh, Terengganu dan menyumbang kepada ekonomi Malaysia.
Pelancongan[sunting | sunting sumber]
Kota Tinggi juga dikenali sebagai sebuah bandar bersejarah kerana Kesultanan Johor yang diasaskan oleh Sultan Mahmud Shah terletak di sini. Terdapat banyak makam sejarah di sini, termasuk Makam Sultan Mahmud Mangkat Dijulang (makam Sultan Mahmud Shah II) dan Makam Tauhid di Kampung Makam. Makam Laksamana Bentan pula terletak di Kampung Kelantan dan Makam Bendahara Tun Habib Abdul Majid juga di Kampung Makam. Terdapat sebuah muzium di Kampung Johor Lama yang mengisahkan Kesultanan Johor dengan lebih terperinci. Banyak tinggalan-tinggalan bangunan bersejarah, makam-makam dan artifak yang dipercayai daripada tinggalan Kota Johor Lama yang boleh anda lawati. Cerita sejarah ini pernah difilemkan pada tahun 1960-an dengan diberikan nama "Dang Anom". Barisan pelakon yang membintangi filem ini termasuklah Allahyarham Nordin Ahmad sebagai Laksamana Bentan.
Air terjun yang terletak di Lombong, 16 kilometer di barat laut bandar ini, merupakan destinasi pelancongan yang amat terkenal. Setinggi 36 meter, air terjun ini terletak di kaki Gunung Muntahak yang mempunyai ketinggian 634 meter. Air sungai yang dingin mengalir melintasi beberapa kolam yang cetek. Keindahan semula jadi di beberapa bahagian tempat ini telah dicemarkan oleh pembangunan tempat peranginan dengan seni taman buatan.
Terdapat juga banyak pantai di sepanjang pinggir laut Kota Tinggi. Pantai-pantai paling terkenal ialah Tanjung Balau, Desaru, Batu Layar dan Tanjung Sedili yang masing-masing terletak 58 km, 55 km, 62 km dan 45 km dari bandar Kota Tinggi. Chalet-chalet dan hotel-hotel boleh didapati di sepanjang pantai.
Teluk Sengat yang terletak 25 kilometer di timur bandar Kota Tinggi merupakan kampung makanan laut yang terkenal di kalangan pelancong.
Untuk sampai ke Kota Tinggi orang ramai yang melalui Lebuhraya Utara-Selatan boleh menggunakan susur keluar Tol Kulai. Kota Tinggi tidak mempunyai laluan kereta api tetapi pengunjung masih boleh menggunakan kemudahan ini melalui Stesen KTM Johor Bahru yang merupakan Stesen terdekat. Jaraknya 42 kilometer dari bandar Kota Tinggi.
Infrastruktur[sunting | sunting sumber]
Bekalan elektrik[sunting | sunting sumber]
- Tenaga Nasional Bhd, Kampung Tai Hong
- Tenaga Nasional Bhd, Jalan Lombong
Institut Pengajian Tinggi (IPT)[sunting | sunting sumber]
- Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bandar Penawar [6]
- Kolej Yayasan Pelajaran Johor [7]
- Kolej Komuniti Cawangan Kota Tinggi [8]
- Kolej Komuniti Bandar Penawar [9]
- Kolej Profesional MARA [10]
- Institut Sains & Teknologi Darul Takzim (INSTEDT) [11]
Sekolah[sunting | sunting sumber]
- Sekolah Kebangsaan Pasir Raja, Johor, Felda Pasir Raja, 81050 Kulai, Johor.
- Sekolah Kebangsaan Sungai Sayong (Integ), Felda Sungai Sayong, 81000 Kulai, Johor.
- Sekolah Kebangsaan Bukit Besar, Johor, Jalan Pendita, Felda Bukit Besar, 81450 Kulai, Johor.
- Sekolah Kebangsaan Bukit Ramun, JKR 727, LKTP Bukit Ramun, 81040 Kulai, Johor.
- Sekolah Kebangsaan Bandar Tenggara 2, JKR 5564, Taman Sayong Pinang, Bandar Tenggara, 81440 Kulai, Johor.
- Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Datuk
- Sekolah Kebangsaan Sungai Rengit
- Sekolah Kebangsaan Laksamana
- Sekolah Kebangsaan Felcra Sungai Ara
- Sekolah Kebangsaan Felda Semenchu
- Sekolah Kebangsaan Bukit Waha
- Sekolah Kebangsaan Pusat Bandar Lok Heng (Felda Lok Heng Timur)
- Sekolah Kebangsaan Lok Heng Selatan (Felda Lok Heng Selatan)
- Sekolah Agama Nurul Falah (Felda Lok Heng)
- Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Mawai
- Sekolah Kebangsaan Mawai
- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Bandar Penawar
- Sekolah Menengah Tun Habab (http://tunhabab.edu.my/index.php Diarkibkan 2007-04-29 di Wayback Machine)
- Sekolah Menengah KebangsaanSultan Alauddin, Felda Bukit Besar, Gugusan Taib Andak, 81450 Kulai, Johor.
- Sekolah Menengah Kebangsaan Laksamana
- Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Kota Tinggi
- Sekolah Menengah Kebangsaan Air Tawar
- Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Aman
- Sekolah Menengah Tan Sri Jaafar Albar
- Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Easter
- Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi
- Sekolah Sukan Bandar Penawar Kota Tinggi
- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kota Tinggi
- Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Mas
- Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Datuk
- Sekolah Menengah Kebangsaan Adela
- Sekolah Menengah Kebangsaan Lokman Hakim (Felda Lok Heng Timur)
- Sekolah Menengah Lok Heng
- Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Penawar
- Sekolah Menengah Linggiu (http://www.smklinggiu.kotatinggi.edu.my Diarkibkan 2011-10-12 di Wayback Machine)
- Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Pengeleh
- Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Easter(http://www.facebook.com/group.php?gid=180552858782&ref=ts)
- Sekolah Kebagsaan Taman Sri Saujan
- Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Sri Saujan
- Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI)
Masjid[sunting | sunting sumber]
- Masjid Jamek Sungai Rengit
- Masjid Ar-Raudah Kampung Mawai Baru
- Masjid Jamek Kota Tinggi
- Masjid Jamek Kampung Makam
- Masjid Jamek Kampung Kelantan
- Masjid Jamek Tanjung Sedili
- Masjid Jamek Sedili Besar
- Masjid Jamek Gugusan Waha
- Masjid Jamek Sedili Kecil
- Masjid Jamek Kampung Gembut
- Masjid Al-Husna Bandar Tenggara
- Masjid Jamek Felda Linggiu
- Masjid Al Rahman Kampung Baru Teluk Ramunia
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ Mohammad Ali, Khairul (27 Januari 2021). "Johor lantik wanita kedua jadi Pegawai Daerah". Utusan (dalam bahasa (Melayu)). Iskandar Puteri. Dicapai pada 23 November 2022.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Profil Daerah Kota Tinggi". Pentadbiran Tanah Johor (dalam bahasa (Melayu)). Iskandar Puteri, Johor Bahru. 2022. Dicapai pada 23 November 2022.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Population Distribution and Basic Demographic Characteristics, 2010" (PDF). Department of Statistics, Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 22 May 2014. Dicapai pada 19 April 2012. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ Majlis Daerah Kota Tinggi. "Sejarah Kota Tinggi". Portal Rasmi Majlis Daerah Kota Tinggi. Dicapai pada 11 Januari 2021.
- ^ [www.mprc.gov.my/our.../pengerang-integrated-petroleum-complex-pipc]
- ^ [www.ikbnbp.gov.my/]
- ^ [1]
- ^ [2][pautan mati kekal]
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-05-28. Dicapai pada 2021-09-25.
- ^ [www.kpmbp.edu.my/]
- ^ [www.instedt.edu.my/]
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Daerah Kota Tinggi |