Felda Sungai Behrang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Felda Sungai Behrang terletak lebih kurang 15km dari Pekan Tg Malim, 5km dari Behrang 2020 dan 10km dari Slim River. Landmark yang paling hampir adalah Politeknik Tg. Malim. Terdiri daripada lebih 400 buah keluarga yang kebanyakannya berbangsa Melayu. Ia dibuka pada tahun 1968 apabila kumpulan peneroka pertama datang untuk mengusahakan ladang getah. Felda Sungai Behrang pernah keluar dari kumpulan rancangan Felda di antara tahun 2000 hingga 2005 tetapi masuk kembali pada tahun 2006. Masjid Felda Sungai Behrang adalah di antara beberapa buah masjid yang terdapat di daerah Behrang.