Ferdinand Buisson

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Ferdinand Édouard Buisson
Ferdinand Buisson (1841-1932).jpg
Kelahiran(1841-12-20)20 Disember 1841
Paris, Perancis
Meninggal dunia16 Februari 1932(1932-02-16) (umur 90)
Thieuloy-Saint-Antoine, Perancis
WarganegaraPerancis
PekerjaanAhli politik
Terkenal keranaHadiah Keamanan Nobel 1927

Ferdinand Édouard Buisson (20 Disember 1841 Paris - 16February 1932 Thieuloy-Saint-Antoine) merupakan ahli akademik, pasifis dan ahli politik radikal-sosialis Perancis. Buisson telah mempengerusikan Liga Pendidikan dari 1902 sehingga 1906 dan Liga Hak Asasi Perancis (LDH) dari 1914 sehingga 1926. Sebagai ahli falsafah dan pendidik, beliau pernah menjadi Pengarah Pendidikan Rendah. Beliau turut menghasilkan tesis mengenai Sebastian Castellio, yang dilihatnya sebagai 'Protestan liberal'. Buisson juga merupakan Presiden National Association of Freethinkers. Pada tahun 1905, beliau mempengerusikan jawatankuasa parlimen untuk melaksanakan pemisahan gereja dan negara. Beliau terkenal dengan perjuangan untuk pendidikan sekular melalui Liga Bangsa, beliau telah mencipta isilah laïcité ("sekularisme").

Pada tahun 1927, beliau telah dihadiahkan Hadiah Keamanan Nobel bersama-sama dengan Ludwig Quidde.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Wikisource-logo.svg
Wikisource mempunyai sumber asli 1911 Encyclopædia Britannica teks berkaitan kepada: Buisson, Ferdinand.