Ludwig Quidde

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Ludwig Quidde
Ludwig Quidde nobel.jpg
Kelahiran 23 Mac 1858
Bremen
Meninggal dunia 4 Mac 1941(1941-03-04) (umur 82)
Geneva
Sebab kematian Paru-paru berair
Dikebumikan Geneva
Kediaman Jerman
Terkenal kerana Hadiah Keamanan Nobel
Parti politik Parti Rakyat Jerman,
Parti Demokratik Jerman,
Parti Demokratik Radikal

Ludwig Quidde (23 Mac 1858, Bremen – 4 Mac 1941) merupakan ahli politik dan pasifis Jerman yang diingati kerana mengkriktik Maharaja Wilhelm II. Quidde melalui empat era sejarah Jerman yang berbeza iaitu Bismarck (sehingga 1890); Empayar Hohenzollern di bawah Wilhelm II (1888–1918); Republik Weimar (1918-1933); dan akhir sekali Jerman Nazi. Beliau menerima Hadiah Keamanan Nobel pada tahun 1927.

Dilahirkan dalam keluarga borjuis, Quidde membesar di Bremen, membaca sejarah dan juga terlibat dalam aktiviti-aktiviti Persatuan Keamanan Jerman (Deutsche Friedensgesellschaft). Pada tahun 1881, beliau menerima PhD di Universiti Göttingen. Dalam usia yang muda, beliau telah menentang polisi Bismarck. Pada tahun 1894, beliau telah menerbitkan risalah 17 muka surat berjudul Caligula. Eine Studie über römischen Caesarenwahnsinn (Caligula: Kajian Kegilaan Imperial). Mengandungi 79 nota kaki, esei pendek ini secara utamanya merupakan Empayar Rom pada abad pertama. Walau bagaimanapun, Quidde secara tersirat mengaitkan Empayar Rom Caligula dengan Wilhelm II, secara hakikat menuduh kedua-duanya pemerintah magalomania. Beliau berkeras untuk menerbitkan risalah tersebut di bawah nama sebenar beliau, yang akhirnya mengakibatkan pengakhiran kerjaya akademik beliau sebagai sejarawan. Setelah beliau membuat penyataan menghina pingat penghormatan kepada William I, maharaja Jerman dari tahun 1871 hingga 1888, beliau telah disabitkan kesalahan lèse majesté dan dipenjara selama tiga bulan di Penjara Stadelheim.

Selepas Perang Dunia Pertama tamat, Quidde, seperti kebanyakan rakyat Jerman yang lain, menentang Perjanjian Versailles.

Semasa Hitler berkuasa pada tahun 1933, Quidde telah melarikan diri ke Switzerland, dan terus menetap di Geneva. Beliau sempat menerbitkan esei "Landfriede und Weltfriede" (1934) ketika berusia 76 tahun. Beliau meninggal dunia dalam pembuangan di Switzerland pada tahun 1941 di usia 82.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]