Ferlyn Wong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Ferlyn Wong
Rsz 5skarf in may 2013.jpg
Ferlyn pada Mei 2013
Nama Cina黃晶玲
PinyinHuáng Jīnglíng (Mandarin)
Nama lahirFerlyn Wong Jing Ling
KeturunanChina Selatan
AsalSingapura
Lahir (1992-02-01) 1 Februari 1992 (umur 30)
Singapura
PekerjaanPenyanyi, peragawati, penari
Jenis muzikK-pop, Mandopop, tarian
Syarikat rakamanAlpha Entertainment
iGlobal Star
Tahun aktif2012 (2012)–kini
Artis berkaitanSkarf
Laman web rasmihttp://www.alphaent.com/

Ferlyn Wong (lahir 1 Februari 1992), yang lebih dikenali sebagai Ferlyn G, ialah seorang penyanyi dan penari Singapura yang bernaung dibawah label Alpha Entertainment. Asalnya berpangkalan di Korea Selatan, beliau menjadi ahli kumpulan wanita Korea Selatan, Skarf.[1] Ferlyn meninggalkan Skarf pada 2014 untuk memulakan kerjaya solonya dan muncul dalam unit KPop lainnya.

Dilahirkan dan dibesarkan di Singapura, Ferlyn dapat berbicara dalam bahasa Inggeris dan Mandarin dan juga Korea setelah menjalani latihan dua tahun di Korea Selatan untuk mempersiapkan penampilan sulungnya dalam Skarf.[2] Beliau melancatkan EP sulungnya, First pada 2 Januari 2015.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan pada 1 Februari 1992, Ferlyn ialah anak bongsu dalam keluarganya. Sebelum menghadiri ujibakat Alpha Entertainment, beliau menjadi seorang ahli latihan di Ocean Butterflies International, dimana beliau menjadi penari latar untuk JJ Lin, Rainie Yang dan Wang Lee Hom. Ferlyn juga menjadi seorang pelajar perniagaan di Politeknik Temasek dan berhenti belajar di institusi itu setelah memutuskan menghadiri ujibakat. Beliau berpindah ke Korea Selatan untuk menyertai kumpulan itu.[3][4]

Kerjaya muzik[sunting | sunting sumber]

2012–2013: Skarf, kameo dalam It Takes Two dan Luv Virus[sunting | sunting sumber]

Setelah menghadiri ujibakat JYP & Alpha Entertainment, beliau membuat penampilan sulungnya bersama Skarf, kumpulan wanita empat ahli dengan ahli Singapura lain, Tasha dan dua ahli Korea lain.[5]

Pada 13 Ogos 2012, Skarf membuat penampilan sulung mereka dalam Oh! Dance[6] dan menampilkan lagu tersebut di Music Bank di KBS pada 17 Ogos 2012.[7] Ferlyn juga membuat penampilan kameo dalam siri TV Singapura, It Takes Two bersama ahli Skarf.

Skarf membuat kemunculan semula mereka dengan Luv Virus pada 28 Mei 2013 dan pada 31 Mei 2013, muzik video untuk Luv Virus dimuat naik di saluran YouTube rsmi mereka.[8]

2014–2015: Pengunduran dari Skarf, kumpulan baru dan First[sunting | sunting sumber]

Pada 16 September 2014, media mengumumkan bahawa Ferlyn akan meninggalkan SKarf dan akan melancarkan sebuah EP mandarin solo pada 2015.[9]

Pada 2 Januari 2015, Ferlyn melancarkan EP sulungnya, First selepas beberapa teaser dikeluarkan. EP itu terdiri dari dua trek Mandarin dan satu trek Korea. Trek Koreanya, yang bertajuk Luv Talk menampilkan Mint dari Tiny-G.[10] Beliau mengadakan sidang media pada hari keluarannya di Atrium di Bugis+, di Singapura dan akan mempromosikan albumnya di Korea, China, Hong Kong, Taiwan, Thailand dan Malaysia.[11]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

EP[sunting | sunting sumber]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Siri realiti[sunting | sunting sumber]

Tahun Rangkaian Tajuk Peranan Catatan
2012 MBC Oh! My Skarf Diri sendiri Rancangan realiti tentang kehidupan Skarf sebelum penampilan sulung
2013 Korean Art Idol Competition – Everyone Gather Diri sendiri Ferlyn dalam tempat ke-6

Drama Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Judul Peranan Catatan
2012 MediaCorp Channel 8 It Takes Two Diri sendiri Penampilan kameo dalam dua episod

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "FERLYN DEPARTS FROM GIRL GROUP SKARF TO BECOME THE LEADER OF AN UPCOMING K-POP GROUP". Korea Boo. 16 September 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-10-17. Dicapai pada 13 Oktober 2014.
  2. ^ "JYP/ Alpha 2010 audition results". SEOUL RHYTHMS. 15 April 2011. Dicapai pada 13 Oktober 2014.
  3. ^ "The S factor in K-pop". Asia News Network. 8 Ogos 2012. Dicapai pada 13 Oktober 2014.
  4. ^ "My daughter is a (rising) K-pop star: S'porean mum". Yahoo Singapore. 4 Oktober 2012.
  5. ^ "Korean-Singaporean girl group Skarf releases debut MV teaser for "Oh! Dance"". allkpop. 8 Ogos 2012. Dicapai pada 13 Oktober 2014.
  6. ^ "Rookie group Skarf releases MV for "Oh! Dance"". allkpop. August 14, 2012. Dicapai pada 13 October 2014.
  7. ^ "Korean-Singaporean girl group Skarf debuts with "Oh! Dance" on 'Music Bank'!". allkpop. 17 Ogos 2012. Dicapai pada 13 Oktober 2014.
  8. ^ "Skarf practice their "Luv Virus" moves in new choreography video". allkpop. 10 Jun 2013. Dicapai pada 13 Oktober 2014.
  9. ^ "Ferlyn leaves K-pop group Skarf". The New Paper. 16 September 2014. Dicapai pada 13 Oktober 2014.
  10. ^ "Getting to know the real former SKarf member Ferlyn G". MeRadio. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-02-18. Dicapai pada 16 Februari 2015.
  11. ^ "Lack of opportunities drove Ferlyn G out of SKarf". Xinmsn. 6 Januari 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-02-18. Dicapai pada 16 Februari 2015.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]