Fertigasi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sistem fertigasi menggunakan beg poli putih.

Fertigasi adalah kaedah pemberian baja melalui sistem pengairan titis. Dalam sistem ini, cecair baja disalurkan di dalam pengairan. Ketersediaan nutrien di dalam sistem ini tinggi membolehkan baja diambil oleh tanaman dengan efisien. Dalam kaedah ini, baja cecair dan baja larut air digunakan. Peningkatan efisien baja meningkat 80 hingga 90 peratus dengan penggunaan sistem ini.

Kaedah ini banyak digunakan dalam sistem tanaman tanpa menggunakan tanah.

Istilah fertigasi dibentuk daripada dua perkataan bahasa Inggeris iaitu fertigation (pembajaan) dan irrigation (pengairan).

Pembajaan[sunting | sunting sumber]

Sistem fertigasi menggunakan baja cecair yang dinamakan sebagai larutan stok. Larutan stok ini dinamakan sebagai baja AB atau baja XY. Kepekatan larutan stok ini biasanya disediakan 100 kali ganda pekat daripada yang diperlukan oleh pokok.

Terdapat 14 jenis unsur dalam bentuk sebatian diperlukan sebagai asas bagi mendapatkan satu formulasi baja yang lengkap untuk pertumbuhan pokok.

Kalsium nitrat, Ca(NO3)2 disediakan berasingan daripada sebatian yang mengandungi PO4 dan SO4. Ini bagi mengelakkan berlakunya tindak balas kimia dan seterusnya membentuk pemendakan. Kebiasaannya larutan CA(NO3)2 dan zat ferum disatukan dan disediakan berasingan daripada sebatian lain.

Kandungan baja A:

  • Ca(NO3)2
  • Fe

Kandungan baja B:

  • KNO3
  • KH2PO4
  • MgSO4
  • MnSO4
  • CuSO4,
  • ZnSO4
  • Asid borik
  • Ammonium molibdat atau natrium molibdat


Rujukan[sunting | sunting sumber]