Firdaus Nadxaman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dato ' Firdaus Nadxaman
Kelahiran1989
Pekerjaan
Tahun aktif2015–kini

Dato ' Firdaus Nadxaman D.I.M.P atau nama sebenarnya Muhammad Firdaus bin Nadxaman merupakan seorang pelakon dan penerbit filem di Malaysia. Beliau bermula kerjaya seninya sebagai pelakon pada 2015, dan kini melebarkan sayapnya mencuba nasib sebagai penerbit menerusi filem Langsuir (2018).

Firdaus mula dikenali melalui lakonannya dalam drama Melakonlia terbitan Orangtree Production untuk TV3 . Beliau juga memiliki syarikat produksi nya sendiri iaitu Guam Teamwork Sdn Bhd dan syarikat pengurusan event dan festival makanan nombor satu di Malaysia iaitu HAVOC FOOD FESTIVAL dibawah Havoc Event & Management SDN BHD . Beliau cenderung untuk menerbitkan filem genre komedi seram, dan filem Langsuir adalah projek pertamanya selaku penerbit eksekutif kerana sebelum ini syarikat itu lebih kepada bisnes pembinaan dan hartanah.[1]

Projek filem ini turut mendapat kerja sama dari Osman Ali selaku pengarah filem itu[2], dan juga khidmat pelakon dan pengarah Ellie Suriaty sebagai tenaga pengajar sebelum penggambaran bermula.

Firdaus sebelum ini pernah terlibat dengan beberapa filem arahan Osman Ali seperti filem Jiwa Taiko, Sejoli, Langit Cinta, Pinjamkan Hatiku, Jwanita dan Sinaran.

Beliau telah dianugerahkan darjat kebesaran Darjah Indera Mahkota Pahang ( D.I.M.P ) pada 24 Oktober 2018 yang membawa gelaran YH DATO' atas jasa dan baktinya kepada persatuan catur negeri dan pembangunan.


Beliau telah berkahwin dengan pasangannya Datin Umi Nazirah binti Abdul Asid pada 12 March 2022 dan dikurniakan seorang anak perempuan bernama Maryam Sofhea.


Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]