Sejoli

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Filem Sejoli)
Sejoli
PengarahB. S. Rajhans
Dihasilkan olehRun Run Shaw
DibintangiP. Ramlee
Kasma Booty
Rokiah Jaafar
Neng Yatimah
SinematografiHitam-putih
Muzik olehOsman Ahmad
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehShaw Brothers
Tarikh tayangan
19 Jun 1951
NegaraMalaya (Malaysia & Singapura)
BahasaMelayu

Filem Sejoli merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Singapura yang ketika itu merupakan sebahagian dari Malaya pada tahun 1951. Filem Sejoli diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.

Pengarah[sunting | sunting sumber]

Filem Sejoli diarah oleh pengarah B.S. Rajhans.

Ringkasan[sunting | sunting sumber]

Zubaidah berkahwin dengan seorang pemuda yang tidak bertanggungjawab, Ismail. Ismail kemudiannya meninggalkan rumah tanpa sebab walaupun Zubaidah ketika itu sedang hamil. Selepas pemergian Ismail, sahabatnya Mustar sering ke rumah Zubaidah dengan niat jahat. Zubaidah berasa terhina lalu menghalau Mustar keluar daripada rumahnya. Mustar keluar dengan perasaan marah dan menghasut tuan punya rumah agar menghalau Zubaidah dari rumah itu. Akhirnya Zubaidah hidup merempat. Setelah melahirkan kandungannya, Zubaidah meninggalkan anaknya Mariam dalam kebun bunga seorang kaya bernama Ibrahim, oleh kerana tidak mampu menjaga anaknya.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Lagu[sunting | sunting sumber]

  • Dewiku - P. Ramlee dan Rubiah
  • Saling Kasih - P. Ramlee, Lena dan Rubiah

Pautan luar[sunting | sunting sumber]