Fizi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Fizi
Watak Upin & Ipin, Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal
Disuarakan oleh Malaysia: Ida Rahayu Yusoff (musim 1-6)
Rufaidah (musim 7-kini)
Indonesia: Leni M Tarra
Informasi
SpesiesManusia
JantinaLelaki
KewarganegaraanMalaysia Malaysia

Fizi ialah sebuah watak dalam cereka animasi Upin & Ipin. Ia merupakan watak sahabat karib dan rakan sebaya kepada watak utama, Upin dan Ipin. Watak ini turut muncul dalam filem animasi, Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal.

Ciri-ciri watak[sunting | sunting sumber]

Rupa[sunting | sunting sumber]

Sifat luaran Fizi yang paling ketara di kalangan yang sebayanya ialah wajahnya yang kurang berisi berbanding kawan-kawannya, dengan dagu yang tajam. Perbezaan itu makin ketara apabila dibandingkan dengan Ehsan yang gempal dari pangkal ke hujung.

Perwatakan[sunting | sunting sumber]

Fizi terkenal sekali kerana suka mentertawakan kawan-kawannya, terutamanya sekali Ehsan dengan gelaran "Intan Payung", kerana itulah timangan yang juga dipakai oleh bapa Ehsan untuk anaknya itu. Biarpun dengan sikap itu, kawan-kawannya tidak kisah berkawan dengannya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]