Upin & Ipin
Upin & Ipin | |
---|---|
Genre | Animasi Komedi |
Format | Animasi televisyen siri Malaysia |
Pencipta | Hj. Burhanuddin Md Radzi Hjh. Ainon Ariff |
Dibangunkan oleh | Les' Copaque Production |
Pengarah | Mohd Nazmi Mohd Yatim & Mohd Faiz Hanafiah (musim 5) Adam Amiruddin (musim 6) |
Pelakon suara | Asyiela Putri Fareez Hafiz Rufaidah Yuki Adwin Hj. Burhanuddin Hjh. Ainon Calvin Hazimin Neysa Aliya Soufi |
Penggubah lagu tema | Yuri Wong (musim 1–4) Azfaren Aznam (musim 5) |
Lagu pembukaan | Gembira Bermain |
Lagu penutup | Sama seperti permulaan |
Penggubah | Azfaren Aznam |
Negara asal | ![]() |
Bahasa | Bahasa Malaysia (asli) Bahasa Inggeris (alih suara) Bahasa Arab (alih suara) Bahasa Sepanyol (alih suara) Bahasa Indonesia (alih suara) dan Bahasa Vietnam (Sarikata dan alih suara) |
Bilangan musim | 17 |
Bilangan episod | 624 (Senarai episod) |
Penerbitan | |
Penerbit | Haji Burhanuddin Md Radzi Hajjah Ainon Arifin |
Tempoh siaran | 4-5 minit per episod (musim 1–2) 7 minit per episod (musim 3–5) 6–7 minit per episod (musim 6–kini) |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV9 (14 September 2007–30 Disember 2017) TV2 (2021–kini) Astro Ceria (10 Julai 2013–kini) Astro Prima (29 Jun 2014–kini) Disney+ Hotstar (14 September 2020–kini) Netflix (22 Julai 2019–kini) Disney Channel Asia (23 Julai 2020–30 September 2021) MNCTV (22 Ogos 2009–kini) Spacetoon (16 Disember 2007–kini) Kids TV (18 Mac 2022–kini) MediaCorp Suria (2012) EBS1 (2007–2012) EBS Kids (2007–2017) |
Format gambar | 4:3 (576i) 16:9 (1080i) |
Format audio | Stereo |
Siaran asal | 14 September 2007 – kini |
Kronologi | |
Rancangan berkaitan | Geng: Pengembaraan Bermula (filem) Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng! (filem) Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal (filem) |
Pautan luar | |
Laman sesawang |
Upin & Ipin (Tulisan Jawi: اوڤين دان ايڤين; juga dikenali sebagai Upin & Ipin dan Kawan-Kawan) ialah siri pendek animasi Malaysia yang dihasilkan oleh syarikat animasi Les' Copaque Production, dan juga nama bagi dua watak utama siri ini. Upin & Ipin merupakan keluaran sampingan bagi filem Geng: Pengembaraan Bermula yang juga menampilkan watak utama siri animasi tersebut.
Mula-mulanya, Upin & Ipin disiarkan sempena bulan Ramadan pada tahun 2007 di TV9 (Malay), dengan tujuan mendidik anak-anak agar menghayati erti bulan mulia, kini menjangkaui 17 musim dan tidak terhad pada televisyen, bahkan juga dalam bentuk DVD dan penstriman video melalui saluran YouTube rasmi Les' Copaque Production. Upin & Ipin juga berjaya dipasarkan di luar negara, khususnya negara jiran Indonesia.
Atas kejayaan menambat hati penonton serantau, Upin & Ipin disenaraikan dalam Malaysian Book of Records sebagai "Animasi Paling Berjaya" pada tahun 2011.[1]
Sejarah سجاره[sunting | sunting sumber]
Upin dan Ipin asalnya direka sebagai watak sampingan untuk filem Geng: Pengembaraan Bermula, terbitan Les' Copaque Production Sdn Bhd. yang diasaskan oleh Haji Burhanuddin Radzi dan isterinya Hajjah Ainon Ariff pada tahun 2007.
Dengan aspek kebudayaan Malaysia yang berlatarkan kampung yang serba santai pasti menarik minat pasaran antarabangsa. Hujahnya, siri animasi Doraemon dari Jepun boleh laris di seluruh dunia meskipun berlatarkan budaya setempat dan bukannya budaya antarabangsa.[2] Apatah lagi, reputasi Les' Copaque sebagai syarikat terkenal mula dibentuk oleh populariti Upin & Ipin bukan sahaja di Malaysia, malah di beberapa negara lain yang mengimport siri ini khususnya Indonesia.
Proses animasi Upin & Ipin (dan juga filem Geng) menggunakan perisian Imej janaan komputer (CGI), Autodesk Maya. [3] Dalam sebuah sidang media perisian animasi pada tahun 2009, Ketua Pereka Les' Copaque, Fuad Md. Din memberitahu, "Salah satu tujuan kami memilih perisian ini kerana ia mudah. Lagi pun kami sudah berpengalaman menggunakannya sebelum ini."[4]
Musim pertama Upin & Ipin diterbitkan khusus sempena sambutan bulan Ramadan pada tahun 2007 untuk mendidik kanak-kanak mengenai erti dan kepentingan bulan mulia. Sambutan memberangsangkan terhadap siri pendek ini menggalakkan Les' Copaque agar menerbitkan satu musim lagi yang diisi 12 episod dengan watak-watak baru, sempena bulan Ramadan dan Aidilfitri pada tahun 2008. Musim pertama Upin & Ipin memenangi anugerah Animasi Terbaik di Festival Filem Antarabangsa Kuala Lumpur 2007.[5]
Selepas dua musim yang bertemakan Ramadan dan keislaman, penerbitan Upin & Ipin beralih kepada penceritaan yang lebih bersifat "sejagat". Ketika ditemu bual dalam rancangan wawancara Internet, The Entrepreneur, pada tahun 2010, Haji Burhanuddin menjelaskan sebab pihaknya berbuat demikian, "kandungan bercirikan Islam sukar untuk dijual … pasaran Timur Tengah nampak bagus, tetapi sebenarnya tidak; jika dijual kepada penyiar satelit, tidak boleh dijual kepada mana-mana pihak lain, apatah lagi mereka meminta harga yang sangat rendah. Sebab itulah kami mengubah konsep daripada Islam kepada sejagat."[6] Oleh itu, Upin & Ipin dan Kawan-kawan disiarkan sepanjang tahun mulai awal tahun 2009, yang mana episod baru disiarkan pada musim cuti sekolah atau Ramadan/Aidilfitri, manakala hari-hari persekolahan hanya ada siaran ulangan. Ini berterusan sehingga musim keempat pada tahun 2010.
Pada tahun 2009 juga, barulah filem Geng: Pengembaraan Bermula ditayangkan, untuk menjadi filem tempatan yang paling banyak hasil kutipan pawagam di Malaysia pada tahun itu. Susulan filem Geng, Les' Copaque mengumumkan filem seterusnya yang dibintangi oleh Upin & Ipin, iaitu Upin & Ipin: Angkasa pada pertengahan tahun 2009. Namun, setahun kemudian, filem Angkasa diumumkan batal dan diganti dengan Laksamana Upin & Ipin yang dijanjikan dalam bentuk filem 3D.[7]
Pada 29 September 2010, kugiran Padi dari Indonesia melancarkan sebuah lagu tema baru untuk Upin & Ipin, bertajuk "Sahabat Selamanya", yang juga ditujukan kepada hubungan antara Malaysia dengan Indonesia yang dikatakan dilanda konflik ketika ini.[8] Video muzik lagu ini yang sudah berkumandang di kaca televisyen Indonesia sejak bulan Ogos[9], menampilkan kugiran tersebut mendendangkan lagu mereka di halaman rumah Upin dan Ipin, serta babak-babak terpilih dari siri animasi Upin & Ipin.
Pada Disember 2010, dilaporkan bahawa francais Upin & Ipin mengumpul pendapatan sebanyak RM 12 juta pada tahun 2009 dan 2010, kebanyakannya hasil penjualan siri Upin & Ipin kepada penyiar antarabangsa.[10]
Di tengah musim kelima Upin & Ipin pada tahun 2011, Les' Copaque memperkenalkan rancangan aneka ragam kanak-kanak mingguan, Kelab Upin & Ipin, mulai 4 Jun. Pada musim Ramadhan dan Aidilfitri tahun ini, musim terawal Upin & Ipin disiarkan dalam Astro Ceria.
Latar (لاتر)[sunting | sunting sumber]
- Lihat juga: Senarai watak Upin & Ipin
Upin & Ipin dan Kawan-kawan merupakan siri animasi yang menceritakan kisah sepasang kembar 8 tahun yang menjalani kehidupan mereka sehari-hari yang penuh dengan aktiviti menarik dan pengembaraan yang mendebarkan.
Kenali Upin & Ipin dan kawan-kawannya:
Ehsan, merupakan ketua kelas yang sering menjadi pengadil dalam sesebuah permainan. Fizi, merupakan sepupu Ehsan yang sering menjadi mangsa keadaan.
Mei Mei, kanak-kanak berbangsa Cina, comel, bersopan-santun dan sering menyuarakan pendapatnya.
Mail, suka berniaga dan sering ditonjolkan sebagai mempunyai ciri-ciri ahli perniagaan yang berjaya. Mail sentiasa cuba untuk menjual apa saja yang boleh mendatangkan keuntungan dengan laungan “dua, seringgit”.
Jarjit, kanak-kanak Sikh yang sangat periang. Walaupun sebaya, namun suara dan wajahnya kelihatan lebih matang serta Jarjit sangat gemar teka-teki dan berpantun.
Kak Ros, kakak mereka yang sangat garang.
Opah, nenek yang lemah-lembut dan sering menasihati mereka.
(ايڤيسود) Episode[sunting | sunting sumber]
Filem (فيلم)[sunting | sunting sumber]
Geng: Pengembaraan Bermula (English Subtitle) untuk pasaran luar negara, asalnya Geng: Misteri Hantu Durian[11]) dilaungkan sebagai filem cetera animasi 3D CGI pertama yang dihasilkan di Malaysia. Filem yang telah dibangunkan oleh syarikat Sega Model 3 ini menemui penonton di pawagam-pawagam seluruh Malaysia pada 12 Februari 2009.
Filem Geng dilancarkan di sebuah majlis pelancaran pada 11 September 2007 bersama-sama siri animasi pendek Upin & Ipin yang berikatan dengan filem berkenaan. Pembikinan filem ini turut mendapat sokongan padu pelbagai pihak seperti Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI) dengan sumbangan lain seperti wang tunai sebanyak RM1 juta. Selain itu, Kementerian Pelancongan Malaysia turut menyalurkan kewangan sebanyak RM200,000 untuk mempromosikan Malaysia melalui filem ini. Penerbitan filem ini bermula selepas LCP ditubuhkan pada Disember 2005 dan mengambil masa selama lapan bulan untuk penyelidikan berkaitan animasi dunia.
Setelah disiapkan, filem Geng mula ditayangkan selama tujuh minggu mulai 12 Februari 2009 di 56 buah pawagam seluruh negara.[12] Dilaporkan bahawa filem Geng berjaya mengaut kutipan mencecah RM 6,314,526 dari hari pembukaan hingga 1 April yang boleh ditafsirkan sebagai sumbangan 813,604 penonton[13] dari sebanyak 55 buah pawagam, sekaligus menjadi filem tempatan yang paling banyak hasil kutipan pawagamnya di Malaysia sepanjang tahun 2009[14], di samping menghampiri rekod Lagi Lagi Senario yang mengutip RM6.33 juta ketika ditayangkan pada tahun 2001 dan filem ke-12 paling laris dalam sejarah perfileman Malaysia.
Ekoran kejayaan besar tersebut, filem Geng dieksport ke beberapa negara, sementara DVD Geng dipasarkan di Malaysia mulai September 2009. Filem Geng turut menikmati siaran TV perdana di tiga saluran berlainan (Disney Channel , Disney XD dan TV9) pada hari yang sama, iaitu 10 Disember 2009; sambutan penonton tidak kurang hebatnya.[15]
Lagu لاڬو[sunting | sunting sumber]
Senarai lagu-lagu Upin & Ipin:
- Sahabat Selamanya
- Gosok Tak Gosok
- Terima Kasih Cikgu
- Boria Suka-Suka
- Suasana Di Hari Raya
- Balik Kampung
- Rasa Sayange
- Alya Cik Siti
- Bangau Oh Bangau
- Gembira Bermain
- Selamat Hari Natal (Lagu Tahun Baru)
- ABCD
- Luar Biasa
- Perkalian
- Alif Ba Ta Sa
- Ibu Ayam Dikejar Musang
- Selamat Pagi
- Pisang Goreng Ngap Ngap
- Goyang Upin & Ipin
- Hang Pi Mana
- Tanya Sama Pokok
- Lompat Si Katak Lompat
- Ketentuan ilahi
- Hari Lebaran
- Salam Aidilfitri Yang Mulia
Media ميديا[sunting | sunting sumber]
Siaran TV[sunting | sunting sumber]
- Catatan
↑b Sehingga 30 Jun 2011. Mulai 1 Julai 2011, Disney Channel Korea mengganti Disney Channel Asia. Selain di TV, episod-episod Upin & Ipin boleh juga ditonton melalui DVD dan khidmat penstriman video yang sah di sisi undang-undang, iaitu di akaun rasmi lescopaque di YouTube dan juga Tonton.com.my.
Francais فرنچايس[sunting | sunting sumber]
Cenderamata[sunting | sunting sumber]
Selain DVD, jenama Upin & Ipin juga terjual dalam bentuk barangan cenderamata,[16] termasuk pakaian, kelengkapan sekolah, sampul duit raya, anak patung dan juga bantal kusyen di bawah jenama "U & I Boutique". Namun begitu, barangan-barangan Upin & Ipin tidak terlepas daripada gejala cetak rompak dan barangan tiruan;[17] tetapi kini dipantau dan dibendung melalui penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna melalui rampasan barangan-barangan tersebut.[18]
Acara luar[sunting | sunting sumber]
Sempena meraikan sambutan peminat-peminat, pihak penerbitan Upin & Ipin mengambil ikhtiar untuk mengadakan Karnival Upin & Ipin yang terdiri daripada penampilan maskot watak-watak Upin & Ipin dengan pelbagai aktiviti menghiburkan. Mulai musim cuti sekolah akhir tahun 2010 di Melaka Wonderland dan SACC Mall Shah Alam, Karnival Upin & Ipin kini merupakan acara tahunan yang menjelajah dari tempat ke tempat di seluruh negara.
Selain Karnival Upin & Ipin, maskot Upin dan Ipin dan kawan-kawan juga membuat penampilan di acara-acara anjuran pihak lain sebagai tetamu mahupun duta produk. Pementasan teater Upin & Ipin the Musical yang menggunakan khidmat pelakon hidup dianjurkan buat julung kalinya pada 14 April hingga 6 Mei 2012 di Istana Budaya.[19] Dalam pementasan ini, watak Upin dan Ipin dimainkan oleh dua pasangan pelakon yang berbeza, iaitu Faris Azim Abdul Karim dan Amir Johar Nadim, Joshry Adamme Rizq Arish Khairul Fazril dan Muhamad Faritz Danial Roshaimi.
Kelab Upin & Ipin[sunting | sunting sumber]
Walaupun aktif sejak tahun 2009, namun Kelab Upin & Ipin hanya dirasmikan di acara "Hari Kelab Upin & Ipin" di Zoo Negara pada 12 Jun 2010.[20] Ahli kelab menikmati peluang menyertai semua aktiviti kelab sepanjang tahun, dan juga harga istimewa untuk barang dagangan berjenama Upin & Ipin di kedai U & I Boutique dan Geng's Corner. Di samping itu, rancangan televisyen kanak-kanak Kelab Upin & Ipin disiarkan mulai 4 Jun 2011 di TV9.
Kedai Makan Upin & Ipin[sunting | sunting sumber]
Jenama Upin & Ipin dimantapkan lagi dengan pembukaan jaringan restoran Kedai Makan Upin & Ipin yang khusus dalam hidangan masakan tempatan. Dimulai dengan pembukaan cawangan pertama di Seksyen 7, Shah Alam pada Julai 2012, Kedai Makan Upin & Ipin terdapat di seluruh Semenanjung Malaysia.
Rakaman muzik[sunting | sunting sumber]
Pada tahun 2011, Les' Copaque dan syarikat rakaman Nova Music menerbitkan album lagu Aidilfitri Seronoknya Raya Bersama Upin & Ipin yang menampilkan nyanyian Asyiela Putri sebagai pelakon suara Upin dan Ipin.[21] Pada pertengahan tahun 2012, Asyiela berduet bersama Najwa Latif untuk merakam lagu "Terima Kasih Cikgu" sempena sambutan Hari Guru dan episod "Terima Kasih Cikgu".
Majalah[sunting | sunting sumber]
Mulai Disember 2009, Majalah Komik Upin & Ipin diterbitkan sekali sebulan untuk pasaran seluruh Malaysia, terbitan Nyla Sdn Bhd.[22] Isi kandungan majalah ini terdiri daripada komik hasil tangkapan skrin siri Upin & Ipin dan filem Geng: Pengembaraan Bermula, profil pelakon suara dan kru di sebalik siri Upin & Ipin, halaman pembelajaran dan aktiviti, dan sebagainya.
Permainan video dan aplikasi mudah alih[sunting | sunting sumber]
Les' Copaque Production membuka sebuah bahagian pembangunan permainan, LC Game Develpment Inc. Sdn Bhd untuk mengeluarkan permainan video elektronik Upin & Ipin. LC Game Development Inc. telah menghasilkan dua permainan mini untuk pengguna iOS, iaitu Pocket Ipin (2010), Pocket Upin (2012) dan Upin & Ipin Dash (2012) untuk pengguna Android.
Sambutan dan pengaruh سمبوتن دان ڤڠاروه[sunting | sunting sumber]

Siri dan francais Karenah Jenis Upin & Ipin nyata berpengaruh di rantau Nusantara, khususnya di Malaysia dan Indonesia. Musim pertamanya yang diperkenalkan kepada umum sempena musim Ramadan 2007 bukan sahaja disambut hangat oleh penonton, bahkan juga mengurniakan anugerah pertamanya sebagai "Animasi Terbaik" di Festival Filem Antarabangsa Kuala Lumpur yang dianjurkan pada tahun yang sama.[23]
Ketika musim keduanya disiarkan pada musim Ramadan 2008, dilaporkan sejumlah 1.5 juta penonton menonton siri animasi ini di TV9[24], menjadikannya siri kartun kedua teramai penonton di televisyen Malaysia, mengekori Doraemon (1.6 juta orang), tetapi di hadapan SpongeBob SquarePants (800,000 orang).[25] Kelarisan jenama Upin & Ipin juga dipercayai menjadi pemangkin kepada kejayaan filem animasi CGI pertama Malaysia, Geng: Pengembaraan Bermula (2009) yang juga diterbitkan oleh Les' Copaque dan menampilkan watak Upin dan Ipin yang mencapai hasil kutipan yang cemerlang iaitu RM 6.31 juta selama tujuh minggu di pawagam, menjadikannya antara filem tempatan yang paling lumayan dalam sejarah perfileman Malaysia.[25]
Ketika musim ketiga disiarkan dengan pada musim cuti sekolah akhir tahun 2009, pihak TV9 melaporkan bahawa siri Upin & Ipin mencatat 1.6 juta penonton, menjadikannya rancangan kedua teramai penonton di saluran tersebut, mengekori tidak lain tidak bukan filem Geng yang menikmati tayangan perdana di TV percuma dengan 2.45 juta penonton (TVR 12.8).[26]
Nyata sekali, Indonesia menjadi pasaran eksport utama untuk francais Upin & Ipin. Pada tahun 2009, pihak TPI selaku penyiarnya di republik itu melaporkan TVR sebanyak 10.5 peratus.[27] Penangan Upin & Ipin di seberang ditandai oleh puji-pujian daripada pengarang kolum akhbar di Indonesia, misalnya Fadil Abidin untuk akhbar Analisa yang mengulas bahawa siri ini kaya dengan pendidikan serta unsur Islam, seperti menghormati sesama kawan yang berbeza kaum dan agama sehingga watak-wataknya bukan sahaja terdiri daripada orang Melayu, Cina dan Tamil, bahkan juga orang Indonesia.[28]
Sempena sambutan perayaan Hindu Nyepi di Bali pada Mac 2010, tersiarnya gambar patung ogoh-ogoh yang dilaporkan amat menyerupai Upin & Ipin. Pembuatan ogoh-ogoh berupa Upin dan Ipin ini dilaporkan menelan belanja 4 juta rupiah[29] (kira-kira RM 1,500).
Facebook mengumumkan dalam hasil kajian Memology bahawa halaman Upin & Ipin merupakan halaman watak cereka yang paling popular di Facebook seluruh dunia sepanjang tahun 2011.[30] Pada tahun 2012, Upin & Ipin merupakan kata kunci carian yang paling kerap ditaipkan oleh pengguna Google Malaysia dalam kategori Rancangan TV menurut Google Zeitgeist.[31] Setakat tahun 2013, halaman rasmi Upin & Ipin di Facebook telah mencecah paras tujuh juga peminat (likes).
Pada 7 Mac 2013, UNICEF cawangan Malaysia memilih watak Upin dan Ipin sebagai Duta UNICEF Malaysia dengan harapan "boleh membantu memperjuangkan hak dan kesejahteraan kanak-kanak".[32]
Anugerah انوڬره[sunting | sunting sumber]
- Festival Filem Antarabangsa Kuala Lumpur 2007[23]
- Animasi Terbaik
- Anugerah Shout! 2009[33]
- Best On-Screen Chemistry
- World Brand Congress 2010, India
- Brand Leadership Award
- Malaysian Book of Records (2011)
- Animasi Paling Berjaya[1]
Penaja utama ڤناجا اوتام[sunting | sunting sumber]
- Colgate
- Telekom Malaysia
- Wyeth
- Proton
- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
- Hong Leong Bank
- UNICEF
- Toyota
- Hong Leong Islamic Bank
- D'Herbs
- Kraft Foods
- Nabati
- Lola Diapers (Hanya di Indonesia sahaja)
- SGM (Hanya di Indonesia sahaja)
(Siri Upin & Ipin Lain)[sunting | sunting sumber]
- Upin & Ipin
- Siri Upin & Ipin yang berpadukan bersama dan kawan-kawannya.
- Upin & Ipin: The Helping Heroes
- Siri Upin & Ipin dalam Bahasa Inggeris dan sebagai media pendidikan. Upin & Ipin menjadi adiwira penolong atau dikenali sebagai The Helping Heroes.
- Upin & Ipin Iqra'
- Siri Upin & Ipin yang islam. Upin & Ipin Mengaji dan diarahkan oleh Hazimin Hamdan.
Penayangan di Saluran TV ڤنايڠن د سالورن تيليۏيشين[sunting | sunting sumber]
- TV9 (2007-2017)
- Astro Prima (2014-2024)
- Astro Ceria (2013-2024)
- Disney Channel Asia (2012-2021)
- 8TV (2017-2024)
- TV2 (2021-2024)
- MNCTV (2009-2024)
- Kids TV (2022-2024)
Lihat juga ليهت جوݢ[sunting | sunting sumber]
- Les' Copaque Production
- Les' Copaque Animation Academy
- Geng: Pengembaraan Bermula
- Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng!
- Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal
- Senarai watak Upin & Ipin
- Senarai episod Upin & Ipin
Catatan چاتتن[sunting | sunting sumber]
Rujukan روجوعن[sunting | sunting sumber]
- ^ a b Upin & Ipin "The Most Successful Animation" di Malaysia Book of Records, LCP Production Blog, 13 Januari 2011. Dicapai pada 15 Januari 2011.
- ^ Steven Patrick (12 Jun 2008). "Animating Malaysia for the world". The Star. Dicapai pada 9 Januari 2010.
- ^ Customer Showcase: Geng: Pengembaraan Bermula[pautan mati kekal]. Dicapai pada 9 Januari 2010.
- ^ Aqmar Alladad (14 Oktober 2009). "Autodesk pelengkap animasi". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-10-18. Dicapai pada 9 Januari 2010.
- ^ Series Upin & Ipin Won in KLIFF 2007!!, Les Copaque, 30 November 2007. Dicapai pada 8 Januari 2010.
- ^ The Entrepreneur Media EXpose - Tuan Hj Burhanuddin Md Radzi Part 2. The Entrepreneur. 24 Jun 2010. Peritiwa berlaku pada 3:00. Dicapai pada 16 Disember 2010.
- ^ Tuah Kembar Botak Cetuskan ‘Laksamana Upin & Ipin’ Diarkibkan 2010-09-06 di Wayback Machine, mStar Online, 28 Mei 2010. Dicapai pada 22 Ogos 2010.
- ^ Bikin Lagu Upin & Ipin, PADI Tak Takut Ditentang, Kompas, 29 September 2010. Dicapai pada 17 Oktober 2010.
- ^ Padi, Sahabat Selamanya... Lagu Tema Upin & Ipin, LCP Production Blog, 31 Ogos 2010. Dicapai pada 17 Oktober 2010.
- ^ Upin Ipin: Les'Qopaque kumpul RM12 Juta, mStar Online, 1 Disember 2010. Dicapai pada 16 Disember 2010.
- ^ "Pratonton: Geng:Misteri Hantu Durian". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-12-06. Dicapai pada 2018-10-11.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; teks bagi rujukan56pawagam
tidak disediakan - ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; teks bagi rujukanakhir
tidak disediakan - ^ Tayangan Filem Cereka Tempatan 2009, FINAS, dicapai pada 2 Januari 2010.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; teks bagi rujukanAGBNielsen
tidak disediakan - ^ "U&I Original Merchandise". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-02-21. Dicapai pada 2010-01-08.
- ^ Upin & Ipin Palsu?, Les Copaque, 4 April 2009. Dicapai pada 8 Januari 2010.
- ^ "3,000 Baju Tiruan Upin & Ipin Dirampas". Bernama. 22 Mei 2009. Dicapai pada 8 Januari 2010.
- ^ Upin and Ipin in first musical, New Straits Times, 2 Mac 2012. Dicapai pada 17 Mac 2012.
- ^ Kemeriahan Hari Kelab Upin & Ipin di Zoo Negara (Bahagian 1), LCP Production Blog, 14 Jun 2010. Dicapai pada 17 Oktober 2010.
- ^ Album 'Seronoknya Raya Bersama Upin & Ipin' Dilancar Diarkibkan 2013-12-14 di Wayback Machine, mStar Online, 28 Julai 2011. Dicapai pada 20 Ogos 2011.
- ^ Upin & Ipin: Majalah Komik Upin & Ipin dipasaran. Dicapai pada 27 Mac 2010.
- ^ a b Budiey Isma (3 Disember 2007). "Keputusan Pemenang KL International Film Festival KLIFF 07". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 8 Januari 2010.
- ^ Sy Mussaddad Mahdi (8 Februari 2009). "Apabila Upin dan Ipin masuk pawagam". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-07-14. Dicapai pada 16 Mac 2010.
- ^ a b Lee Wei Lian (15 November 2009). "Jobless four years ago, three young filmmakers shake up box office". The Malaysian Insider. Dicapai pada 9 Januari 2010.[pautan mati kekal]
- ^ SYABAS LES' COPAQUE ([1.jpg poster]), LCP Blog!, 24 Dis 2009. Dicapai pada 16 Mac 2010.
- ^ Rating Upin & Ipin di Indonesia, LCP Blog!, 2 Sep 2009. Dicapai pada 16 Mac 2010. Pihak LCP tersilap melaporkannya sebagai 10.5 juta penonton.
- ^ Fadil Abidin. "Upin dan Ipin vs Acara Anak di Televisi Kita". Analisa. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-03-06. Dicapai pada 16 Mac 2010.
sangat baik ditonton karena sarat edukasi dengan nuansa yang Islami, menghormati teman-teman lain yang berbeda suku dan agama sehingga tokoh-tokoh di dalamnya ada orang Melayu, China dan Tamil bahkan orang Indonesia.
- ^ Arry Anggadha (7 Mac 2010). "Upin dan Ipin Ramaikan Perayaan Nyepi". VIVAnews. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-06-17. Dicapai pada 16 Mac 2010.
- ^ Halaman Facebook Upin & Ipin Merupakan Salah Satu Halaman Popular Sepanjang 2011, Amanz, 8 Disember 2011. Dicapai pada 9 Disember 2011.
- ^ 2012 Search Trends Malaysia – Most Searched TV Shows
- ^ Majlis Sidang Media - Pelantikan Upin & Ipin Duta UNICEF Malaysia, Upin & Ipin @ Facebook, 8 Mac 2013.
- ^ Shamala Velu (21 Julai 2009). "Shout to the top". The Star. Dicapai pada 1 Mac 2010.
Pautan luar ڤاءوتن لوار[sunting | sunting sumber]
Negara | Saluran | Mulai | Catatan |
---|---|---|---|
![]() |
TV9 | September 2007 | Musim pertama hingga Musim ke-11 |
Astro Ceria | Ogos 2011 | Musim pertama hingga Musim Ke-17 | |
Disney XD | 2015 | Musim Pertama hingga Musim Ke-17 | |
Disney Channel Malaysia | November 2009 | Mulai musim ke-3 hingga Musim Ke-17 | |
Astro Prima | Januari 2019 | Mulai musim 12 hingga Musim Ke-17 |
![]() |