Fizik molekul

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Fizik molekul ialah kajian tentang sifat-sifat fizikal molekul dan ikatan-ikatan kimia antara atom yang mengikat atom-atom menjadi molekul. Teknik uji kaji yang paling penting dalam fizik molekul ialah pelbagai jenis spektroskopi. Bidang ini amat berkait dengan fizik atom dan amat bertindih dengan kimia teori, kimia fizik, dan fizik kimia.

Selain daripada keadaan-keadaan pengujaan elektron yang diketahui daripada atom-atom, molekul-molekul berupaya memutar dan bergetar. Putaran-putaran dan getaran-getaran molekul dikuantumkan, dan terdapatnya aras-aras tenaga yang berasingan. Perbezaan tenaga yang terkecil wujud antara keadaan-keadaan putaran. Oleh itu, spektrum pusaran yang tulen adalah di kawasan inframerah (lebih kurang 30 - 150 µm panjang gelombang) yang hujung sekali dalam spektrum elektromagnet. Spektrum getaran adalah di kawasan inframerah (lebih kurang 1 - 5 µm), manakala kebanyakan spektrum yang dihasilkan oleh peralihan atom adalah dalam kawasan nampak dan ultraunggu. Melalui pengukuran sifat spektrum putaran dan getaran molekul, jarak antara nukleus boleh dihitung.

Salah satu aspek penting dalam fizik molekul adalah bahawa teori orbital atom dalam bidang fizik atom berkembang menjadi teori orbital molekul.


Lihat juga[sunting | sunting sumber]