Fon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Pelbagai jenis rupa fon huruf bertulis perkataan sama, "Schriftbild"; ada yang seragam garis, ada yang sebahagian garis huruf menajam mahupun menebal, malah ada yang melingkar.

Fon atau pasuan[1] (font) ialah bentuk aksara termasuk huruf, angka dan tanda baca dalam sesebuah muka taip dengan ukuran dan gaya tertentu agar boleh dibaca selepas dicetak atau dipaparkan.

Bentuk-bentuk ini boleh digayakan dengan mengubah sedikit penampilan pada sebahagian perkataan agar lebih menonjol daripada petikan penulisan lain untuk tujuan tertentu:

  • huruf yang tebal (dalam bahasa Inggeris: bold) garis asas berbanding teks sekeliling[2] menunjukkan perkataan yang penting dan mesti diingati sebelum bacaan selanjutnya boleh disusuli. Kamus-kamus juga menebalkan perkataan yang didahulukan sebelum takrifannya agar senang dicari daripada banyak perkataan yang sama huruf mulanya serta berderet-deret.[3]
  • huruf yang condong (dalam bahasa Inggeris: italic) digunakan untuk membezakan seberapa benda penting:
    1. antara dua bahasa berlainan dalam sesebuah penulisan,
    2. judul sesebuah karya termasuk filem, penerbitan seperti majalah dan surat khabar,
    3. penamaan sesebuah spesies hidupan yang lazim menggunakan bahasa Latin (contoh: Panthera tigris, Homo sapiens)
    4. simbol-simbol matematik termasuk dalam perkiraan algebra dan fizik seperti pemalar matematik dan kuantiti fizikal
      "Kelajuan cahaya atau c bersamaan kira-kira 3.00×108 m/s."[4][5][6]

Peristilahan[sunting | sunting sumber]

Font yang dipinjam kepada istilah "fon" datangnya daripada istilah bahasa Perancis bermaksud "tuangan, cairan" terbitan kata dasar fondre yang bermaksud "mencairkan", yakni dari kaedah setiap huruf yang dituangkan besinya membentuk kepingan yang dipasangkan kepada pencetak besar sepertimana yang dilakukan pada zaman dahulu.[7][8]

Pasuan pula merujuk kepada hujung jejari roda pencetak roda daisi berukir bentuk huruf yang akan diketuk dari kekunci berpadanan ditekan[9] menimbulkan aksara bertanda pada kertas.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Istilah Kejuruteraan Bahasa lnggeris — Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2002. m/s. 272.
  2. ^ Bigelow, Charles; Holmes, Kris. "On Font Weight". Bigelow & Holmes. Dicapai pada 4 September 2018.
  3. ^ This technique may also be used to "deemphasise" text, as in the "Concordant Literal (Bible)" (OT, ISBN 0910424098; NT, ISBN 0910424144): "The type is large and readable, with boldface representing the actual English translation of the original Hebrew and Greek and lightface showing English words added for idiomatic clarity or to reflect grammatical significance."
  4. ^ Mills, I. M.; Metanomski, W. V. (December 1999), On the use of italic and roman fonts for symbols in scientific text (PDF), IUPAC Interdivisional Committee on Nomenclature and Symbols, dicapai pada 9 November 2012. This document was slightly revised in 2007* and full text included in the Guidelines For Drafting IUPAC Technical Reports And Recommendations and also in the 3rd edition of the IUPAC Green Book. *Refer to Chemistry International. Volume 36, Issue 5, Pages 23–24, ISSN (Online) 1365-2192, ISSN (Print) 0193-6484, DOI: 10.1515/ci-2014-0529, September 2014
  5. ^ See also Typefaces for Symbols in Scientific Manuscripts, NIST, January 1998. This cites the family of ISO standards 31-0:1992 to 31-13:1992.
  6. ^ "More on Printing and Using Symbols and Numbers in Scientific and Technical Documents Diarkibkan 29 Jun 2007 di Wayback Machine". Chapter 10 of NIST Special Publication 811 (SP 811): Guide for the Use of the International System of Units (SI). 2008 Edition, by Ambler Thompson and Barry N. Taylor. National Institute of Standards and Technology, Gaithersburg, MD, US. March 2008. 76 pages. This cites the ISO standards 31-0:1992 and 31-11:1992, but notes "Currently ISO 31 is being revised [...]. The revised joint standards ISO/IEC 80000-1—ISO/IEC 80000-15 will supersede ISO 31-0:1992—ISO 31-13.".
  7. ^ Douglas Harper (2001). "font". Online Etymology Dictionary. Dicapai pada 19 Julai 2013.
  8. ^ "Gutenberg and Mechanical Writing". Graphic Design History. Dicapai pada 28 April 2021.
  9. ^ Muhammad Mun'im Ahmad Zabidi (1996). Asas Organisasi Sistem Komputer. Skudai, Johor: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia. halaman 104–105. ISBN 983-52-0057-2.