Muka taip

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Dalam tipografi, sebuah muka taip adalah satu set glif berkoordinat yang direka dengan paduan stilistik. Sebuah muka taip selalunya terdiri daripada huruf-huruf, angka-angka, dan tanda baca; ia juga mungkin menyertakan ideogram dan simbol, atau mengandungi kesemua mereka, contohnya, simbol-simbol matematik atau kartografi. Istilah muka taip pada kebiasaannya disamakan dengan fon, yang mana mempunyai maksud yang berbeza sebelum penerbitan atas meja diperkenalkan. Kedua-dua istilah ini sekarang pada hakikatnya adalah seerti apabila berbincang tentang topografi digital. Satu perbezaan wajar yang masih wujud antara font dan muka taip adalah sebuah fon boleh mewakili satu ahli khas bagi sebuah keluarga taip seperti roman, tebal, atau taip condong, berkemungkinan dalam saiz tertentu, manakala muka taip mewakili penampilan visual atau gaya, berkemungkinan daripada sebuah set fon yang berkaitan. Sebagai contoh, sebuah muka taip seperti Arial mungkin menyertakan fon roman, tebal, dan condong.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]